Friday, July 12, 2013

Ramadhan kedua.

Salam..

Alhamdulillah...Walaupun sisa-sisa sakit perut masih ada, namun aku berjaya juga mengharungi satu hari lagi untuk berpuasa. Terima kasih buat sahabat2 yang prihatin dan mendoakan kesihatan aku. Nampaknya hari ni sakit tu dah berkurangan. Kadang2 je datang sakit perut yang mild je. Alhamdulillah syukur.

Semalam kami berbuka sangat ringkas. Dek kerana masa puasa pertama tu kami ke bazar ramadhan dan langsung tak membangkitkan selera malah kami rasa macam membazir sangat membeli di sana, maka semalam aku decide untuk buat nasi goreng saja. Jadilahkan. Dah tentu2 sedap. Aku belek2 apa barang yang ada dalam peti ais tu. Ternampak telur masin. Kalau masuk dalam nasipun sedap gak ni. So decide untuk buat nasi goreng telur masin saja. Kebetulan ada sedikit ayam yang memang aku dah dadukan untuk buat perencah dan ada pula lebihan fishball. Sayurpun ada sedikit kobis cina tu. Jadilah buat pelengkap nasi goreng aku.

Husband pula tolong goreng keropok dan kuih frozen. Ditambah pula dapat bubur lambuk pemberian ofismate husband. Syukur.. dah cukup best dah tu. Bak kata husband semalam "Buka macam ni pun dah okay dah". Erm betul jugak. Daripada membeli kat bazar yang satu hidangan main dah hampir RM10. Belum lagi rasa tak puas hati sebab tak sedap..

Hari ni, husband ajak berbuka buffet di Presint 8. Anjuran Tengku Adnan. Percuma katanya. Tengoklah macam mana nanti. Kalau jadi pergilah kot. Errr sorry takde gambar sbb rupanya cable telefon aku tertinggal kat rumah.

p/s: Esok nak pergi expo baby.

6 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

sekarang kalau pergi bazaar tak cukup 1o hinggit..silap2 mahu 50..

sedapnya makan bubur lambuk..

Kesuma Angsana said...

setuju dgn komen QF tu hehehe

ismaliana sulaiman said...

btl anne kadang2 makanan yg di jual kat bazaar tu ala kadar je rasanya.. masak nasi grg sendiri kat umah lagik puas hati...

lieyalatif said...

first time dgr nasi goreng telur masin....boleh cube...

mrs adam said...

ok la tu, nasi goreng awak ada mcm2,telur masin,ayam n fishball lg,betul2 masak sendiri lagi best drpd beli kat bazaar

izzah said...

sakit perut naper?gastrik ker...syafakallah..

Bertuah ada suami leh bantu2 kat dapur..isteri pun rasa sejuk hati je kan =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...