Tuesday, July 23, 2013

Mee bandung untuk berbuka

Salam semua..

Dah masuk hari ke 14 berpuasa. Genap 2 minggu dah so tinggal lg 2 minggu je nak puasa lg. Alahai tak sabar pulak nak raya. Bukannya apa tahun ni beraya di kampung aku so mestilah seronok lebih..hikhikhik. Masa rayalah nak jumpe sedara mara. Orang kata kenal sedara setahun sekali gitu. haha.

Minggu lepas aku ada bagitau family aku nak dtg umah akukan..so hari sabtu tu aku decide nak buat mee bandung saja utuk berbuka. Kebetulan rencah mee bandung pun ada. Jadi pagi tu sempatlah aku, suami dgn abah aku ke pasar borong selangor beli barang basah.

Mee bandung guna perencah D'muara campur dgn rencah sendiri sbb rencah d'muara tu tak cukup pulak. Nak resepi mee bandung boleh klik sini.

Masak juga daging pedas feveret husband ni sbb die memang nak makan nasi sokmo. mee mee ni kureng sikit. Resepi daging pedas boleh klik sini
.

Itu jelah menu hari sabtu. Hari ahad buat tomyam saja. Senang sbb siang tu keluar gi Jusco. Nak masak beria2 takut tak sempat. Tomyam main campak2 je. Sonang keje den.

P/s: Petang ni macam xrajin nak masak. Buat nasi goreng jelah. huhu

13 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

lama dah tak makan mee bandung...

lieyalatif said...

sesekali layan berbuke mkn mee pun sedap gak kan....Nampak pekat kuah mee bandung tu...mesti sedap....same laa mcm husben lieya, tetap cari Nasik jugak heheeheheh

ainnoraini said...

sedap pulak tengoknya tu...
semalam buka puasa kak ain buat mee goreng jer...tp air buat sirap bandung + soda lagiii...

Hidayah said...

Sama la ngan husband kita.. buka puasa nak ada nasik jugak.. nanti nak try la buat daging pedas tu.. hiihii..

nuyui a.k.a miss YUI said...

bak mai hntr sni skit..huhuh

aTieYusof Family said...

fuyyo...sedapnya tgk..
saya tak pernah lg masak mee bandung sndiri..tak yakin..hehe.

Kniedaz said...

sedap jugak mi bandung tapi kalau buat kat rumah kena masak benda lain..diorang kurang makan mi kuning

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

mee bandung dah lama x makan...sedap tu...

Love Razila said...

Sedap nampakkkk =)

Rizziela said...

saya x pandai nak buat..pandai makan ajer

Kesuma Angsana said...

rajin sungguh memasak yer. menu sedap2 pulak tu !

diana said...

syok jugak kalau berbuka satgi dengan mee bandung,,

FiZ said...

suka mee bandung..haihh..lama dah xmakan mee bandung ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...