Tuesday, July 16, 2013

Seminggu Ramadan

Salam semua...

Hari ni genap seminggu kite berpuasa. Alhamdulillah aku masih lagi mampu untuk berpuasa malah aku rasa lebih bertenaga bile berpuasa. Berkat ramadan kot. Semalam tak sempat langsung nak update blog sbb semalam aku ada cek up. So as always aku amik half day. Hari ni baru gigih nak nak update blog. Oh ya, hari ahad hari tu ada pulak tragedi berlaku. Tak pasal2 aku jatuh terduduk kat rumah. Dah nak berbuka dah pun. Aku bangun nak ke dapur dan bila pijak je tikar kanak2 (yg evamatik tu) terus terjatuh. Rupanya ada air tumpah kat bawah tikar tu. Licin ler jadinya. huh seram gak aku takut effect pape kat kandungan but Alhamdulillah takde pape cume sakit badan ler lepas tu especially tang punggung. Nak solat pun jadi payah sbb sakit2 badan..huhuhu

Saje nak share antara menu berbuka aku. Takde niat pape ye cuma nak bagi idea pasa sesapa yang nak buat juadah berbuka. Even aku sendiri suka tgk blog org lain yg kongsikan juadah berbuka sbb boleh jugak bagi idea kat aku.

Yang ni menu berbuka hari sabtu. Kebetulan siang tu pergi Midvalley so teruslah beli serba sikit brg basah kat Aeon. Menu simple jek. Siakap tiga rasa, kerang bakar dgn sayur goreng. Jadilahkan..

Siakap tiga rasa main campak2. Hasilnya kurang masin..haha.. Yelah aku dah berbulan kot tak masak. Bila masak semula dah bulan puasa so aku dah lupa camne nak adjust garam. Bukan boleh rasa..huhu.

Ni menu berbuka semalam. Ayam asam pedas, sayur campur goreng tiram dgn tempe goreng. Alhamdulillah bertambah2 suami aku makan. Dah lama tak pekena asam pedas isteri..hehehehe

Asam pedas ni nasib baik menjadi. Cukup masin dan masamnya... Risau gak aku kalau dah hilang 'touch' dlm memasak ni sbb tak boleh rasa.. Nasib baik menjadi.

Sempat gak buat puding roti marble ni semalam sblm ke klinik. Ptg tu dah keras dah. Yang ni pun aku risau sbb takut tak jadi. Festime buat manalah tahu tak manis ke apa ke tapi alhamdulillah menjadi jugak. Lagi2 makan masa sejuk..best.

Ini budak makan ayam goreng upin ipin. Nasi makan 2-3 suap je..Hadui.

Ermmm sedapnye ayam goreng upin ipin.... Itu jela yg die cakap...hehe

Hari ni tak tahu lagi nak masak apa. Nak bw blog orang. Kot2 dapat idea..

daaaaaaa

p/s:Terasa nak makan cekodok pisang...

11 Magic Words:

Cik Puan Rara said...

vahhhh~ kerang.best nya!

Kesuma Angsana said...

hehehe lapo lah pulak tgk menu2 ni !

Rin Maira said...

baca entry ni lelaju....takut terliooo hehehee

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Asam pedas ayam nak try la...

Rizziela said...

sedapnya ikan bawal tu

nuyui a.k.a miss YUI said...

kerang tu best...

amboi kasyah..

husna zahidi said...

sedap 2 semua kak..:D

bila masak kat umah sewa ni husna panggil juri yg x puasa tolong..hehe.. risau kurang sesuatu dalam masakan..huhu..

lieyalatif said...

hamboi selera hah mkn ayam goreng...mcm upin ipin

wahida said...

nok, nak resepi puding roti mable...

mrs adam said...

mcm mana awak bakar kerang tu ek?

AnneRaini said...

fieda: bungkus je kerang tu dlm aluminium foil pastu bakar je atas api. nak sedap boleh letak perencah mcm bwg cili bgi tu. tp sy bakar kosong je. cicah dgn sos cili thai yg gmbr ayam tu..terbaik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...