Friday, December 20, 2013

Aku tak tahu nak letak tajuk apa.

Salam..

Boleh letak tajuk camtu? Ko ado? Hehe serius tak tahu nak letak tajuk. Yang benornye akupun tak tahu nak cerita apa. Hari ni dah 20hb 12. Tggl 11 hari je sblm tahun baru. Selalunya aku dah buat entry wishlist utk thn depan tp kali ni belum mari lagi mood.

Sape ingat aku punya wish tahun lepas? Aku nak pergi Langkawi, beli breadmaker, buat langsir, beli rumah dengan tambah anak. Berjayakah aku mencapainya? Bab anak tu korang taulah. Alhamdulillah berjaya dapat baby girl yang comel. Syukur Ya Allah. Nak pergi Langkawi pun dah dapat. Awal tahun haritu dah pergi. Beli rumah tu mmg xberjaya lagi. Kami xjumpa prospek rumah yang bagus dan berkenan di hati. Selalunya masalah hargalah. Rumah dah okay tp harga macam xlogik. Nak harga yang logik rumah pulak xokay. Hah camno tu? Takpe cari lagi.

Bab buat langsir pun berjaya. Gigih aku sblm raya haritu siapkan langsir. Boyot2 pun siap gak..haha. So tahun 2015 baru tukar langsir baru lagi. Aci? hehe. Lagi satu bab nak beli breadmaker tu. Yang tu xberjaya lagi. Bukan xleh beli. In sha Allah duit tu ada tp aku dok mikir mana aku nak letak BM tu kalo beli. Rumah xluas mana. Dapur pun itulah setoet. Kalau beli jugak BM mmg penuh terus dapur aku. Ni pun dah rasa mcm sesak sbb ada oven dgn microwave. Pinggan mangkuk corelle, corningware segala bagai aku terpaksa simpan dlm bilik. Hadui, kena beli rumah dulu baru boleh fikir nak tambah gajet dapur nampaknya. Tahun bila tu xtaulah.

Eh, cerita lainlah. Petang ni aku nak balik kampung hantar mak dgn Suci. Yelah dah 2 minggu mak kat umah aku. Die dah xsabar nak balik tu. Aku balik tanpa suami sbb die ada kelas esok. Malasnya nak drive. Penat rasa badan kalo drive jauh2 ni. Hari ahad nanti aku balik sini dgn Kasyah jelah. Patutnya Kasyah pun tinggal jugak tp isnin dgn selasa minggu depan die ada orientasi. Wah dah besar dah anak aku. Siap nak pergi orientasi walaupun tadika jek..hehe. Krismas aku akan hantar die balik kampung sbb khamis jumaat tu xde org nak jaga. Keje aku ngulang balik kg jelah lepas ni sbb Suci kat kampung. Pengasuh aku xcari lagi. Nanti2lah.

Ermm nak citer apa lagi ek? Tu je kot.. okaylah daaa...

6 Magic Words:

Muzai Samilan said...

samala aku anne.. sekarang dah stop membeli.. bilik pun ada 2 je.. abis aku sumbat semua bawah katil. x muat bawah katil dalam almari n mana2 tempat boleh selit. Kalau pindah nanti baru mula balik kot aktiviti membeli.

nuyui a.k.a miss YUI said...

hihi.kbykn dah trcapai tu kak..

aTieYusof Family said...

wah! kiranya tercapai jg beberapa wish tu kan? Alhamdulillah! terutama bab dpt baby girl tu..comell..
moga terus sukses di masa2 mendtg..:)

Love Razila said...

Hati2 yer drive tu ... u will miss ur Suci lepas ni =P

husna zahidi said...

besar sgt ke breadmaker tu?? memula byg ingatkan mcm microwave je.. hehehe..

nanakimie said...

alhamdulillah....tercapai impian akak utk tahun ni ye,cuma dua je lagi,semoga dipermudahkan ye kak:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...