Wednesday, April 3, 2013

Dah bubar..

Sana sini orang dok update parlimen dah bubar.. Parlimen dah bubar.. Aku rasa cam biasa je. Parlimen bubar ke tak ke tetap kena buat keje. lainlah kalau parlimen bubar tibe2 bos kata esok cuti seminggu barulah boleh aku excited gak...hehehe.

Dari dulu aku tak minat politik. Dengar orang cerita pasal politik pun aku tak suka. Dengar orang lain kutuk orang lain dalam politik lagilah aku tak suka. Sebab aku percaya takde orang yang sempurna. Tak boleh ke kita buka minda dan cuba kaji setiap sudut parti politik. Contohlah kalau ko penyokong kerajaan, mesti apa je kerajaan buat ko akan sokong. Ko mesti kata terima kasih (eh aku sukalah lagu terima kasih yang selalu keluar kat tv tu) kerajaan kerana memahami. Tapi kalau kau tak sokong kerajaan, ko mesti kata, kerajaan nak pancing undi. Pilihanraya dah dekat, kerajaan guna duit rakyat, kerajaan penipu dan macam2 lagi. Cuba kalau parti yang korang sokong tu pulak jadi kerajaan and bertindak sama macam kerajaan sebelum ni, korang akan kata, itulah yang sepatunya kita buat sebagai kerajaan.. Ah senang cerita kalau parti ko sokong buat jahatpun ko okay jek. tapi kalau parti ko nyampah, buatlah baik mcmanapun tetap tak elok jugak kat mata korang..

Aku? Masih dalan mood memerhati. Aku perhati je sape yang paling suka kutuk sapa. Aku tengok je parti mana pilih method caci mencaci.. Aku tengok je parti mana yang suka buat cerita.. Semua aku perhati. Aku tak mintak banyak dari pihak yang memerintah. Aku cuma nak hidup dengan aman, sejahtera tanpa ada tekanan. Tak perlu nak berdegar-degar pung pang sana pung pang sini kutuk sana kutuk sini. Masa mengundi nanti korang tenangkan hati bukakan minda buatlah pilihan terbaik. Dalam setandan pisang memang ada yang busuk tapi takkan nak buang semua. Buang yang busuk jelah. tak gitu..

Okaylah, sesiapa yang tertanya mana aku pergi, hmm macam biasalah busy. Mood pun tak berapa nak ada. And i am now entering second trimester of my pregnancy..yayyyy.. Hopefully tak lama lagi no more loya-loya..hehe

daaaaaa...

2 Magic Words:

..::..aRe-Na..::.. said...

hehhehe...akhirnya kan,betul2 setuju sgt....asal dpt hidup dlm negara yg aman, sejahtera tanpa ada tekanan..x de pung pang sana sini ..itu pon dh alhamdulillah kan...
apapun slmt mengundi..

nuyui a.k.a miss YUI said...

samalah kt tak minat politik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...