Friday, June 28, 2013

Aktiviti di malam hari

Salam...

Since minggu ni beta keseorangan maka beta tidak mahu mensia2kan waktu. Beta amat pantang andai waktu dibazirkan begitu saja (ceh padahal selalunya lepak tido je..kihkihkih). Dah alang2 takde sape nak mengaco, jadinya aku pun sambung projek menjahit langsir rumah aku. Jangan tak tau weh, langsirnya aku dah beli tahun lepas lagi. Konon nak siapkan awal tapi nan hado. Dah mabuk2 takdenya aku nak ngadap kain. Memandangkan puasa pun tinggal berapa hari je lagi maka haruslah ku siapkan juga langsir aku tu. Kang dah bulan puasa dah tentu2 penat. Kalau tak dibuat, tak berlangsir pulak rumah aku. Setakat langsir ruang tamu tu xpe lagi sbb ada spare langsir tp langsir bilik dah 2 thn tak bertukar sbb takde langsir lain...hahaha. Tak senonoh.

Yang ni langsir bilik. Warna hijau. Beli kain murah je. RM10 semeter tp beli semeter percuma semeter. Jadi Rm5 semeterlah kan..

Untuk membangkitkan semangat nak menjahit tu, aku dengar lagu raya.. Nampak tak henpon aku tu tertera lagu raya.. Semangat beb menjahit berteman lagu raya ni.. 2 minggu lepas pun aku jahit langsir dgr lagu raya gak. Husband aku tension jek..hehe.

Kalo korang tak nampak meh aku bagi gambar clear yang aku mmg dgr lagu raya. hehe. 3 malam kot aku menjahit langsir je tpkan langsir aku tak siap jugak. Malam tadi dah gigih dah igt boleh siapkan scallop utk langsir ruang tamu tp alih2 kain pulak tak cukup. Dah beli 3 meter kot. Siap bahagi 2 dpt 6 meter still tak cukup gak. Byk sgt kedutnya..huhuhu. Terpaksa beli kain lagi. So tinggal nak jahit scallop dgn langsir dapur je ni. lain2 sume dah siap. Bulan pose boleh fokus pada kuih raya..Eh?!?!?!

p/s:Tak sabar nak balik kampung ptg ni. Nak amik si bujang tu. Kebetulan sepupu akupun kawen ahad ni.. Dah rindu bebeno dah mama dgn Kasyah.. Hope jalan tak jam and perjalanan aku selamat.. Letih drive sorang2 ni. Sakit badan..huhu

5 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah2..rajin dia..

Qhaifa Nur said...

langsir raya yup...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waahhh sambil menjahit..siap dengar lagu raya.. kasi naik semangat.. tak menahan u.... hehehehehehe

Kesuma Angsana said...

walla rancaklah menjahit yer hehehe

Kniedaz said...

Xstart lg jahit...mesin jahit tu dok nganggur lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...