Thursday, June 13, 2013

Genting Highland getaway ~ Outdoor Theme Park

Salam semua kawan-kawan... Eh, muncul pulak aku hari ni. Semalam update hari ni pun update. Semangat hokeh.. Haha sementara bos tak tanya pasal keje die, jom buat keje lain dulu..haha. Entry hari ni saja nak citer percutian singkat ke Genting highlang. Dah lama dah pun. 26hb April hari tu. Bulan Jun baru dpt cerita weh. hehe. Plan nak pergi ni pun seminggu je sbb aku teringin sesangat nak gi tido hotel. Kebetulan minggu tu husband xde kelas hari sabtu so teruskan jelah niat tu. Hotel aku book online. Amik first world saja. Rm138 untuk cek-in hari jumaat. Lepas tu kalau korang nak jimat masa main2 outdoor dgn indoor, aku cadangkan korang beli tiket secara online. Murah byk beb. Aku beli tiket All-park (outdoor, indoor dgn splash pool) cuma RM49 saja. Kalau korang beli kat kaunter, outdoor saja dah RM54 kalau tak silap aku.. So silalah beli tiket siap2 secara online. Berbaloi2.

Kami gerak hari jumaat tu pukul 7pagi. Hah semangatkan. Yelah nak singgah sarapan lagi. Lepas tu nak tempuh jam lagi. Siap sarapan pun dah pukul 8 So teruskan perjalanan campur tolak jem pukul 11 baru kami sampai. Siap singgah Tesco sebenarnya beli sweater Kasyah. Sweater die dah kecik sgt so takutlah die sejuk belikanlah die sweater satu. Sampai je kat Genting, kami terus ke outdoor park. Redeem tiket dkt kaunter nanti die bagi korang wristband tu.

Baru sampai. Mari posing dulu. Kami park kete kat First world sbb nak tido kat situ kan.


Dah masuk outdoor park. Best betul datang hari kerja sbb tak ramai orang. Nak naik ride pun tak yah beratur. Kalau kena beratur pun taklah lama. Kasyah free sbb die sipi2 nak cecah 90cm.
First2 kenalah naik ride utk kanak2. Eh kami memang naik ride kanak2 or family je.Xdenya nak naik yg extreme2 tu sbb aku kan pregnant. Lagipun percutian ni lebih kepada nak hiburkan anak.
Mula2 Kasyah memang takut naik mainan2 ni. Die xnak duduk sendiri. Nak duduk atas aku je. Tapi lama2 baru die naik syok. Aku rasa benda gajah ni je 4 kali die naik. Aku naik 2 kali je lepas tu dah malas dah. Papa die pulak layan. Aku layan makan..hahaha
Kapal terbang ni pun die suka. Yang ni pun berulang naik. Nasib baik xramai orang so xyah beratur nak ulang naik.
Cubaan Kasyah nak buat peace.. Tapi apasal xnak pandang along?
Naik cawan pusing ni pulak. Serius aku pening. Rasa nak muntah pun ada..hadoi.
Pastu naik caserole yang ada kuda ni tp Kasyah takut nak naik..hahaha.


Jom pergi dinasourland. Hah yg ni kena beratur sbb boat die cuma ada 2 je. Jenuh gak ah nak tunggu tp sbb xmo rugi tunggu jugak. Yelah bukannya byk sgt pun ride yg boleh kami naik dgn anakkan.



Tengok Kasyah tu asiklah nak buat peace je..


Amboi khusyuknya membaca. Yg ni kami naik matahari...

Last sekali kami naik kereta antik ni. Igt nak naik train pulak tp sbb dah pukul 2 and perut pun dah berbunyi lapar so kami decide utk pergi cek-in bilik dulu dan makan. Kami dah siap2 bawa lunch nasi lemak bungkus..hehe.

Lepas makan rehat2 lepak2 kami decide nak turun semula sbb ada lagi ride family yang kami nak naik kat outdoor. Lepas tu nak ain indoor pulak. Bila turun tu alamak hujan pulak kat luar so outdoor park ditutup. huhuhu sedih.. tapi takpe boleh main benda lain pulak... iaituuuu....

Sambung lah. Penatlah menaip ni...hehe

p/s:Igt nak mc hari ni tp semangat kuat tak jadi pulak...

4 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sonok tgk kasyah snyum je ..

Kniedaz said...

lama tak ke genting..ingat nak bawa anak-anak hujung tahun ni ^_^

Cik Puan Rara said...

xsbr nk tgu princess besar.nk bwk dye jugak

mrs adam said...

ok la tu anne cite april kuar jun,masih ok agi berbanding saya.haha.bestnya genting.last pergi tahun 2008,ish bile ajak husband g je dia kate anak2 kecik lagi.alasan tau.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...