Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday


Jom main teka2 lagi.. Cer teka masa ni aku tingkatan berapa?

Tuesday, January 29, 2013

Bubur Kacang Merah dgn Pulut Hitam

Salam semua.. Hah amacam dah bercuti 3 hari, ada yang topup lagi sampai lima hari mesti hari mood ala2 lemau nak mula keje kan? Aku skrg tgh berjimba2 bersuka ria beronok2 dekat Langkawi..hehe. Ini entry terbit sendiri ni.. Untuk tidak menyebabkan blog aku ni sendu maka mari kite tgk apa yang kena..hehe

Minggu lepas ada sikit rajin so akupun godek2 bahan untuk buat bubur kacang merah campur pulut hitam. Actually aku nak buat bubur pulut hitam je sbb tu feveret aku tapi suamiku pulak suka kacang merah. Combinekan jelah. Sonang baitu. Nak membuatnya pun senang je. Tapikan aku tak rendam kacang dgn pulut tu semalaman. Hambek ko kemain lama nak bagi die empuk. Bukan aku tak tahu kena rendam tapi mula2 tu mcm malas nak buat dulu. Takut kang kalau aku rendam siap2 alih2 tak rajin nak buat. Tu yang keras kejung aku punya kacang.hahaha. Tak kesahlah walau lama nak menunggu yang penting sedap..hihi


Bubur Kacang Merah dgn Pulut Hitam

Bahan2
Kacang merah (rendam semalaman)
Pulut hitam (rendam 1/2 hari)
gula melaka
santan
daun pandan
durian

Cara2
1. Masak santan dgn gula melaka. Kacau selalu supaya santan tak berketul.
2. Bila gula dah hancur masukkan kacang dan pulut. Jgn lupa masukkan daun pandan. Aku haritu tak letak sbb takde stok.
3. Bila dah empuk kacang tu or dah nak masaklah, masukkan durian kalau ada. Kebetulan aku ada stok durian dlm peti so aku masukkan sekali. Siap

Bahan2 tu korang adjustlah nak banyak mana. Aku buat sikit je. Tu pun ada lagi dalam peti. Nak buat aiskrim asik lupa je..hehe


Selamat mencuba... daaaaaaaaa

p/s:Hari ni bergerak ke Penang.

Friday, January 25, 2013

Crabtree & Evelyn

Pernah dengar pasal Crabtree & Evelyn? Aku ni sebelum ni ala2 macam tau tak tahu je. Kalao nampak kat mall tu takdelah sibuk nak pi menyinggah pun. Tapi jadi sibuk nak tahu lepas 2 orang bos aku dapat hamper sikit punya besar dari Crabtree & Evelyn ni. Besar giler tau. Dah tu mulalah google bape hengget barangan die. Agak pricey jugalah rupanya. Losen pun dah RM88. Aku beli Enchanteur baru Rm8 hahaha. Tak disangka2 salah sorang bos tu baik hati nak kasi sikit hamper yang die dapat tu. Berkongsi kami kat ofis ni.


Inilah barangan yang aku dapat. Semuanya losyen. Yang besar tu wangi sgt bau bunga ros. Harga dlm website RM88..Yang kecik2 tu pun losen gak. RM128 satu box. Dlm box tu ada 8 tube kecil mcm ni. Mak aih satu RM16. Kalau aku tak beli kot..hahaha cheapskate ler katakan..

Aku cuma berani beli perfume jer yang mahal. Itupun 2 thn sekali sbb aku bukan minum perfume nak kena beli setiap bulan. Berbaloilah kot Rm300 untuk 2 thn tu..hehe. Korang pernah ke beli losen mahal2 gini??

p/s:Asal cuti jer mesti mood kelaut nak berblog balik.. Oh ya, minggu depan aku cuti seminggu. Mau cuti2 Langkawi-Penang.. Sape nak ikut??hehe

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday

Burger Bakar BBS

First time rasa burger bakar

Kesimpulan: Bolehlah..

p/s:Tak sabar tunggu suami balik dari outstation..


