Wednesday, March 20, 2013

Garang

Sejak-sejak aku dah mula loya-loya, mual-mual, muntah-muntah ni, boleh dikatakan aku semakin garang. Bukanlah garang kat anak ke kat laki ke tp garang kat orang yang call or datang jumpa aku tanya pasal scholarship. Sape2 yang call aku tanya soalan bodoh2 yang dah memang ada dlm guideline yang aku bagi memang stok-stok kena hamun dgn aku..hahaha giler garang.

Ada sekali tu, budak datang kat opis nak tanya pasal scholarship. Kebetulan aku tengah serabut nak siapkan keje dgn berperang emosi nak muntah lagi. Budak tu datang cakap dia ada complicated punya masalah. Aku tanyalah pasal apa. Rupanya pasal die dah terlebih umur tak layak nak apply scholarship tapi nak apply jugak. hah hambik ko kena marah free dgn aku. Dah terang2 aku letak dlm guideline bagitahu hanya mereka yg lahir dari tahun berapa ke tahun berapa je layak memohon tp degil tak paham bahasa. Ko bajet ko dtg jumpa aku, aku boleh kasi ko apply ke?

Tu belum lagi yang call tanya benda2 mengarut. Tension aku. Aku rasa hormon aku tak stabil skrg ni. Ditambah lagi stress dgn bos membuatkan aku melampiaskan marah aku pada orang lain. Hadoilah, aku ni tak garang tau sebenarnya dgn org cuma hormon telah membuat aku jadi begini..hehe

Tapikan bagus gak garang2 ni. Takdelah org senang2 nak pijak kepala ko. Mcm certain2 parents yang dtg rayu2 nak apply scholarship tp hakikatnya anak die tak layak memohon. Pastu siap ugut2 nak bgtau medialah, nak hantar suratlah, itulah inilah. Kalau garang, tak berani diorg nak lebih2. Kan kan kan...

okaylah, nak sambung buat keje. Ni pun ada ura2 nak muntah lagi ni... daaaaaaa

4 Magic Words:

wahida said...

eh nok, ko preggy ke? sori lah nok, aku dah lama x BW...huhu..

kalau ko preggy, aku ucapkan tahniah ye...semoga ko jaga diri bebaik...


jgn garang2 sgt...nnt aku takut nak masuk blog ko...hahaha...

Kesuma Angsana said...

hehehe apapun jaga diri, jgn smpai kena darah tinggi !

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

garangnyer...mungkin hormon ibu mengandung tu...dulu time ngandung pun sama suka marah2 jugak...sabar jerla

SweetLikeWhat said...

hihi..comel la k.anne ni pregnant..tetiba jadi garang pulak..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...