Tuesday, August 6, 2013

Nasi Arab dan projek terakhir sebelum balik kampung..

Salam ramadan ke 28...

Aku masih di sini.. di bumi Kuala Lumpur mencari rezeki... ah tak payah nak puisi sgtlah.  Dah xde mood nak buat keje. Smlm pun lepas habis baca paper aku bantai main game je. Siyes tak kuasa nak buat keje apapun. Hari ni lagilah. Aku tgh fikir nak buat apa lepas ni. Malam tadi patutnya nak keluar pergi Alamanda cari selipar suami tp tibe2 diserang sakit kepala yang maha hebat. Sampai nak termuntah rasanya. Mujur aku cuma beli roti john untuk berbuka. Taklah kena makan byk sgt. Tak jadilah keluar nampaknya. Aku bantai makan panadol terus berlayar sampai ke sahur. Nasib baik bunga api pun dah beli. Kalau tak mesti terlepas nak beli bunga api malam tadi. Kononnya lepas gi Alamanda nak ke Downtown mines tp nasib baik ptg tu dah nmpk org jual bunga api kat Bazar Uniten. Terus beli. Hangus terbakar duit aku RM40..hahaha

Menu iftar minggu lepas. Kan ada aku letak WW kata dah lama tak makan nasi mandi. So ptg tu aku suruh husband gi beli je. Nak masak xberapa ada mood sbb sepatutnye ptg tu kami mkn kat luar tp xjadi. Tu yang bungkus je. Ini Chicken Mandy.

Yang ni pulak Chicken Hanith. Dua2 ni beli kat Saba Cyberjaya. Rm 16 utk half chicken. Mmg byklah sampaikan 2 hari sahur kami mkn nasi ni je.

Didatangkan sekali dgn sambal tomato dan dhal. mmg sedap terbaik.

Pagi tadi sebagai projek terakhir sebelum balik kampung, sempat aku buat kek batik. Buat 2 adunan. Satu utk umah mak aku, satu utk mak mertua aku. Terpaksa buat lepas sahur sbb plan nak buat mlm tadi tergendala dek kerana sakit kepala tu. Tak dpt nak amik gambar sbb aku bergegas nak pergi keje pulak. Nnti kat kmpg bila dah potong aku amiklah gambar (kalau igt). Esok kat kg aku nak buat kek coklat pulak. Kalau rajin..hehe

Petang ni lepas keje aku akan gerak balik kg. Balik ke Segamat Johor. Ada org Segamat nak dtg raya umah aku? Silakan. Bgtaulah yer. Brg2 dah aku kemas. Bakul susu Kasyahpun aku dah siapkan. Tgl nak masuk serba sikit je lagi ptg ni. Lepas tu bolehlah cow cin cow. Doakan perjalanan aku lancar dan selamat sampai kampung.

Daaaaa...

p/s: Kalau rajin raya2 ni aku updatelah tp kalu tak jumpe lepas raya...hihihi

5 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

sedapnya tengok nasi arab tu..
dua-dua suka...

buat kek batik, sedapnya...

salam aidilfitri anne...

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

mak aih... terliur ni!! huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

hihi..berhati2 ya kak..

jumpa lg nanti =)

nanakimie said...

teringin nak rasa nasi arab kat saba ni.kwn nana ckp sdap..puas mkn,tu pun share bedua xabes

husna zahidi said...

tudiaa nampak benor bnyaknyaa..smpai 2 kali sahur tak habis lg..hehe..

semoga selamat sampai ke destinasi..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...