Wednesday, June 12, 2013

Penangan rajin...

Assalamualaikum wbt..

Hah lama tak nampak mana tercampak? hehe ada je ni cuma tak berapa rajin nak menaip. Menaip keje hakiki kat opis ni pun dah letih lagi nak menaip merepek kat blog...hehehe. Ada ke yang rindu? Kalau ada terima kasih. Kesiankan blog aku ni. Kejap ada kejap takde. Serius rindu nak aktif berblog tapi kekangan masa dan keadaan buat aku terpaksa on and off dengan blog ni.

Sejak awal bulan 5 haritu aku memang busy dengan scholarship yang aku handle ni. Alhamdulillah semalam dah berjaya hantar 276 keping surat pada semua calon2 yang dah lulus stage pertama. Sekarang ni aku nak buat preparation utk stage kedua pulak iaitu exam. Sebelum mula keje tu baiklah aku curi masa jengah blog kejap.

Walaupun hari ni patutnya hari tanpa kat tapi maaflah sebab memang aku nak membebel tahap ekstrem hari ni. Redhoooo jelah ye. Sekarang ni mak buyung dah masuk minggu ke 22 pregnant. In Sha Allah jumaat ni akan pergi 2nd scan utk tgk jantina pulak.. hikhikhik tak sabar nak tau jantina baby. Aku ni takdelah kesah sgt tapi kalau boleh nak baby girl lah sbb nanti dah ada sepasang. Tapi kalau ditakdirkan yang keluar nanti boy jugak, aku terima je. Cuma kena pendam hasrat geram bila tengok baju baby girl jelah.. Comel sesangat..hehe... Akupun dah tak sabar nak gi shopping barang baby ni. Boleh je nak shopping skrg tapi sebab tak tau jantina so mcm konfius nak beli. Lepas scan nanti bolehlah gi memborong barang baby.. eiiii bestnye.. hahaha gedik cam lah baru festime nak dpt anak.. hehe

Hari sabtu lepas aku ajak suamiku ke jalan TAR. Saja je nak jalan2. Lagipun aku nak ke Nagoya beli kain utk buat bedung. Bukan takleh beli yang dah siap tapi kalau beli dah berapa hengget. Kalau buat sendiri Rm20 dah dpt 4 helai dah. Apa guna ada mesin jahit kalau tak guna ye dak? Lepas beli kain tu, kami ke Pertama untuk beli jam aku. Jam tu hadiah besday aku bulan ni. Beli siap2 sebab masa besday aku tu suami aku takde kat sini sebab die kena pergi makmal seminggu kat JB. huhu. Lepas beli jam terus ke SOGO. Saja je nak tgk2 brg baby. Igt nak cari baju raya Kasyah sekali tapi sebab ramai orang terus rasa malas nak berebut2. Aku cuma beli barut je sbb rasa mcm comel giler dan murah. Oh masa tu SOGO ada sale. Lepas tu kami pusing jalan masjid India. Takde pape yang menarik pun. Aku ajak balik and suamiku decide nak ke midvalley. Berjalan pulak kami ke sana. Sakan betul aku berjalan ye.

Nak tau? Balik je rumah terus aku flat. Tumbang sebab penat sgt. Hari ahad pulak, untuk pertama kalinya selepas beberapa bulan aku memasak. Badan sakit yang semalam tu aku ignore je. Lepas masak dan makan, sambung pulak jahit bedung baby tu. Sudahnya memang aku takleh bangun. Satu badan kooo sakit. Jalan pun dah mcm nenek tua umur 90thn dah. Serius sakit. Huwarghhh tulah, sape soh rajin bebeno. Dah tau kederat tu takat lutut je gi pulun sampai bahu. Mendapat lah kan...padan muka aku. So dalam 2-3 hari ni memang aku baring jelah kat umah. Semuapun husband yang buat. Cuma keje opis ni je yang kena buat sendiri...

Oh ya, aku dapat invitation utk pergi dinner sabtu ni. Nak pergi ke tak ek? Ada Tun Mahathir sekali. Bukan senang nak sedewan dgn Tun. Lagipun mesti meja aku nnti dekat dgn meja VVIP sbb akukan VIP..hahaha. Kalau pergi nak pakai baju apa sbb sekarang saiz dah jadi XXL..huhuhu

Eh, mcm dah byk je aku membebel. Korang pun dah bosan agaknya. Okaylahh, aku stop kat sini dulu. Nanti ada masa aku cerita lagi.

daaaaaaa...

p/s:gambar berjalan takde sbb malas..

6 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

cpt dapat jam ya.

hihi.. merata bjln mmg ptutlah ting tong bila smpai.

p je dinner..bkn snng tun M ada..huhu

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hehe..xpe.. kami paham..tahap bz...

:)

Ismaliana Sulaiman said...

sya rindu..saya rindu!!! sama je lah kita ni anne... kejap tenggelam kejap timbul...

akak klu kain benung ni pun suka yg buat sendiri..lbh besar senang nak ikat bby ketat2,tp xde lah smpi x bernapas... :)

jgn lasak2 sgt anne..w'pun b'jalan tu bagus utk memudahkan b'salin nnti tp kene tgk pada kemampuan diri juga... jgn rajin bebenor... heheee...




p/s: anne nnti pm akak kat fb alamat n no hp... ;)

JunAina said...

Dinner tu pergilah...rugi kalau tak pergi.

Baju tu formallah kot tapi nak senang berbaju kurung jelah ikut keselesaan.

Aida Azryn said...

pergi je la kak. hehe. :)

Love Razila said...

Wow...kene pakai bajublink2 ni. HAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...