Tuesday, July 2, 2013

Makan2 lagi

Salam buat semua...

Haih ni yang nyampah kalo cuti hujung minggu ni. Balik opis mesti mood malas tu datang. Padahal semalam bukan byk keje pun tapi still tak dpt gak nak bercerita barang seketul dua. Okaylah untuk tak nak kasi blog ni sendu je sedangkan ada 3 BE menari2, aku update ler jugak citer basi ni. Himpunan makan2 dari bulan 2 haritu. Disebabkan aku sblm ni mabuk2 jadi taklah memasak. Makan kat luar pun jarang2 sbb tak lalu. Selalunye bungkus je makan kat rumah sbb lepas mkn senang nak muntah balik..hehe

Ni makan bulan 2 hari tu. Masa awal2 mabuk. Tekak teringin nak makan nasi mandi so kami ke kedai MR Kabab and Briyani dekat dgn umah je. Aku ambik nasi mandi with chicken kebab. Sedap!

Husband pulak mcm biasa makan nasi briyani chicken. Pun Sedap. Tibe2 rasa tak sabar nak puasa sbb boleh bungkus nasi arab kat Saba pulak..Sedapnyeeee...

Yang ni pulak makan masa sambut besday my husband. Kami ke Kenny Rogers saja sbb masa tu tekak mcm nak makan ayam panggang. Ni menu mak aku. Masa ni mak aku ada sekali. Husband punye menupun lebih kurang je.

Yang ni menu aku. Aku xleh mkn sgt macaroni tu so Kasyah tukang habiskan. Feveret dielah pasta ada cheese.

Sebelum gi Kenny Rogers ni sempat lagi Kasyah pau papa die beli mainan..Aduyai. Kasyah kalau xdpt mainan mood die memang kelaut. Kite pulak yang sakit hati nanti..huhu

Yang pulak makan masa bulan 5 haritu. Festime try makan kat Wong Solo sbb ramai yang kata sedap. So kamipun naklah cuba.. For us tak menepati citarasa kitorang. Kami tak suka sambal die yang berminyak tu. And pada aku sambal die tak pedaspun. So mungkin last kot kami makan kat sini.

Tak sedap kat tekak aku tp mungkin sedap kat tekak korang..huhu

Tengoklah sambal die tu, ditumis dan berminyak sgt. Akukan mmg anti sikit makanan berminyak ni. Kalau masakpun aku selalunya kurangkan minyak.

Last sekali makan kat Kirishima. Teringin bebeno nak makan miso sup. Kat Kirishima jelah yang sedap. Yang ni aku amik set Saba shioyaki.

Lagi sekali makan Kirishima last week. Amik Saba Steak and Tempura Set pulak... Sedapnyaaaaaaa...

Hah tu je nak citer.. Petang ni terasa nak makan murtabak pulak...Dah ngidam dari awal pregnant haritu tp sebab takleh makan bawang so aku hold je dulu. Masuk je 6 bulan, rasanya tekak ni dah ok sikit so nak murtabakkkkkkkk...hehehe

5 Magic Words:

Kniedaz said...

wah..sedapnya..nasi apa yang paling atas tu?

Kesuma Angsana said...

alamak semua sedap2 tu ! hehehe

Qhaifa Nur said...

seronoknya time pregnant, semua nampak best...

nuyui a.k.a miss YUI said...

pergh..terliur tgk..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

nasi mandhi memang sedap...

saya paling suka wong solo tu sedapnyer..memang sambalnyer tu berminyak sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...