Tuesday, January 8, 2013

Laksa Asam

Hallu hallu...Pagi tadi dah rasa semacam malas sesangat nak gi kerja. Siap dah plan nak mintak mc je memandangkan malam tadi kepala pusing. Tapi lepas dok tergolek ke kanan tergolek ke kiri akhirnya semangat rajin yang ntah dari mana datang ntah, berjaya buat aku bangun dan terus mandi. And now aku sedang tercongok dalam office..huhuhu..

Dah kabo yang minggu ni minggu makanan maka hari ni nak share resepi laksa asam yang aku buat masa tahun baru haritu. Dah lama tak buat laksa kebetulan nampak ikan selayang yang agak cantik terus plan nak melaksa. Mak abah aku okay jek sbb laksa memang feveret abah. Resepi ni aku ambil dalam rancangan tv 7-8 tahun lepas. rancangan apa aku tak ingat yang aku ingat rancangan tu pergi ke kampung2 soh makcik kat kampung masak. So tak payah nak lengah, terus ke resepi.


Laksa Asam

Bahan2 kuah
1 kilo ikan selayang (rebus)
1 biji bawang besar*
segenggam cili kering*
1 inci belacan* (*tumbuk)
1 sudu besar petis udang
daun kesum
bunga kantan
8 keping asam keping
asam jawa adabi
garam

Bahan2 laksa
laksa beras (rendam dan rebus)
timun
bungan kantan
salad
limau kasturi
cili
telur rebus
bawang

Cara2.
1. Ikan yang direbus diasingkan isi dan tulang. Tumbuk2 isi ikan. Tulang pula diblend dan tapis airnya.
2. Gunakan air rebusan ikan dan tulang tadi sebagai kuah. Tenggek atas api dan masukkan bahan2 tumbuk. Masukkan juga asam keping
3. Bila sudah mendidih, masukkan ikan dan juga petis. Kemudian blehlah masukkan daun kesum dan bunga kantan.
4. Perasakan dgn garam. kalau kurang masam boleh tmbh dgn asam jawa adabi. Pandai2lah ejas ye.
5. Kuah dah siap bolehlah dihidang dgn bahan2 laksa. Kalau ada daun pudina lagi sedap..hehe

Gitulah lebih kurang aku tulis resepi. tak bape reti weh aku nak tulis resepi sendiri sbb aku masak ikut suka je nak letak banyak mana.

bahan2 laksa.. Sayang takde daun pudina sbb aku suka letak daun pudina.. Sedap weh.

Kuah laksa.. Dalam periuk pun jadi..hehehe..

Selamat mencuba.. daaaaaaa

p/s:dah selamat booking homestay utk cuti2 hujung bulan ni..yeahhhh




13 Magic Words:

Nieyl said...

aduh!sedapnyerrrrrrrrrrrr.....

mama leen said...

bestnya pandai masak.. :)

@izY@N said...

anne...asam laksa ngan laksa penang same ker? kalau tak apa beza?

nanakimie said...

nak jugak!hu...sedapnya...

nuyui a.k.a miss YUI said...

pergh! mablesss..

AnneRaini said...

muzai:sama jek..since aku bukan org penang takmolah letak laksa penang..hahaha

MulutPayau said...

Sedapnya....mmng terliur tengok...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

perghhh asam laksa.. pebret kita nie.....

megan avenue 1 tu..sebelah bangunan tokio marine.. belakang bangunan bank of china... dekat ngan lrt ampang park..

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

ermmm sedapnyer...terliur terus lapo...

fatin amalina husna said...

sedapnyaaa..lama plak x mkn laksa..huhu..

kak, husna buat entry utk bloglist januari husna..nak join x?? =D
http://husnazahidi.blogspot.com/2013/01/bloglist-januari-husna.html

Qhaifa Nur said...

dulu rajin buat...nanti nak buatlah..sedapnya..

Kesuma Angsana said...

yg ini mmg simple & sedap !

FiZ said...

uish...sedap nih....masuk blog akak msti ada pics makanan...ehh..mcm blog sy xde pics mknan lak ;p.tp serius terliur tgk mee kari dan laksa ni ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...