Monday, August 5, 2013

Jom mengemas

Salam semua...

Dah masuk ramadan ke 27. In sha Allah hari khamis ni kite akan menyambut syawal. Aku masih di sini menjalankan tanggungjawab bekerja. Tapi mood toksah citer ah. Memang ingat kampung je ni. Malam tadipun dah kemas baju masuk beg. Semangat weh. Esok aku bekerja lagi. So malam esok baru balik kampung. Hai tak sabar nak beraya.

Semalam ambil kesempatan di hujung minggu untuk kemas umah sikit2. Yang benonyer rumah aku ni jarang nampak kemas. Selalunya weekend jelah kemas sikit tp tu pun kejap jer. Datang si Kasyah abis die punggah bakul mainan die lambakkan kat hall. Haih geram jer. So umah aku dgn tongkang pecah dah tak jauh beza dah. Tapi nak raya ni takkan nak biar umah bersepah ye dak.. Dah memang jadi peel aku sblm balik kg mesti kemas umah. Serabut otak kalau balik dari kampung umah bersepah lg.

Hasil selepas di kemas. Tema masih merah itam lg. Ni nak tayang langsir baru sebenarnya. Mula2 plan nak tukar warna tp bile beli langsir, xbyk yg berkenan di hati. Last2 warna merah gak yang berkenan. Tahun ni gigih sikit siap jahit scallop langsir. Beli kain kosong je. Lepas tu aku buat bunga. Jadilahkan. Asal ada langsir.

Barang 2 dalam umah tu masih sama lagi. Takde yang bertukar pun. Karpet pun tulah tetiap tahun sbb karpet ni mmg guna setahun sekali je. Igt balik kampung ni nak cari alas meja. Cari yang plastik sudah. Senang nak maintainance..hehe. Nampak kemaskan? Silalah percaya aku kena kutip dulu mainan Kasyah baru leh amik gambar tau. Kalau tak merata mainan die tu.

Sebut pasal Kasyah, hari sabtu hari tu, papa die gi gunting rambut die dlm tido. Kasyah ni mmg spesis tak nak gunting rambut. Memang meraung kalo kena gunting. Selalunya 4-5 bulan sekali kami gi botakkan je sbb tu yg senang nak buat bile die menangis meronta. Tapi masa papa die gunting tu, baru dapat sbelah kiri last2 Kasyah mcm tersedar. Terus die tak kasi. Sudahnya kokak rambut die. Halahai sakit pulak mata aku tgk. Kami bukan potong byk pun cuma nak trim je tepi2 dgn belakang tu. Semalam sblm mandikan die aku pujuk2 nak potong rambut. Mula2 die tak nak gak tp sbb aku ckp nnti die tak ensem sbb rambut senget sebelah last2 die bg aku gunting. Dapatlah repair kokak yg papa die buat tu. Tapi kenalah puji die ensem sentiasa..haha

Okaylah. In Sha Allah esok aku update lg ye. daaaaa...

p/s: Malam ni nak buat kek batik bawa balik kg.

8 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik warna..menarik..

ololo..tp kasyah ttp comel!

Love Razila said...

PERGH...KEMASNYER...kagum =)
rumah ku masih tunggang langgang weii 8_*

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

wow..merah makngah :)

AnneRaini said...

alah suzy, kejap jer kemasnyer. balik kang sepah balik dgn mainan.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhh cantik :) merah gitu...

Kesuma Angsana said...

slm singgah & ucap selamat hari raya maaf zahir & batin yer !

MulutPayau said...

warna yg ceria...

Rizziela said...

sama mcm rumah saya..x sempat nak mengemas..

suka tema merah hitam..ceria

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...