Friday, August 2, 2013

Biskut Bangkit Cheese, Red Pearl dan Suji Brunei

Salam semua.

Semalam dah janji nak bagi resepi kuih raya, maka tak nak bertangguh sbb dah nak dekat raya dah pun, meh sini aku share resepi kuih raya yang maha sedap ni. Kat tekak aku sedaplah. Kat tekak korang aku tak tahu.


Bangkit Cheese
Sumber: Kaknor secubit garam

BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.
MAsukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
Masukkan bahan2 kering.

2. Canai & terap.
Tabur parutan keju atas setiap biskut.
Bakar 160C 15 min.




BISKUT RED PEARL
Sumber:Izah Muffin lover

Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip
20gm ceri kering (merah,hijau)
25g badam/gajus/hazelnut(bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex (aku tak letak)
Disebabkan tak cukup cornflakes masa ni, aku tambah dgn nestum. Sedap jugak jadinya..hehe

Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur

Cara:
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. jemput dan buatkan spt bebola.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
4.Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
5.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 30 minit.



Biskut Suji Brunei
Sumber : Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)


CARA MEMBUATNYA :-)
1.Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
2.Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram dan mungkin tidak habis).
3.Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
4.Biarkan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi. Boleh letak dlm papercup or biar gitu je..

Inilah biskut baru yang aku buat. Setiap tahun mak mertua aku akan bagi kuih raya. Tahun ni tak tahulah dpt ke tak. Aku risau sebenarnya kalau die bagi kuih raya sbb banyak sgt. Jenuh aku nak habiskan..huhu. Tapi kalau orang dah bagi, aku amik je...

p/s: Buka puasa semalam mmg puas hati...

3 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ok yg cheese tak menahan..huwaaa..

Qhaifa Nur said...

selalu beli kuih tunjuk saja Anne...

Love Razila said...

simplenyer biskut raya...nk try red pearl =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...