Thursday, September 5, 2013

Di hari Merdeka

Salam..

Hari ni dah pun hari terakhir Syawal. Ada banyak kenangan manis dan pahit yang berlaku sepanjang Syawal kali ni. Yang paling tak dapat aku lupa tentulah bila abah tiba2 diserang sakit jantung. Tapi Alhamdulillah keadaan dah kembali normal. Hopefully xde lagi dah serangan2 gitu. I seram uolss.

Cerita hari merdeka, aku xdelah sambut merdeka pun. Malam merdeka kononnya husband nak ajak pergi tgk bunga api kat Putrajaya tu tp aku belum pukul 10 dah tido..hahaha. Memang xboleh blah betul. Sejak pregnant ni memang aku tido awal. Nak berjimba malam2 ni payah sikitlah. So di hari merdeka tu, siangnya kami ke kenduri kawen ofismate aku.

Inilah pengantinnyer. Husni dan Zaidah. Ofismate aku yang pengantin lelaki tu. Untung ko die kawen sampai Ambassador pun dtg. Kelas uoolss. Officerpun ramai yang dtg. Jeles ai. Dalam gambar ni cuma pengantin, aku dgn 2 lagi kawan aku je yg melayu. Yang lain2 kebanyakannya bukan warganegara Malaysia..hahaha.

Lepas kenduri tu kitorang xkemanapun. Terus balik tp sebelum tu singgah jap kat Mydin kat umah tu beli brg sikit. Alkisahnye cousin aku dah call bgtau nak dtg malam tu. Aku nak masak beria memang xberapa larat. So decide buat yang simple2 je.


Menu utama spageti olio. Resepi spageti ni aku pernah share dulu. Boleh klik sini. Cuma kali ni aku xguna cendawan shitake sbb xde stok. Yang da cuma cendawan butang. Pon sedap.hehe. Mula2 cousin aku sefamily je yg nak dtg. Alih2 bila dah masak spageti ni rupanya sebesen besar. Aih banyaklah pulak. Terus aku call cousin aku lagi sorang yang dok UPM tu. Jadilah malam tu malam menjamu sedara mara..hehe. Aku punye sepupu ada 2 orang je pun yg dok KL.


Selain spageti tu aku buat jugak cekodok kentang cicah dgn sambal sardin. Adunan tepung setengah kilo. Habis kooo.. Malam2 makan jemput2 panas cicah pulak sambal sardin memang meletopslah kan. Xsia2 berdiri lama goreng jemput je.


Ini jelah yang sempat aku buat. Inipun dah mengah dah. Dah ler masak sorang2. Laki aku sibuk melayan Kasyah main bola. Lantaklah. Daripada die ngacau aku, baik die main bola... In sha Allah kalau ada rezeki tahun depan bolehler buat makan2 ajak kawan2. Malam tu memang kecohlah kejap umah aku. Kecoh kitorang berborak, dgn anak2 sedara lagi main bola bagai..huhuhu sekali sekalakan. Baru jemput 2 family. Dah riuh mcm tu. Memang seronok. Samapai pukul 12 lebih diorang kat umah aku. Seronok sgt berbual. Gitulah kalau jarang2 berjumpa. Time jumpa nilah semua gosip keluar..hehe.

Daaaaa...

p/s: Esok mak datang..yay yay.

5 Magic Words:

Kesuma Angsana said...

meriahnyer majlis & meriah makan2 juga yer

Qhaifa Nur said...

ada lagi pertunjukkan bunga api tuh...
tak sabar nak pergi putrajaya...
geram ni..menunya sedap-sedaplah...

ieda immi said...

uishh dah banyak nie dikk
janji tetamu semua suke ..
akak suke tgk spegeti oleo tuu .. akak x pernah buat .. nanti nak cube ;)

yelah dikk .. dlm ngandung nie bila rajin masak tu satu advantage .. kebanyakan ibu ngandung jadi malas ;)

nanakimie said...

wah,banyak jugak tu menunya..kalau nana xpanggil simple da ni,menu lengkap dah.hehe....suka la sis rajen masak2:)

mrs adam said...

awak ni rajin betul masak.salute2 + malu ngan diri sendiri.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...