Monday, July 22, 2013

13 Ramadhan

Salam ramadhan..

Dah pun masuk 13 hari berpuasa. Tinggal lagi 2 kali je weekend sebelum sambut raya. So pada yang belum buat persiapan raya ada masa 2 minggu lagi nak shopping termasuklah aku ni. Baju Kasyah baru ada 2-3 helai. Kasut diepun xbeli lagi. Sorry ye hari ni xde gambar. Malas pulak nak transfer gambar dlm komputer. Esok2 jelah eh. Hari ni kite sembang2 je. Jap lagi aku nak kena buat keje yang pada aku agak mengarut tapi dah namanya arahan, buat jugalah.

Mesto korang dah taukan pasal kes budak mati dalam kete tu. Siyes first thing aku terfikir adalah apa perasaan mak budak tu. As a mother aku rasa aku boleh jadi gila kalau benda ni berlaku kat aku. Mungkin mak die pun boleh mereng jadinya. Dia akan menyalahkan diri die seumur hidup. Penyesalan yang tak berkesudahan tapi tolonglah orang lain yang tak berada dalam situasi tu jangan senang2 nak tuding jari menyalahkan mak die. Tolong berdoa dan mohon pada Allah minta dijauhkan perkara macam tu jadi kat kita. Ko rasa mak die nak ke terlupa dan tinggalkan die? Korangpun mesti pernah terlupa tutup iron lepas gunakan? Cuma mujur rumah korang tak terbakar sbb litar pintas. So benda terlupa ni bukan sesuatu yg ko boleh jangka. Kun fa ya kun. Kalau Allah kata jadi maka jadilah walau sesusah mana korang cuba untuk ingat.

Sama2 kite berdoa semoga perkara2 ini tidak menimpa kita mahupun sesiapa yang kite kenal. Baik korang marah pada mak bapak yang terang2 bagi anak main mercun or mak bapak yg tak kisah anak ponteng sekolah. Or mak bapak yg sebuk baking anak walaupun terang2 anak tu buat jahat.

p/s: Petang ni buka di hotel..hehehe

9 Magic Words:

mama leen said...

kesian budak tu.. tapi dah takdir kan..

Kesuma Angsana said...

ingatan utk diri sendiri juga ni !

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

bila teringat kisah tu sedih sangat...kesian mak dier...tapi bila ingat balik dah takdir nak wat camener kan...tak dapat bayang adik tu macamaner saat ajal dier ...panas dalam kereta tu sedih sangat moga rohnyer dicucuri rahmat...

Qhaifa Nur said...

kita perlu ambil pengajaran dari kisah ini...memang menyesal tak sudah kan..kan..

aTieYusof Family said...

Moga dapt dijadikan iktibar pada kita.. mmg dah takdir arwah meninggal bgtu..tapi kemungkinan jika kecuaian dpt dielak kan pasti ianya tak terjadi...

izzah said...

perkara nk berlaku...ajal maut, jodoh pertemuan di tangan tuhan...tiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya...moga jd ikhtibar buat kita semua...

nuyui a.k.a miss YUI said...

doakan perkara ni dijauhkan dari kt..

wahida said...

sama2 kita amek iktibar atas kes ni...aku ni pun pelupa jugak nok...tapi nauzubillah lah jadik mcm ni kat kita dan family...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhu..sedih gak bila baca kisah tu...

minta dijauhkan perkara seperti itu terjadi pada diri kita kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...