Friday, January 11, 2013

Kenny rogers ke Anney Rogers?

Hujung minggu, tinggal berdua dgn anak terfikir2 nak masak apalh ye. Yang ada pun ayam je. Nak masak lauk macam takde selera. Terus teringat kat ayam sebelah yang sesuai sgt kalau aku panggang. Jadinya projek buat ayam panggang pun bermula. Siap plan nak buat set macam kat Kenny Rogers tu. Bahan2 pun ada jadi teruskan jelah niat tu.

Inilah set Anney Rogers aku..hahaha dan dan tukar nama tau. Ayam panggang bersama macaroni and cheese, whipped potato dan baked bean. Sedap hokeh! Mau resepikah? Actually ni ikut suka haku jer. Untuk ayam tu aku gunakan rempah perapan ayam bakar yang aku beli di MAHA dan aku tambah blackpepper. Boleh juga cuba resepi ini.

Untuk Macaroni and cheese, mula2 aku masukkan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang besar yang telah dicincang. Masukkan lebih kurang 2 sudu tepung gandum dan kacau sebati. Masukkan sedikit air dan kemudian masukkan 2 sudu mozarella cheese. Bila die dah cair, masukkan pula serbuk cheezy wedges tu. Tambah serbuk pati ayam dan perasakan dgn garam. last sekali masukkan macaroni. Kacau rata. Pandai2lah adjust kepekatan tu dgn tambah air ke apa ke. Namapun resepi sesuka hati..hehe

Whipped potato pulak mcm biasa rebuslah kentang tu smpi empuk. Lepas tu lecek dan gaul dgn susu sedar serta sedikit garam. Untuk kuah, aku tumis bwg besar cincang dgn minyak zaitun. Lepas tu aku tambah 2 sudu tepung gandum. Kacau rata and masukkan serbuk lada hitam,serbuk pati ayam, sos tiram dgn sos tomato. Aku tambah kicap pekat sikit. Oh jgn lupa masukkan air juga. Agak2lah nak pekat mana. Kacau2 smpi sebati lepas tu perasakan dgn garam.. Sedap.

Satu lagi bahagian wing... Memang sedap. Kasyah pulak cuma makan macaroni cheese tu dgn whipped potato je. Banyak die makan.

Close up nak kasi korang terliur ....hehehe kejam tak aku???

Yang ni selepas dituang sos blackpepper. Sos ni pun aku buat sendiri jugak. Tumis bawang cincang dgn myk zaitun. Masukkan serbuk lada hitam tumbuk dan lepas tu masukkan serbuk brown sos. Tambah air dan adjustlah kepekatannya.. Siap. Kalau takde brown sos boleh guna resepi ini.


Selamat mencuba.

p/s:Masih aku terasa.

15 Magic Words:

Nieyl said...

peh!leh bukak restoran la....nampak menyelerakan...:)

ct cheery said...

wah..sedapnya..terliur doh..huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

pergh..jeles sgguh tgk!!

fatin amalina husna said...

alahaiii kak..nyum..nyumm..sedapnyaaa..
mmg jeles abeh nih..dah x perlu nk p kedai dah..

mama leen said...

sedap... pandainya masak :)

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

waa bestnyer...nak jugak...tetibe lapo tengok ayam panggang tu..

Rara Nasiha said...

terliur sangat ni :)

FiZ said...

aaaa...tingin...tingin..pos ke sini satu set ;p

aTieYusof Family said...

wahhh...sedapnya!..pandai nya buat ala2 kenny rogers tu..hihi..siap tukar nama lg...:)

Ismaliana Sulaiman said...

adoii..rajinnya anne,nmpk ringkas tp byk jugak step nak buat tu....

Love Razila said...

Argh!! saya nak order boleh? tolong buat delivery ke rumah saya. hehehehe

Mimie said...

sedapnye.....nakkkk

LYAfrina said...

sedapnyer.. dah setahun++ x mkn KR ni

mrs adam said...

peh!mmg nmpk sedap.baca resepi pon mcm senang je,tp anne buat senang la,kalau sy buat mesti rasa susah.huhu

Kesuma Angsana said...

hebat tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...