Thursday, July 18, 2013

Puding Roti Marble

Atas permintaan Wahida  (blogger yg selalu menggiurkan aku dgn jalan2 cari makan die dan juga entry jalan2 die tu), meh aku share resepi puding roti marble. Resepi ni aku ambil dari blog Kak Madiha. Mintak halal ambil resepi dan kongsi kat sini. Bukannye apa bile tgk resepi tu rasa mcm semua bahanpun ada kat rumah lagi2 roti yang nak expired tu. Cepat2 ambil resepi dan buat.



Puding Roti Marble

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
3. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
4. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
5. Dah siap bolehlah dilorek2 untuk dapatkan efek marble kemudian simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat. Bagi aku kalo ikut resepi ni manis die sedang2 elok je. Sedap.

Puding aku tu warna merah bukan sbb aku letak pewarna tau tp sbb serbuk agar2 yg ada kat rumah mmg warna merah. Lantaklahkan. Malas pulak aku nak gi beli lain. Warna je merah tp takde perisa pun..hehehe.

7 Magic Words:

wahida said...

yeayyyy!! nnt nak buat...tengs nok!!

sayang ko lah!!

Hidayah said...

gulp..

ok..nak try jugak nanti..

:)

ainnoraini said...

menarik..terasa sejuk jer tekak ni bila makannya tu kann..

ismaliana sulaiman said...

kebetula ada roti kat umah... blh la buat utk b'buka arini... dulu dah penah buat sekali..ikut resepi ni jugak..

aTieYusof Family said...

wah! sedappnya nampak..klu berbuka dgn ni mesti mabless..
nti nak cuba...:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedappppp tu..

Ibu Lala said...

Kite x pernah lagi wat puding cam ni. Nanti nanti kalau rajin nak buat la jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...