Wednesday, February 6, 2013

Tragedi

Benda kalau nak jadi memang tak boleh dijangka...

Sekarang ni aku sedang bercuti kat rumah. Semalam lepas balik kerja, sedang aku duduk2 tengok tv, my husband balik dari ambil Kasyah. Terus dia bagitau kepala Kasyah luka sebab terhantuk bucu meja. Aku terus tengok luka tu. Masya Allah agak besar dan terbuka. Aku ni dahlah spesis takleh tengok benda2 mengerikan gitu.

Kami terus gerak pergi klinik kesihatan Putrajaya. Kat situ je sampai pukul 7 ptg baru dapat jumpa doktor. Lepas doktor tengok luka tu, dia terus kata kena refer ke hospital sbb luka tu besar dan perlu dijahit. Alamak luluh rasa hati ni.. But being me, I never showed any panic reaction nor emotion. Masih lagi cool and calm. Kami terus ke Hospital Putrajaya. Malas betul nak ke sana sbb sapa yang follow blog aku mesti tau aku ada bad experience kat sana but what to do. Dah itu je yang dekat. Sampai kat sana lebih kurang pukul 7.30. As always, waiting is the only way here. Kami hanya berjaya jumpa doktor pukul 9 malam. Lepas tu doktor suruh pergi X-ray kepala Kasyah. Nak tengok ada patah ke tak? But ya know, Kasyah is always Kasyah. Mana reti diam. Dia sangat aktif langsung takde sign yang dia sedang cedera. Payah sangat nak suruh die diam ambil X-ray tau. Tapi akhirnya berjaya jugak.

Selepas 1/2 jam baru kai dipanggil lagi and the result, takde patah tapi komfem kena jahit. Kalau awal lagi which lepas die kena, boleh gam je tapi sebab dah lama dan dah terbuka besar so no choice kena jahit jugak. Masa tu terasa kesal kenapalah pengasuh Kasyah tak bagitau kai awal2 pasal luka ni. Haish..

Dengan bantuan 2 orang MA, akhirnya berjaya juga jahit luka kat kepala tu. Kesian Kasyah penat die meraung. Nampak je muka aku terus die peluk aku. Sedih sangatlah tu. Oh ye, aku tunggu kat luar masa Kasyah kena jahit. Cuma suamiku saja yang masuk pegang die. Akhirnya pukul 10 malam baru kami balik. Kasyah pulak dah tido masa kat sepital lagi. Agknya sbb penat sgt menangis.

Aku tak salahkan pengasuh tu sebab aku tahu lumrah budak2 memang nakal dan asik nak main je cuma tolonglah bagitahu awal2 kalau ada apa2 berlaku supaya kita boleh ambil langkah sepatutnya. Tapi nak cakap lebih2pun benda dah jadi. Kasyah nampak okay dan aktif. Hopefully memang takde papelah. Cuma nak kena pantau kalau die muntah2 kena bawa ke hospital terus. Itu pesan doktor.

p/s:Banyaknye kerja umah nak kena buat.

8 Magic Words:

SweetLikeWhat said...

Allah kesiannya kasyah kak anne..ngilunye dengar kena jahit..cepat sembuh ye kasyah..

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Hi ... Jalan-jalan pagi Rabu ...

nuyui a.k.a miss YUI said...

alahai ciannya dia..

adarnadzmie said...

moga luka kasyah sembuh cepat...

Qhaifa Nur said...

akak kalau anak2 cedera dikepala cukup takut...pengalaman dah ada sebab jatuh dari meja kopi saja...simpton muntah2 buat akak cuak..1 hari juga anak masuk wad...nasib tak apa2...

alhamdulillah, anne tak salahkan pengasuh...biasalah budak tengah membesar ada saja mereka nak buat...moga cepat sembuh kasyah

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

alolo kesian kasyah... moga cepat sembuh yer sayang...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmmm sebagai pengasuh,, xperlu takut dan diamkan ajer...

kalau xbgtau tu laa yg buat org boleh rasa nak marah..huhu

semoga kasyah cepat sembuh..

nanakimie said...

huuu....kecik2 da kena jahit,sian kasyah,moga kasyah cepat sembuh...anak buah nana smlm pun calar tang idung,dia tersembam kat taska,mujurla xdpape...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...