Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan kembali lagi...

Salam semua..

In Sha Allah esok kita semua akan berpuasa. Alhamdulillah dapat lagi kita bersama-sama menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini. As aku sendiri, tahun ni aku tertunggu-tunggu bulan ramadhan. Tak sabar nak beramal dan beribadah dalam bulan ramadhan ini. Kalau dari segi persiapan pula, aku cuma siapkan rencah memasak mcm bawang, lada, halia bagai tu siap2 diblender. Nanti nak masak senang. Esok pun mungkin sahur lauk telur masak kicap je kot sbb barang basah mmg tak beli lagi.



Pada sapa2 yang terlupa niat puasa, sila rujuk gambar kat atas ni. Senang kalau korang baca niat puasa sebulan terus.. So takde alasa terlupa niat so tak dpt puasa.. :p.. hehe

Marilah sama-sama kita perbanyakkan amalan di bulan mulia ini. kalau tak dapat buat semua, dapat buat sikitpun jadilah. Asalkan kita berusaha untuk melakukan kebaikan.

Boleh juga guna ceklist ni.. Oh ya semua gambar adalah ehsan daripada google.

Tahun ni adalah tahun pertama aku akan berpuasa semasa mengandung. Harapan aku biarlah aku dapat puasa penuh and baby bagi sepenuh kerjasama pada mama dia untuk puasa. Doakan juga perjalanan puasa aku kali ni berjalan lancar dan dipermudahkan... Sayang kalau tak puasa sbb bukan senang nak dapat puasa penuh ni..hehe

Okaylah.. nanti2 kite update lagi ye..

p/s: Hari ni genap kandungan aku 26 minggu.....3 bulan lagi..hehe

4 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

slmt berpose penuh kak =)

wahida said...

selamat menyambut ramadhan dear...

aku tau ko boleh buat punya...semoga kuat ye sepanjang puasa ni...

Qhaifa Nur said...

selamat berpuasa...
puasa kali ni berdua...moga dipermudahkan segalanya..

Cik Puan Rara said...

thanks for sharing.berguna sgt!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...