Thursday, July 25, 2013

Iftar di Concorde Hotel

Salam semua.

Masuk hari ke 16 berpuasa. Alhamdulillah masih lagi mampu untuk meneruska puasaku..Meh nak citer pasal berbuka puasa kat hotel concorde isnin lepas. Memanglah aku dah kate tahun ni xde plan nak gi buffet ramadan tp dah rezeki ada org ajak haruslah pergi ye dak. Berapa harga buffet ni aku tak tahu sbb aku tak bayar..hehehe. Kalo tengok dalam internet RM98. Huii mahal weh. Kami sampai kat hotel pukul 6.30 ptg. Pukul 7 baru masuk kat dewan makan. Kawasan makan tu taklah luas mana tapi penuhlah. Artis pun ada..hehe. Alah si zazleen anak adik norzizi zulkifle tu. Die dtg dgn laki die. Aku tak amik kesahpun sbb mmg aku jenis wat dek je kalo jumpe retis. Aku lagi glemer..haha boleh?

Main dish kat situ adalah masakan padang. Selain tu adalah nasi 2-3 jenis pastu lauk2 semua ah. Aku tak ambik pun gambar sbb segan..haha. Dahlah dtg makan free pastu nak tergedik2 amik gambar, memang tak ah. So aku cuma ambik gambar makanan yg aku makan je.

Aku amik ni. Dimsum, samosa, popia, murtabak dgn udang tempura. Murtabak tu Kasyah yg habiskan.

Yang ni my husband amik. fresh seafood. Yg lain2 tu sume dah di stim cume oyster tu je mentah. Seriusly aku tak pernah mkn oyster tau. oyster sos pernahlah. Mula2 tu aku ada geli gak nak makan oyster tu tp sbb teringin nak tau rasa die mcm mana so tabahkan hati try jugak. Yelah oyster bukan murah. Saja2 nak beli mmg taklah kan. Dah alang2 ada free ni marilah cuba. Perah lemon and telan. Ermmm sedap rupanya. Tak kusangka aku boleh suka oyster...hehehe. Lepas ni kalo ada lagi mesti aku makan byk2. Haritu makan satu je sbb aku pregnant so takut food poisoning mkn benda raw ni.

Ni pulak aku amik lemang 2 ketul (keras), serunding daging, tauhu sos tiram, ikan celup tepung, tahu sumbat dgn bihun goreng. Bihun gorengpun aku tak makan sbb Kasyah yg habiskan.

Ini budak beria makan bihun..Alhamdulillah haritu Kasyah sgt behave. Agaknye suasana lain dan org2 yg ada pun die tak kenal. Die mmg fokus makan je. Banyak lak tu makan. Suke aku.

Comot2 anak mama makan. Yang pinggan sebelah tu nasi dgn lauk yg husband amik. Aku cume makan apa yg aku amik tadi je. Sikit gilerkan. Sbb aku tu malas gi buffet. Aku makan tak banyak. Rugi tau.

Dah boring makan, main game tepon pulak. Layannnnn...

Lepas maghrib geng2 lelaki iaitu ofismate husband melantak sup gearbox ni pulak. Aku mmg tak gemor. Geli. Sup dgn daging die bolehlah aku telan tp bukan dalam tulang tu... Tp yg ni aku tak makan pun.

Last sekali time for dessert. Macam2 dessert ada. Dari western sampailah local food. Rojak buah pun ada. bubur kacang pun ada. Aiskrim pun da. Tapi aku ambil yang ni je. Apple crumble die sedap hokeh. Ni yg rasa nak buat apple crumble ni.

Lepas tu aku amik cheesecake ni, kuih lompang dgn kuih bakar. Itu je. Cheesecake diekan mmg terbaik. Lagi sedap dr secret recipe. Serius sedap sesangat.

Overall, since orang belanja aku puas hatilah dgn makanan kat situ. Ada yang sedap ada yang kureng. Tapi kalau base on pengalaman, Cyberview Resort tetap terbaik. Varieties of food die mmg heaven giler. Kat concorde ni aku consider mcm sikit je. Sushi takde, satay xde, hawker's food xde, mee pun cume sejenis je, kambing golek pun xde. Kalau kat cyberview tu, siap ada bhgn stall kat luar. Sushi lagi, indian food lagi, kambing golek sedap, satay bagai, sotong kangkunglah, itulah inilah sampai tak tau nak pilih. Yang ni pulak sampai tak tau nak makan apa lagi..hahaha sbb mcm semuapun dah rasa or tak rasa nak rasa..hehe

p/s: Petang ni mau berbuka di midvalley..sape nak join..hehe

8 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

rezeki jangan ditolak Anne...
seronoknya buka posa kat luar tak payah masak...
amboi kasyah senyum yup..perut pun kenyang..

Cik Puan Rara said...

haiii bila lah kami nk ifftar lat concord lak ni.

wahida said...

nok? ko geli dlm tulang gearbox tu nok? perghhhh...itulah feveret kami laki bini..kalau dpt tu, mmg berebut lah kami...hahaha...

terliur terus tgk sup gearbox tu nok...grrrrr!!!

aTieYusof Family said...

Seronoknya bila ada org belanja Iftar ni..sedap2 je nampak makanan tu..
rezeki:)

Rizziela said...

sedapnya..tahun ni sy x ada berkesempatan pun utk berbuka dihotel

Rin Maira said...

adess sedapnya seafood tu.....
tahun ni tak berbuffet kt hotel lerr...

lieyalatif said...

fuh best tu ade oyster.....lieya punye peberet tu...mau hadap tu ajek kalo dpt ekekekekek

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

moon xpenah cuba oyster mentah gitu.. tapi kalo setiap kali buka puasa ngan dak opis kat pnb darby park tu.. suka bebenor dorg makan... katanya sedap.. tp tekak moon yg tgk plak rasa kembang..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...