Monday, February 18, 2013

Langkawi - Part 10 ~ Part last daaaaaaaa

salam minggu baru buat semua rakan-rakan mayaku. Hadoiiilah nak ngabiskan entry jalan2 Langkawi ni kemain lama lagi. Berkurun lama kurahsiakan cintaku padamu..eh eh silap. Sorry kesengalan melanda..hehe. Hari ni dengan bangganya nak bagitau entry pasal langkawi dah habis daaa. Ni entry last. In Sha Allah takde lagi dah. Tapi kalau ada lagi jangan mara haaa. hekhekhek.

Hari ketiga iaitu hari last di Langkawi memang takde gi memana. Kami gerak pagi2 dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi terus ke jeti. Aku pulak pagi2 tu bangun tido asik terbersin tak berhenti. Bukan aku jek, bapak aku pun sama. Masa tu aku dah mula rasa lain macam. Tapi takdelah rasa nak demam cuma tak seronok asik bersin je. Hingus toksah citerlah. Melelh sesaja. Mencik tau. Kami gerak awal tu sebab nak jalan2 Penang pulak. Kononnya nak tido Penang semalam.

Sampai2 jeti terus beli tiket. Tiket feri pukul 10.15 kalau tak silap aku. Kena tunggu kejap sbb kami dah sampai jeti pukul 8 lebih. Dah masuk jeti si Kasyah nampak pulak kete mainan ni. Apalagi teruslah berlari ke situ. Atuk die takkan sampai hati biar die merengek terus di bayarnya.

Sukalah tu. Tapi satu peel Kasyah ni, die tak pernah puas. Main apa2pun tak pernah puas. Memang setiap kali die main sesuatu kami terpaksa heret die bawa balik. So samalah kesnya. Terpaksa heret die masuk waiting area. Itupun die asik berlari nak keluar balik.

Mujurlah kat dalam tu ada gelongsor ni. Tapi die tak berapa main pun sbb kejap2 die berlari balik nak gi kat kereta semula.

Muka tak gembira sbb nak main kereta.

Aku dgn mak ayah aku duduk menunggu je. Kasyah abang aku yang layan. Aku masa ni dah start tak berapa nak sihat. Cer tgk muka aku tu. Nampak tak bermayakan.

Ni lagi. Serius gua rasa geram dgn selsema yang melanda gua. sampai aku terpaksa beli tisu lagi sbb tisu yg aku bawa sume habis..huhu

Akhirnya masa yang ditunggu tiba. Marilah kite balik sbb mood pun dah tak bape nak best.

Walaupun tak berapa sihat kena gak dukung Kasyah sbb die tak reti diam. Korang tgk troli yang abag dgn abah aku bawa. Sikit je pun barang kitorang.

Sampai kat Kuala Perlis dalam pukul 11 pagi. Lepas ambil kereta, kami decide utk terus makan tghari sbb masing2 dah lapar. lagipun aku nak makan panadol so aku kena makan nasi. Kami makan area kuala perlis je. Lepas makan terus gerak ke Penang. Cerita Penang nnti aku citer ye.

Inilah barang2 yang aku beli di Langkawi. Set pinggan Corelle, Set Corningware 3 beradik, Opalware, Set mangkuk, kuali Tefal, Pemanggang ajaib, food warmer 2 mangkuk dgn 3 mangkuk, dan jug. itu saja. Kerugian utk barang2 ni lebih kurang RM1000.

Yang ni pulak coklat yang aku beli. Kali ni tak beli byk sgt coklat. Kerugian pun tak sampai RM250. Rasanya dulu lagi menggila aku beli cokla kot..hehe.

Total kerugian di Langkawi adalah lebih kurang 2k. Puas hati sesangat tapikan ada jugak barang yang aku tak dapat beli dek kerana tak cukup kakitangan nak bawa barang. Itupun dah rebeh masing2 nak hangkut masuk feri..hahaha. Takpelah ada rezeki aku kumpul duit boleh pergi lagi. Takpun beli je kat Jusco dah tentu2 lebih kurang jer mcm nak gi Langkawi harganya..hehehe.

Sekian...tamat dah.

p/s:Peninglah pulak kepala ni...

8 Magic Words:

Kniedaz said...

banyak juga tu hasil tangkapan di daratnya...kalau tak sihat jangan lupa makan ubat ^_^

Ann Ishak said...

betul sangat, saya beli dekat jusco je tapi tang pemanggang ajaib tu saya tak ada lagi, jusco pun takde jual :(

SweetLikeWhat said...

waaa DAIM...dapnyeeeeeee

nuyui a.k.a miss YUI said...

krugian berbaloi takpe..hihi

Ismaliana Sulaiman said...

t'ingin btl nak beli corningware tuh...

Rin Maira said...

waduh..byk gak hasil tangkapan ye.. :)

Kesuma Angsana said...

wah seronoknyer ke langkawi ye

FiZ said...

eh...ade pepero...hehe...ni yg teringin nak pergi langkawi...sbb bnyk cekelat..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...