Tuesday, June 18, 2013

Genting Highlang - Indoor and Strawberi Park

Salam semua..

Jom sambung lahi citer jalan-jalan genting aku ni. PErgi 2 hari 1 malam tp buat entry mcm gi seminggu..haha.. Ni entry last sbb aku dah malas dah nak buat lg. So lepas mandi manda, baru pukul 5.15. Marilah kita bermain2 dalam indoor pulak. Ada beberapa game indoor yang takde or tak boleh main. So rasanya hari tu kami cuma main 3 rides saja. Nak naik berulang2 pun boleh tp Kasyah pulak dah mula ngantuk. Sambil naik ride tu die dah tersengguk2 nak tido. Tapi aku layan die sbb die belum makan mlm lagi.

Kami naik floating boat ni. Masa nak naik kena beratur sbb agak ramai jugak nak naik. Yelah kat luar hujan so indoorlah jadi tumpuan.




Gambar memang tak byk sbb dah sibuk layan Kasyah supaya dia tak tido. Lepas dah naik semua rides yang kami boleh naik, teruslah kami tapaw makan malam. Beli kat Marrybrown je. Malas nak fikir makan yang lain2.

Kasyah bergaya dengan spek free dari Marrybrown. LEpas tapaw makan, lebih kurang pukul 6 lebih kami pun naik ke bilik dan tak turun2 lagi sampai esok. Aku memang dah flat dah. Kederat aku masa pregnant ni memanglah limited. Jalan sekejap dah penat gile inikan lagi dari pagi tadi...exhausted kot..huhu

Esoknya kami tak gi jalan2 pun dalam indoor tu. Dah puas dah rasanya berjalan semalam. Sarapan pun husband tapaw je. Aku lepak tunggu dalam bilik sambil mengemas. Lebih kurang pukul 11 lebih kamipun cek out. Sebelum balik aku ajak husband cari strawbery park. Aku tau ada taman strawberi tapi aku tak tahu kat mana. Tanya kat polis kat Genting tu die kata taman tu kat bawah. Kat area skyway.. Nasib baik jumpa. So sebelum mengakhiri percutian maha singkat kami ni, marilah kita singgah kat strawbery park tu.

Masuk adalah percuma. Kalau korang nak memetik strawbery, bayarannya adalah RM8 100gram. 100gram lebih kurang 8 biji strawbery. Kalau nak petik mintak je bakul kat kaunter kat dalam park tu.

Inilah kaunternya. Aku tak petik sbb malas. Alah dulu dah pernah petik akt Cameron dah le. Lagipun Kasyah kecik lagi bukan faham pun pasal petik strawberi ni.. Aku beli strawbery yg dah siap bungkus tu. 300gm RM15.

Kasyah paling suka kot makan strawbery. Belum apa2 dah mintak nak strawberi.

Muka kelat menahan masam. actually taklah masam sgt. Masam manis gitu buahnya. Tapi lepas balik rumah memang masam jadinya..

Konon macam petik tapi nan hado. Kat dalam ni jugak ada taman lavender, taman lebah dan ada taman sayur. Sebelum kuar tu korang kena lalu deretan kedai yang agak byk bagi aku dan setiap kedai mesti suruh ko beli brg die. Takde jalan lain nak keluar tau kecuali lalu kedai2..pandai diorang. Lagi best terjebak beli belon angry bird sbb sesuka hati je org kedai tu bagi belon kat Kasyah. Bila die dah pegang mestilah die xnak letak balik. Xpasal2 kenalah membayar..huhuhu. Sampai umah kejap je jahanam..Membazir sungguh.

Itulah serba sedikit cerita ceriti percutian singkat aku ke Genting. Kalau dah tak tau sgt nak gi mana memang Genting jelah pilihan kitorang. Asal bercuti ye dak..hehe.

Daaaaaa...

p/s:Esok besday Kasyah... hehe

10 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

terasa kesedapan strberi bila tgk gmbr..huhuh..

nur anis said...

Syokkkknyaaa..suka strawberry...

wahida said...

mana best dgn strawberry cameron?

Love Razila said...

Wah mak yong, sakan cuti ya, dah setahun x gi genting...rindunya. HEHEHE

Masih lom pernah sampai kat setroberi park ni lagi =)

Qhaifa Nur said...

tak dapat pergi CH, datang makan stoberi kat cini pun ok juga...

Rin Maira said...

x jumpa plak tman stobeli tu ms gi duluuu

AnneRaini said...

wahida:ntah..aku bukan peminat strawberi so aku rasa sama je..haha

husna zahidi said...

hensem tgk kasyah..hehe..

husna x suka makan strawberry..=/

Kesuma Angsana said...

anak2 mmg suka sgat lah prgi tempat macam ni kan !

Fai CeritaCinta said...

pegi cameron ni memang besttt.. pegi banyak kali pun xpe.. (>___<)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...