Thursday, April 4, 2013

Kena cili

Korang pernah dengarkan pepatah 'sapa yang makan cili dia yang rasa pedasnya'. Haaa meh nak citer pasal makan cili ni. Alkisahnya anak bujang aku sorang tulah. Ntah apa peel die ntah suka sgt buat mama dgn papa dia marah. Selagi kami tak marah selagi tu die tak puas hati. Kasyah ni memang pesen tak boleh ditegur. Tak kisahlah ko tegur dgn penuh berhemah lagi lemah gemalai pun die tetap takleh terima. Habis semua benda dibalingnya kalau kite tegur die.

So semalam, kami semua tengah makan nasi. Bungkus ayam penyet je sbb aku masih belum boleh memasak lagi. Kasyah ni kalau makan memang tak boleh duk diam. Kejap lari sana kejap lari sini tapi kitorang biar je. Lepas tu tibe2 dia datang balik kat kami tunjuk nak sambal ayam penyet tu. Aku cakaplah sambal tu pedas. Die takleh terima. Nak jugak! Nak jugak! Aku letak sikitttttt je kat pinggan dia. Korang tau apa dia buat lepas tu? Die ramas2 nasi pastu die baling kat aku. Mula2 aku sabar lagi. Aku cakap baik2 "janganlah baling nasi. Tak baik. Kan rezeki tu." Die makin suka pulak terus die baling lagi. Senang citer die baling mcmlah nasi tu bola boling. Pergh hangin aku. Dah kata jangan tapi makin menjadi2 pulak die buat. Terus aku mengamuk ambil sambal ayam penyet tu sumbat kat mulut die. Hah baru tau. Menangis tak berlagu cari air sebab pedas. Aku lepas tu dah tak cara dah. Laki aku take over bawa die gi mandi lepas minum air. Dalam bathroom pun buat perangai lagi. Lepas mandi pun buat perangai...Haish anak2. Kenapa suka sgt mencabar kesabaran mama ni?

Tapi Kasyah ni bila semua orang tak pedulikan dia, sibuk die datang kat aku, peluk2 aku. Tau pulak tu nak mintak simpati. Aku tahu ramai yang kata jangan marah anak jangan pukul anak tapi takkanlah kalau anak tu dah sampai tahap berlebihan nak biarkan jugak. Senang cerita lain budak lain ragamnya. Hanya orang yang dealing with the kids je tau seksanya.

Kasyah...Kasyah.. tolonglah jangan degil2 jangan nakal2. Mama ni tak suka nak marah2 tau tapi mama tak faham kenapa Kasyah suka buat mama marah. Nak juga tunggu mama menyinga. Itupun tak serik jugak. Hadoilah. Serius aku tak suka nak marah anak sgt. Antara aku dgn my husband pun, Kasyah mmg selalu kena lepuk dgn papa dia. Dgn aku kurang sikit. Aku suka belai2 peluk2 cium2 dia. Aku agak Kasyah buat perangai sbb nak dapat adik kot. Kasyah tetap anak kesayangan mama tau. So takmo notti notti.

5 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

dia tau dia nak dpt adik nanti takleh mnja lbh2..hihihi

mrs adam said...

sian kasyah kena cili tau.tapi saya pon penah buat mcm awak jugak,letak smabal skit dlm mulut haziq sebab geram sgt,tp lepas tu menyesal.hihi.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

ololo kasyaah nak bermanjer tu...nanti dah ader baby...

Nasuha said...

teringan sy ms kecil dlu...mulut kna sapu dgn sos cili sbb pokpek tak hnti...hihi

SweetLikeWhat said...

kasyah nak manja-manja tu sebab die tau nak dapat adik dah..

sabar ye kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...