Monday, June 17, 2013

Genting Highland - Splash Pool

Salam semua...

Hari Jumaat minggu lepas aku mc jadi agak senyap sunyi ler blog aku hari tu. Jumaat jugak hari aku pergi scan baby.. Nak tahu ke jantina baby aku? Hehehe... Result scan haritu adalah TAK NAMPAK LAGI.. huhuhu hampeh je kan doktor tu. Die kata die xnak bagi harapan sbb xclear. Eleh sebenarnya memang die xnak cekpun. Langsung tak tgk pun. Terpaksalah aku gi scan sendiri nanti.

Moh ler kita sambung citer jalan-jalan genting hari tu. Lepas berehat2 santai kat bilik, dalam pukul 3 lebih tu kami turun semula. Plan nak main kat outdoor lagi sbb ada a few rides yang kami belum naik. Tapi malangnya, hujan pulak. So tukar plan, marilah kita mandi manda di splash pool. Dah namanya beli tiket all-park rugi kalau tak masuk. Tak sia2 okay mandi manda kat sini sebab best sgt. Yelah harikan hujan so cuaca memang sejuklah. Mandi pulak air panas memang ohsemmmm sesangat. Rasa xnak keluar dari kolam.

Kasyah memang excited mandi kat sini sebab dah lama kami xbawa die mandi kolam.


Cubaan nak buat peace...

Tak ramai pun masa kami masuk ni tapi dah lama2 baru ramai. Yelah org pergi genting bukan nak mandi kolam. Tapi sebab kat luar hujan, kat sini memang pilihan terbaik selain indoor games.
Dah lepas mandi. Sejam jugak kami kat sini. Tu pun jenuh nak ajak Kasyah naik. Abaikan jelah mata bersinar tu ye.


Peace tak jadi dari Kasyah. Lepas mandi jom main indoor games pulak. Seriusly sapa yang nak tido kat genting, bolehlah dtg dan mandi kat splash pool ni. Kalau tak beli tiket all-park, bayaran masuk die RM15 kalau tak silap aku. Kalau nak tau lebih lanjut korang masuk jelah website genting tu.

Entry indoor games kita sambung nnti ye. Nak buat keje jap.. daaaaa

3 Magic Words:

ismaliana sulaiman said...

masa tgk gambar (blm baca n3 lagi) pelik je rasanya mandi manda kat genting..x sejukkah.?? rupanya air panas yer... huhuu...

akak ni ntah bila la dapat bawa anak2 pi genting...b'tahun2 b'janji x pegi2 lagik...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

seronok nyer kasyah jalan2 genting...ceria mukanyer tu...

Kesuma Angsana said...

hehehe sukanyer dier yer !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...