Friday, May 3, 2013

Jom Mengundi

Salam..

Alahai tenggelam timbul aku sekarang ni kan. Mood nak berblog beria-ria macam dulu memang hilang terus. Gitulah gayanya kalau dah mabuk ni. Oh ya aku sekarang dah pun masuk 4 bulan pregnant tp still aku tak leh makan sesuka hati...huwarghhh...memang tak sama macam pregnant yang dulu. Perempuankah???? hahaha.

Bercakap pasal tajuk, sebagai seorang rakyat Malaysia yang dah cukup umur nak mengundi, In Sha Allah hari ahad ni aku akan tunaikan tanggungjawab aku untuk memilih bakal pemimpin negara. Hati ni masih berbelah bagi lagi. Kejap nak undi dacing, kejap nak undi bulan, kejap nak buat undi rosak pulak....hahahaha tak bleh pakai betul..hehe. Tak kesahlah nok. Kite tunggu je harinya nanti.

Korang suka tak lagu 'Jom Mengundi' yang dinyanyikan oleh Tomok, Black, Shiha dgn Ayu tu? Aku sukalah lagu tu. Cathcy sgt. Siap boleh hafal dah liriknya. ' jom kita keluar mengundi....jalan tanggungjawab negara demokrasi.... lala lalalalala... sambung sendiri" hehe

Petang ni aku akan balik kampung. Selain nak mengundi, esok aku nak gi kenduri kawen kawan sekolah rendah aku merangkap jiran aku. dah lama dah tak jumpa die. Jumpe kat fb je. Dulu masa kecik2 selalu lepak umah die sampai mak aku cari..hehe. Pastu kalau rehat masa sekolah mesti makan sama2 sebab kitorang bawa bekal. Kebetulan kenduri die masa mengundi dapatlah aku pergi. Lagipun nak gak jumpe kawan2 masa sekolah rendah dulu.

Hopefullu petang ni tak jem sgt. Letihlah kalau kena bertapa dalam kete lama2. Aku ni dah keje nak terkucil je. Harus bawa baldi takut tak sempat kalau jem..hahaha...

Okaylah. Update sebab tak nak kasi korang rindu je..aci? ekeke..

daaaaaaa.... Selamat Mengundi!

5 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

jom mngundi =)

jg bby elok2 ya..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

dah pun selamat mengundikan...meriah tahun ni...

Ann Ishak said...

macam mana keputusan...berpuas hati kah :)

Love Razila said...

Yeah!! chaiyok mak yong =)
Nak tengok gambo terkini. HAHAHA comelkan bila preggy =D

LYAfrina said...

dah selesai mgundi.. baru sampai sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...