Tuesday, August 20, 2013

Raya kedua

Salam syawal ke 13...

Ingat malas dah nak cerita pasal raya kedua dan seterusnya sbb takde gambar tp sbb skrg ni ada masa (banyaklah sgt masa koo kan..) citerlah judak. Tapi setakat citer jelah ye. Gambar mmg takde, yilek, nehi, no no no..

Raya kedua, plan nak balik ke kampung mak pulak. Kampung mak bapak aku bukannya jauh mana. Kampung mak aku 1/2 jam je. Kampung bapak aku lebih kurang sejam. Dua2 kat segamat jugak. Anak jati segamat aku ni. Disebabkan raya kedua tu hari jumaat so kami gerak lepas solat jumaat. Disebabkan dah ptg, terpaksalah skip beberapa rumah. Kami sempat pergi 7 rumah je. Ada 3 rumah kami xpergi. Kalau pergi sampai ke malamlah jawabnya. Kami kena balik sblm maghrib sbb malam tu makcik aku sefamily pulak nak dtg.

Kat kampung mak aku ni pun si Kasyah buat perangai wei.. Sudahnya balik tu singgah lagi kedai RM2. Kaya tokey kedai RM2 tu sbb hari2 aku melabur kat situ. Bukan satu tp tetiap hari at least 3 mainan Kasyah amik. Hang kiralah kerugian aku kalo balik kg.

Malam tu family makcik aku dtg. Pakcik aku yg sefelda dgn akupun dtg jugak. Penuh jugaklah umah. Kasyah pulak makin menjadilah perangai die sbb ramai kawan2. Yang tak syok tu abis dipeluknye dua pupu die yang lagi kecik dr die. Meraung ler budak tu. Dah kena tegur terus protes hentak mainan, baling sana sini, tarik rambut aku. Sikit lagi nak kena hanger dgn aku tau. Balik je sedara mara aku tu, terus die tertido. Penat buat perangai ler tu.

Gitulah kisah raya kedua aku. Asik bergelut dgn anak je.

Raya ketiga kalau rajin aku ceritalah ye..

daaaaaaa..

p/s: Nak buat apa untuk potluck ye????

7 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

kasyah sakat mama yup...
samalah kg arwah abah dan mak tak jauh juga...15 minit sampai anne

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Waa bestnyer kampung dekat2...boleh la beraya ziarah sedara marakan..macam kiteorang memasing jauh...

nanakimie said...

kasyah buat perangai nak dpt adek ler tu,heeee..nak berkasih lebih dgn mama dulu:)

aTieYusof Family said...

Cerita raya sy tak keluar lg..hehe..
mengepow mainan lah ye anak teruna tu..samalah ank sy..asyik nak beli menan je...:)

Love Razila said...

HAHAHAHA sama kite, kegeraman tahap gaban bila anak2 buat hal kat rumah orang. Adoi...rumah sendiri xder pula nak panjat2 sofa bagai tapi kat rumah orang...amponnnnn nak nangis pon ada, lagi ditegur lagi dia buat yang paling sadis and shahdu, dah salam raya dah kluar rumah boleh pula pusing balik minta duit raya...wah rasa nak lempang jam2 tu gak. HUHUHU taulah maknyer lambat nak keluar rumah dok sibuk nyembang lagi dgn kawan. Sentap tgk perangai yang anak dapat bila bercuti lama di kg. Sib baik kawan tu close, admit perangai anak2 ku kalau tidak...mau setahun xkeluar rumah.

wahida said...

mmg bertabah la kalau anak buat perangai noks...huhu...

ismaliana sulaiman said...

bab b'gelut dgn anak tu sama je lah kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...