Friday, July 19, 2013

Menu berbuka 8 Ramadan

Salam Ramadan..

Alhamdulillah dah masuk 10 ramadan dah hari ni. Aku belum ponteng lagi. Tapi harapan nak puasa penuh hanya tinggal harapan sbb 2 minggu lagi aku kena minum air gula..huhu. Mintak postpone lepas raya katanya dah lambat sgt.. Nak tak nak terpaksa juga korbankan satu hari puasa...

Hari ni nak share menu berbuka 8 ramadan pulak. Menu 2 hari lepas ler ni.

Buat sambal udang, sup ayam dgn sayur kacang+hati ayam. Sup ayam tu dpt semangkuk tu je sbb nak habiskan ayam yang ada 2 ketul lg. Bolehlah buat lauk Kasyah.

Sambal udang feveret. Malam semalam berbuka kami makan lauk ni jugak. Sbb pagi sahur tu kami makan sup ayam saja so ada berbaki lauk udang ni. Buatlah menu berbuka. Aku just goreng sayur je and buat jemput2 bilis. Jadilahkan. Sahur pagi tadi pulak aku goreng je nasi. Makan dgn keropok. Hah konyang terus. Alhamdulillah syukur.

Tahun ni kami memang tak beria sgt berbuka. Nak pergi bazar selalupun malas. Setakat ni baru pergi 2 kali. Tengoklah dah hujung2 nnti kalau dah malas masak.

Hari ni family aku datang dari kampung. Yay seronok dpt buka puasa ramai2. Dah plan nak ajak mak buat kuih ry. Buat ramai2 cepat siap nak bandingkan kalo aku buat sorang. Kalau berjaya adalah aku tempek kat blog ni nanti. Ptg ni takyah masak beria sbb mak kata die bawa rendang ayam dari kampung...yayy lagi..

Okaylah daaaaaaaa...

p/s:Ada bonus ke tak org gomen ni? Aku nak ngecek selipar raya ni..

15 Magic Words:

Mon MonaLea said...

sedapnya udang tu...

Qhaifa Nur said...

jadi juga masak sambal udang...sedapnya anne..

Rizziela said...

sambal udang tu Nampak sangat sedap

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

best gak tu juadah buka puasa dier...saya pun buka biasa jer lauk ikan sayur kadang kuih...

Love Razila said...

Argh!! nak sikit rendah ayam. HEHEHHE bunyinyer buat kecur liur pulak. kikiki

Umi Nazrah said...

jarang sangat dapat masak. time sahur ngan cuti je dapat masak. berbuka beli ja kat bazar. ngan anak2 kembar umur tak sampai 2tahun, kadang2 anak2 yg sibuk nak masak :D

lieyalatif said...

fuh sambal udang mmg kene kalo lawan dgn sup ....bertambah mkn..

hepy weekend dear!~

syafiqakarim said...

sobs. duduk hostel ni kebuluq.
tetiba rindu masakan mak

Ibu Lala said...

Terliur tengok. Bulan pose ni sume nye nmpkmsedap kan.

Hidayah said...

mujur baca perut dah kenyang..!

udang tu membangkitkan rasa nak mkn..!hikhik..

insyaAllah..ada bonus tu... ada..

:)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhh sambal udang tu jugak yg nampak menggoda... hehehe

wahida said...

aku baru je buat sambal udang, tapi kawankan dgn sup cendawan....heheh...

ismaliana sulaiman said...

klu dah nama puasa bila tgk makanan je mula lah nak t'liur.. lg2 sambal udang tu.. adoii..

ainnoraini said...

sambal udang mmg kesukaan kak ain tuu...tak sedar bertambah nasi bila mknnya...

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah udang ttuuu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...