Wednesday, February 20, 2013

Jalan-jalan Penang - Bukit Bendera

Sementara bos takde ni, marilah kite menghapdet belog..hehehe. Saja nak citer lawatan aku ke Bukit Bendera atau Penang Hill. Lepas je balik dari Langkawi tu, kami memang dah plan nak jalan2 Penang. And kebetulan pulak masa tu aku demam. Masa sampai kat Penang demam aku makin menjadi tapi dah alang2kan pergi jugaklah. Lagipun nak jugak bawa mak abah naik Bukit Bendera. Masa sampai tu lebih kurang pukul 2 lebih. Orangpun tak ramai so dapatlah terus naik train tu.

Tiket dewasa dgn Mykad RM8 dan warga emas RM4. Kasyah free ler. Nak beli tiket kena bagi I.C. Inilah trainnye. dah barukan. Akupun ni festime nak gi Bukit Bendera. Pergi Penang pun baru dua kali termasuk kali ni.hehe.

Sebab tak ramai orang dapatlah seats. Kami duduk kat depan sekali belakang driver die. Ko tgk ah muka aku. Hidung dah merah, mata dah berair. Serius masa ni aku dah sejuk dah.

Dalam 10 minit kot sampailah kat atas ni. Tgk trek die agak ngeri jugak ah tapi syok gak layan..hehe. Dah sampai atas ni kami terus nak mencari air sbb Kasyah dah merengek nak air.

Pemandangan Penang dari atas Bukit Bendera.


Baru jalan kejap aku dah duduk. Haduilah, kenapalah time ni nak demamnya. Tak puas pusing. Senang citer kat atas ni aku banyak duduk dari berjalan..hehe. Tak pergi pun kat atas2 lagi. Sampai kat balai polis je. Diorang semua gi beli air dan aku duduk kat seat yang ada. Walaupun kat atas ni ada matahari tp aku sejuk giler.

Dek kerana dah tak larat nak berjalan, kamipun decide utk turun.


Sekejap je kat atas tu. tak sampai sejam pun. Masa nak turun orang ramai pulak. Nasib baik ada mamat2 baik hati bagi mak abah aku duduk. Yelah warga emaskan so akupun menyelit sekali. Kalaulah aku kena berdiri mau muntah aku kat dlm train tu.

Abah ajak pergi cari nasi kandar tp aku sgtlah tak larat. Demam makin menjadi. Kami cuma pergi ke gerai jeruk Pak Ali je. Dah dtg Penang kenalah bawa balik jeruk ye dak. Lepas beli jeruk kamipun balik. Singgah RnR Tapah utk makan dan solat. Pukul 9 lebih dah sampai Putrajaya. Tension je abah aku sbb die tgh ada mood nak berjalan tp tak dpt nak berjalan lagi..heheh . Eleh lagipun malam tu abah aku pun demam..hahaha. Plan nak jumpe blogger YUI pun tak dapat. Takpelah lain kali kot. Batu Ferringhi tak pergi kirenya byklah tempat tak dpt pergi. Nak tido Penang pun tak jadi dek kerana demam. Oh ya, dulu masa aku gi Penang pun aku demam weh. tak berjodoh betul aku dgn Penang ni..hahaha.

p/s:Ada rezeki nak ke Penang lagi.

11 Magic Words:

Kniedaz said...

alahai...kalau tak demam, banyak juga tempat boleh pi kat Penang ni hehe

Rin Maira said...

bestnya...akak berangan nk pi penang bulan 5 ni...harap2 jadilahh

nuyui a.k.a miss YUI said...

ada rezeki kt jumpa ya.. yui pon tak pnh p bkt bndera ni..cian sggh!

SweetLikeWhat said...

Hannah pun dah naik bukit bendera ;)

Cik Puan Rara said...

alahaiiiii best nya.sy kalo g penang xtau nk g mana sbb xde sape nk tunjukkan jalan.sedih kan.

yan's cottage said...

selalu pergi penang...tapi baru dua kali sampai bukit bendera nie...

Kesuma Angsana said...

jauh berjalan ni but seronok !

QA's ~ mamapapa said...

saya belum smpai lg bukit bndera ni..kesiankn?eheheh!!

FiZ said...

bila da sakit..nk bt apa pn xda mood kan kak.tp xpe...sakit kan penghapus dosa2 kecil :)

nini said...

bestnya jalan2...=D

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...