Thursday, July 11, 2013

Dugaan sebelum puasa

Salam Ramadhan...

Dah pun masuk hari kedua berpuasa. Sebenarnya semalam aku mc.Entry buffet tu aku dah siapkan hari selasa dan buat autopublish. Nak cerita dugaan aku sehari sebelum puasa ni. Tak tahu mana silapnya tiba2 boleh jatuh sakit.

Alkisahnya, lunch hari selasa haritu, aku ada jamuan makan kat ofis. Kami makan pizza sempena besday one of my ofismate. Disamping pizza ada juga buah2an tempatan seperti manggis, rambutan dan longan. Air pulak twister oren dgn pepsi. Lepas makan tu, akupun minumlah air oren yg dicampur dgn air masak sbb aku tak suka minum mcm tu je. Aku rasa manis sgt kalau tak campur air masak. Tak lama lepas tu, aku mula rasa sakit perut. Memulas-mulas mcm orang nak buang air besar tp hakikatnya aku bukan nak membuang pun. Cuma perut memulas saja. Dalam pukul 2 macam tu, aku pegi toilet and aku muntahkan apa yang aku makan tapi tak banyaklah. Dah muntah tu ada lega sikit tp tak lama. Sakit perut tu datang balik. Boleh dikatakan setiap 20 minit rasa perut memulas tu datang. Aduh tak tentu arah rasanya. Nak mintak balik tinggal sejam lebih je pun. So bertahanlah aku.

On the way balik rumah, Sakit perut tu makin menjadi2. Makin kerap. Aduh, aku berdoa biar selamat sampai rumah je. Dah tak tertanggung rasanya sakit perut tu. Nak sapu ubat or minyak angin tak boleh sbb i'm pregnant so xsesuai utk baby. Sampai kat rumah tu aku muntah lagi. Kali ni lebih banyak. Sakit perut toksah cerita ah. Nak menitik air mata. Lepas maghrib, badan dah mula panas. Ah, demam pulak. Memang terbaik. Husband soh baring dalam bilik lepas makan panadol. Tengah baring tu, tibe2 tekak loya nak muntah. Xsempat bangun, kat atas katil jugak aku muntah melambak2. Segala apa yang aku makan lunch tadi habis terkeluar sampai xde apa nak keluar lagi. Siksanya rasa.

Husband ajak pergi klinik sbb nampak aku makin lembik. Lagipun since aku pregnant, aku xboleh makan ubat sebarangan. So pergilah aku ke klinik. Doktor kat klinik tu pun risau nak bagi aku ubat apa because of my pregnancy. Last2 die cuma bagi ubat angin dgn tahan muntah. Itu je. Takde ubat sakit perut langsung. Die cakap aku mungkin keracunan makanan or terlalu banyak asid dalam perut. Nasib baik die bagi aku mc untuk esoknya. So aku bertahan dengan ubat angin dan tahan muntah tu je. Seriusly, sakit perut aku masih ada lagi sampai ke hari ni cuma tak sesakit dan sekerap haritu je.

Alhamdulillah semalam juga aku berjaya berpuasa satu hari. Walaupun aku langsung tak makan petang semalamnya dan makanan lunch pun aku dah muntahkan tapi aku berjaya juga puasa dengan sahur sekeping roti, secawan milo dan sebiji kurma. Syukur. Bukan nak mendera badan nak puasa jugak tp sbb kalau buka pun aku tak selera nak makan. Lagipun sepanjang pagi sampai tghari mmg aku tido je sbb ubat tahan muntah tu sgt mengantuk. Semalam petang masa berbuka pun aku tak makan banyak. Makan rojak singapore sikit, beberapa sudu bubur dan seketul kuih saja. Itupun perut mcm tak boleh terima.. Haish dugaan betul.

Harapannya hari ni aku semakin sihat. Biarpun sakit perut masih ada tapi mintak2 tak lama lagi hilang. Doakan aku kuat berpuasa sampai ke akhirnya. In Sha Allah..

p/s:Petang ni nak buat nasi goreng je. Pergi bazar semalam langsung xmembangkitkan selera.

13 Magic Words:

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Moga...cepat sembuh yek...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Moga cepat sembuh yek...

Cik Puan Rara said...

masuk angin kot.rara dulu pon cm tu jugak.sakit nya Ya ALlah.sampai masuk spital lah masuk air.fuhhh~ kalao kenang.mmg x sanggup.

nuyui a.k.a miss YUI said...

jg dri akk bek2 na.. ikut nasihat dktor =)

Kniedaz said...

semoga cepat sembuh ya..take care!

Qhaifa Nur said...

sakit perut time pregnant memang merisaukan kita..bukannya apa kasihan kat dalam tuh...cepat sembuh

JunAina said...

Masak buburlah, tak pun beli bubur lambuk je. Jangan makan pedas2. Dugaan puasa datang dengan cara berlainan untuk setiap orang.

Love Razila said...

Get well son ya.
Chaiyokk ya tapi kalau x than berbukalah, maybe it's better for u to take some food ke.

aTieYusof Family said...

salam Ramadhan..
moga beransur baik ya..take care..

Kesuma Angsana said...

take care. In Shaa Allah kalau kita kuat semuanyer ok !

lieyalatif said...

alahai...kesian lieya bace hah....agaknye betul la tu kan...mkn mcm2 tu yg jadi gitu...hope dah sembuh sepenohnye yeak....


selamat berhujung minggu...

ismaliana sulaiman said...

iskhhh...risau plak akak baca n3 anne.. mcmana arini dah ok ke? klu x larat puasa jgn paksa anne..sian bby kat dalam perut tu klu perut kosong...

take care tau! **hugsss*

izzah said...

poisoning food ke..yaAllah..tambah2 dengan preggy n puasa lgi ni...memang kalau org preggy kena poisoning food lagi teruk..sy pernah kena masa preggy dlu...siap demam2 lg..papepn, syafakallah..moga cepat sembuh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...