Monday, September 23, 2013

Temuduga oh Temuduga

Salam...

Minggu yang stress dah pun menjelma. Selain stress nak ngulang ke sepital, aku juga stress dgn temuduga hari Jumaat ni. Seriusly sejak tahu pasal temuduga tu aku belumpun buat apa2 preparation. Aku langsung tak baca info2 yg patut aku tau. Aku tak baca skop tugas, aku tak amik tau sapa menteri ke apa ke senang citer aku buat dek je. Bukanlah xbersungguh2 tapi aku lagi concern pasal my baby. Berapa banyak die gerak, kenapa die senyap, kenapa aku sakit bdn, kaki bengkak semua tulah. Aku takde mood nak study pasal temuduga tu.

So minggu ni tak boleh tidak, aku kena jugak baca sikit2. Bukanlah beria nak menghafal pun. Asal tahu sudah. At least kalau ditanya boleh gak aku goreng2kan jawapan aku tu. Aku ambil konsep kalau ada rezeki adalah. Kalau xde teruskan kehidupan mcm biasa. Kalau dah memang rezeki aku, jawaplah merapu macam manapun, dah tentu2 dapat. Tapi kalau bukan rezeki aku, preparelah sampai setahun pun tp kalau bukan rezeki, xdapat jugak.

Dua tiga hari ni, badan aku sakit sgt especially kat pinggul. Serba salah dibuatnye. Nak ke kiri sakit, nak ke kanan sakit, nak duduk sakit, nak baringpun sakit. Tu lagi satu faktor kenapa aku xberia nak temuduga. Gua sakit beb! Dalam keadaan fizikal yg tak memberansangkan tu, camne aku nak fokus pada study? Memang taklah. Ni pun badan sakit lagi tp sbb aku malas nak mc sbb minggu ni hari2 pun aku cuti separuh hari, aku gagahkan jugak diri ni bangun gi keje dan bawa kete. Peh nak masuk ketepun seksa. huh.

Soryler kalo aku x bw ke blog korang. Ada gak aku jengah cuma xdan nak komen2. Aku terpaksa rela study kat opis ni sbb ni je masa yg ada. Doakan aku kawan2. Doakan supaya kesihatan aku baik hari jumaat ni dan aku berjaya harungi temuduga dengan jayanya. Kalau rezeki aku, in Sha Allah.

Daaaaaaaa

p/s:Boleh ke aku buat muka kesian? Aku dah 37 minggu ni. Kalao ikut Kasyah, minggu depan dah bersalin beb. huhuhu

8 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

pregnant kali ini penuh cabaran kan anne...moga berjaya hendaklah...

nuyui a.k.a miss YUI said...

good luck ya kak =)

jg dri baik2 juga.

Ain Noraini said...

jgn selalu stress tau anne..tak bagus buat ibu mengandung..ceria2 selalu yee...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

moga berjaya temuduga tu yek...banyakkkan berdoa moga dimudahkan segala urusan...

nanakimie said...

insyaAllah...nana doakan semoga interview akak nanti berjaya! kuatkan semangat ye kak demi baby dan kasyah:)

LYAfrina said...

apa y ptg , kna rileks sblum interview.. jgn stress.. y ptg keyakinan. insyallah, berjaya

wahida said...

sian ko nok...
takpe lah, study mana yg ko mampu...

InsyaAllah, harap2 ada rezeki baby tu nnt...

Love Razila said...

Eh!! kejapnyer dah 37 minggu. HEHEHE...bersabarlah, semoga segalanye dipermudahkan yer.Al the best for interview.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...