Friday, January 4, 2013

Rendang Arnab

Hari Jumaat tiba lagi... Esok dah cuti semula.. Bestnya. Tapi tak berapa best jugak sbb meeting bos hari Isnin minggu depan tak fix lagi.. Orang yang nak dimeetingkan ada kursus pulak.. Hadoyaii.. Nilah bahana bagi info last menit tau..mencik ai.

Sapa kat sini suka makan daging arnab? I! I! I!.. amboi beria aku angkat tangan. hahaha.. Kebetulan masa balik kampung haritu, jiran belakang umah mak bagi seekor daging arnab (aku rasalah sekor sbb die dah siap siang dan potong2). Die memang bela arnab kat umah tapi bukan bela mcm pet tu ni bela mcm bela ayam.. banyak woo arnab die.. So dapatlah aku merasa daging arnab. Dah lama jugak tak makan. Awal tahun lepas ada gak beli kat pasar malam setoet dah RM5.. Dapat arnab yang fresh ladang, aku rendangkan saja.. Buat rendang cili api pedas2 memang terangkat wooo.. Meleleh2 hingus kepedasan..hahaha..Buat jugak masak lodeh nak bagi sesuai. hah hambek dua2 santan berkolestrol tinggi..Gemuklah aku..hehe.


Rendang Arnab

Bahan2

Seekor arnab
santan dari 1 biji kelapa
30 biji cili api *
5 biji bawang merah/1 biji bwg besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 btg serai*
1 sudu teh serbuk kunyit*
1 sudu besar kerisek
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 keping asam keping
daun limau purut
daun kunyit hiris halus
garam dan gula melaka secukup rasa

Cara2.
1. Kisar bahan bertanda. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis.
2. Tuang santan dan masukkan kerisek serta asam keping. Masukkan juga daging arnab. Biar hingga kuah kering dan daging empuk. Kalau tak empuk tambah air dan biar kering semula.
3. Perasakan dgn garam dan gula. tabur daun kunyit serta daun limau purut. Kacau sebati dan jika sudah puas hati bolehlah angkat.

Sedap weh rendang arnab ni. Daging arnab sama je rasanya dgn ayam kampung jadi kalau masak kenalah lama sebab daging die pejal. Macam masak ayam kampung jugak.

Rendang arnab terbaik dari ladang.. Daging arnab ada sikit aku bawa balik. Ingat nak buat arnab grill.. Tengoklah nnti camna.

p/s:Semalam Kasyah baling tab yg baru dibeli seminggu.. Terus tak keluar gambar..huwarghhhhhhhhhhh


15 Magic Words:

Nieyl said...

wow!nieyl x penah lg makan daging arnab nie....rmai kate sedap...

Love Razila said...

Huaaa xsampai hati nak makan daging arnab sbb dia so cute =)

But the rendang lppk so sedap. Hehehhe...

*Tab rosak??xper still under warranty kan??anto je balik repair =)

Qhaifa Nur said...

rendang arnab...sedapnya nampak..
mmg sedih tab rosak...

nanakimie said...

dedulu ingat lagi makcik nana ada masak arnab,tp nana xmakan pun,heee......payah sikit nak terima selain daging ayam or ikan:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

rasanya tak prnh mkn lg dgg arnab..

mama sara nur said...

salam kenal & follow
cantik blog ni..
owhh akak x penah makn daging arnab serammm sikit sb arnab tu sgt2 comel he he

aTieYusof Family said...

Macam sedap je kan rendang arnab..
tapi sy tak makan..hehe:)

Ismaliana Sulaiman said...

adik akak menternak arnab kat kampung tp akak blm pernah rasa lagi daging arnab ni... adik akak kata rasanya lbh kurang jer dgn daging ayam.. btl ke anne?

yan's cottage said...

sedapnya....baru sekali yan makan hari tu....tu pun tak tahu yang yan makan tu daging arnab layan habis...

..::..aRe-Na..::.. said...

amboiiiii..terornya dia masak,sedap tuhh..tengah hari gini terus ase lapo nengok ni hehhehee....

..::..aRe-Na..::.. said...

amboi terornya dia masak.....terus ase lapo nengok ni..dap tuhh hehehe

AnneRaini said...

kak lia: haah kak sama jek mcm ayam kampung sbb die liat2 sikit. Kalau tak ckp tu arnab mmg takleh beza rasa die.

lieyalatif said...

LIEYA PENAH temakan dulu satey arnab heheeheheh...kalo tau mesti tak sampai hati nak makan sebab arnab comel...sedap kan daging die...lembut n manis.....

terliur plak tgk rendang arnah ni hah..sedapnye kalo dpt makan ngan nasi panas2....

Kesuma Angsana said...

feveret en hubby & anak bongsu KA ni

mrs adam said...

tak penah mkn daging arnab..sedap ke ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...