Wednesday, December 18, 2013

Sembang-sembang naik harga..

Salam..

Aduh ke manalah hilangnya mood nak bercerita berceloteh kat blog ni. Kemain buntu otak nak menaip. Tapi aku gigihkan jugaklah. Jomlah kite sembang2 jer.

Rasanya ramai yang tahu bermula 1 januari 2014, banyak benda akan naik. Sebelum ni minyak dah naik. Aku okay lagi. Sabar jelah nak buat camne. Lepas tu gula pulak. Aku masih sabar je sbb akupun bukan banyak guna gula. Spesis kurang makan manis dan minum manis. Alih2 dapat news tol nak naik, letrik pulak nak naik, lrt nak naik..aih ni dah lebih. Baru betul2 rakyat didahulukan. Didahulukan bayar..huhuhu..

Dalam paper Cina hari ni, ada bagitau, kemungkinan tol BESRAYA yang aku lalu setiap hari nak gi keje akan naik jadi RM2. Sekarang ni RM1.30. Kalau betul naik RM2, jumlah yang aku kena spend utk sehari dah jadi RM4. Seminggu dah RM20. 4 minggu dah RM80. Tu belum campur hujung minggu lagi. Dahlah sebelum ni minyak naik dah menjejaskan bajet bulanan utk minyak. Tahun depan tol pulak. Memang betul2 buat aku NAIK darah, NAIK hangin, Naik menyampah! Lagi best menteri yang so called bijak pandai sarankan rakyat jangan lalu tol. Abis tu nak lalu mana? Aku ada 3 jalan nak gi opis. 2 drpdnya mmg lalu tol. 1 tu jalan menempah maut sbb jem giler dan byk trafik lite. Takkan aku nak bangun kul 4 pagi semata2 nak gi keje sebelum org lain bangun? Sekarang pun aku keluar pukul 7. Lalu tol pun jam and masih hanya sampai ke opis lepas pukul 8. Tahun depan pulak Kasyah dah sekolah. Lagilah awal aku bangun sbb nak siapkan die pergi sekolah. Menteri2 ni cakap xpakai otak. Korang mmglah xde masalah. Dahla dpt elaun pelbagai. Senang citer satu senpun duit korang xkuar. Semuanya elaun tanggung.

Kenaikan gaji xseberapa tapi perbelanjaannya lebih dari kenaikan. Apa citer? Malas ah nak ckp lelebih. Aku ni rakyat marhein yg bodoh jer. Xpandai ekonomi mcm korang. Korang lagi bijak pandai.

PENING AH!

p/s:Rakyat low class mcm aku hanya mampu menyalak dkt blog sendiri. Sedih!

8 Magic Words:

Muzai Samilan said...

Yang penting Malaysia aman... hahaha.. itulah pasal kan.. rakyat Malaysia ni masih baik. protes pun diam-diam.. akupun x lama mengalami nasib cam ko la lalu tol.. aptb.. kita dibawah mereka di atas, mana nak pandang..

mrs adam said...

sokong ape yg awak tulis.napelah malaysia jadi mcm ni.ai BN tak takut ke lg 5 thn kena rampas tahta .huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

nak gaji pulak naikkkkk.

Love Razila said...

Pening kan,kite lagi syiok. x tau pon pasal tol nak naik...balik2 cik husband potpet pasal tol naik. I look blur =)
Bilalah nak pilihan raya ni. HEHEHE #TetibanakElectionSemula.

*Malaysia masih aman* haktuiii

aTieYusof Family said...

erm! sabor je lah kan.. semua nak naik..ntah apa yg turun..tensen! terasa kos semua meningkat...

Kesuma Angsana said...

aduhai sakit kepala bila semuanyer naikkan !

husna zahidi said...

husna paham kak even belom bekerja.. yelaa asyik tgk mak pak rungut sakan tak cukup itu ini.. jgn nanti smua org tinggalkan bandar, pastu buat kerja kg sudah..

nanakimie said...

shuib nya trademark tu yg kelako tu:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...