Thursday, February 7, 2013

Langkawi- Part 1 ~ Perjalanan

Akhirnya dapat juga kekuatan untuk update entry pasal Langkawi. Paksa gak diri ni menaip sbb kalau diikutkan aku ada banyak kerja sekarang. Tapi bos takde bolehlah skip kejap. Thanks pada kawan2 yang mendoakan kesihatan Kasyah. Die okay jek. Memang aktif. Macam tak serik pun ada. Sibuk melompat memanjat.. Penat dah aku menjerit..hahaha. Cuma nak kena berhati2 dengan luka tu jela sbb belum kering lagi. Minggu depan baru gi klinik untuk bukak jahit die tu. Jom sambung citer Langkawi.

Kami gerak dari Putrajaya malam hari Sabtu. Lebih kurang pukul 11 malam kamipun gerak. Aku awal2 memang tido je tapi bukan tido sgtpun. Tido2 ayam je. Abah aku lagi best. Langsung tak boleh tido. Yelah die kata nak tengok pemandangan walaupun malam. Sampai kat kawasan rehat Sungai Perak kami berhenti. Masa tu jam pukul 1 pagi. Aku lapar giler sbb perut masuk angin so aku bantai makan malam2 tu. Mak dgn suami akupun join makan sekali. Yelah time tido tapi tak tido mestilah la lapar. Lepas tu suamiku kata die ngantuk and mintak aku drive. Mulakan perjalanan semula pukul 2 pagi. Aku drive steady je sbb ngantuk gak so sambil drive tu sambil nyanyi.. Dahlah yang lain semua tido. Aku drive sampai lepas tol Juru. Lepas tu suamiku take over balik and terus ke Kuala Perlis. Sampai di jeti pukul 5 pagi. Cari parking sbb masa tu kereta banyak giler. Yelah ramai yang ke sana sebelum tu sbb kan cuti Thaipusam sampai Isnin. Nasib baik dpt gak parking berbumbung RM10 sehari.

Lepak2 kat jeti sampai subuh dan terus ke masjid utk solat subuh. Lepas solat kami tak terus naik feri sbb lapar so kami makan dulu kat kedai depan jeti tu. Lepas makan barulah ambil tiket feri pukul 8.15 pagi.

Yay feri dah ada. Jom naik. Risau jugak kalau bapak aku pening tapi Alhamdulillah die okay je. Perjalanan memang smooth je.

Budak tak mandi. Excited die naik feri tapi dah nak sampai die tido balik.

Us.. Semua muka baru bangun tido..

Kami sampai kat jeti kuala kedah pukul 9.15 pagi. dah order kete siap2 tapi kete yg kami nak cuma boleh dpt petang. Sblm tu die bagi kete lain. Dugaan masa ni sbb lepas jek dapat kete, kami ambil pulak kunci homestay. On the way nak gi isi minyak (standard ah kete sewa mana ada minyak), tetiba kete mati..huwarghh minyak kering weh. Tak memasal melanguk sampai pukul 11.30 tunggu owner die datang bawa minyak. Kire2 sejam gak ah tunggu. Nasib baik kete tu berhenti kat tempat redup bawah pokok. Kalau kat tgh bandar? Mau mengharuk aku agaknya. Dahlah lapar. Lepas dapat minyak, kami terus gi top up minyak lagi sbb die cuma bagi minyak RM4 je. Lepas tu tak fikir lain, gi cari makan. Beli bungkus je and terus ke homestay. Sampai2 umah makan tak hengat and kamipun ramai2 tido..ahaha. ngantuk okay.

Lepas segar2kan diri baru gi jalan. Kemana? Tunggu part 2 pulak..

daaaaaaaa..

p/s:Lapar




6 Magic Words:

Love Razila said...

adoi...kene tunggu lagi part 2 pulak. hehehe.

wah bestnyer naik kereta tapi kan, asben kite mabuk laut tu pasal kalau pi langkawi je naik AA, gi sana je naik AA =)

adarnadzmie said...

bestkan dpt bercuti ke langkawi... :)

FiZ said...

langkawi bila cuti mst sangat ramai orang.tak best tapi xbest2 pun...suka jg p sana.hehe..

bru baca psal kasyah.smga cpt smbuh.kena pesan berkali-kali la kot kat pengasuh if anythg happen, gtau cepat2 kt parents.mana blh biar mcm tu je kan...tp mngkn pengasuh tu trlpa kot nak bgtau.fikir +ve je la.huhu

SweetLikeWhat said...

bestnye g langkawi..nak kirim corell..waaa.. ;)

fatin amalina husna said...

rasa mcm nk pergi lg lpas ni..huhu..

NANIEY said...

plan nk g langkawi.. tapi sebelum g kena merayau kat blog2 dulu..cari sedikit tip dan pengalaman org y penah pergi.. xdelah teraba2 nanti kat sana..ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...