Tuesday, January 22, 2013

Spageti Olio

Salam semua.. hari ni baru gagah jari jemari ni nak menaip sedikit coretan buat pembaca2ku sekalian. Semalam aku in crisis jadi memang the whole day takde mood. Dah malam baru mood kembali okay. Semalam bos besar ada panggil aku dan menyampaikan berita gembira tp ntah kenapa aku tak berapa gembira. Agaknya sbb benda tak nampak depan mata lagi.. Kalau semuanya dah pasti barulah aku gembira sepuasnya kot. Kirenya aku skrg dalam mood berjaga2.

Lupakan pasal kerja or pasal apa sahaja yang merosakkan jiwa dan raga, mari kite citer pasal makanan. In Shaa Allah kalau pasal makan semua orang gembira kot..hehe. Spageti Olio ni aku buat minggu lepas. Since kemalasan melanda nak masak renyah2 buat lauk so aku buat spageti yang simple tapi sedap ni. Campak jek apa bahan yang ada. Sonang kojo den. Marilah kite melihat resepi mana tau ada yang nak cuba buat spageti sonang bangat ni.


Spageti Olio

Bahan2.
Spageti (rebus)
Bawang besar cincang
Bawang putih cincang
Hotdog hiris
Cendawan shitake hiris
olive hitam hiris
isi ayam didadu
garam
chili flakes

Cara2.
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang hingga layu.
2. Masukkan ayam biarkan masak. Kemudian masukkan pula cendawan, hotdog dan olive.
3. Tambahkan garam dan kemudian masukkan spageti. Kacau rata.
4. Akhir sekali taburkan chili flakes. Kacau sebati dan siap.

Resepi ni takde sukatan sbb berapa banyak korang masak tak sama dgn berapa banyak aku masak. Pandai2lah adjust ye. Kalau takde chili flakes tu boleh juga ganti dgn lada hitam tumbuk. Pun sedap.


Selamat mencuba.

Daaaaaa

p/s:Kadang2 aku confuse.

Friday, January 18, 2013

Projek hujung tahun.

Salam Jumaat buat semua.. Sebenarnya hari ni memang mood aku taktahuntahdahpergimana. Lemau semacam. nak buat kerja pun takde mood. Keje aku masih di page yang sama. Takde progress pon. Ingat malas nak bercerita kat sini tapi rasa macam gonjeng pulak blog ni nanti. So letak gambar jelah. Gambar nasi ayam tanpa nasinya. Gambar ayam jek aku amik. Gambar nasi aku tak amik. Buat masa cuti hujung tahun kat kampung. Puas hati, semua makan bertambah2. Resepi sama jek macam sebelum ni. Boleh rujuk sini.



Ayam ni seekor dan aku bagi 2. Sebelah aku bakar dan sebelah lagi aku goreng. 2-2 pun sodap.

p/s: Mood nak rehat2 sambil kemas rumah. Rumah macam tongkang pecah.

Thursday, January 17, 2013

Misteri tgh malam

Tak aci tau korang teka gambar aku tu umur 25 ke atas.. Gambar tu dah lama hokeh. Masa aku umur 19 thn. Upper 6 lagi masa tu.. huhuhu ker korang nak kata dulu kini dan selamanya aku maintain jer??? Korang nak kata gambar tu mcm baru lagi and aku nmpk sama??? Hah cakap cepat kalau tak mak sentap..hahaha takdelah acah je. Sorang jek teka agak mengena..hehe.. Saja suka2 jek sbb semalam mmg tak bape rajin nak berblog. Aku gi BW pun secara silent mode jek..huhu.

Okay berbalik pada tajuk, malam tadi entah kenapa aku rasa seram.. Orang kata kalau dah seram tu ada something..chooiiii betullah. Malam tadi aku tido agak awal. Pukul 10 dah masuk bilik tido. Akupun tak perasan pukul berapa suami aku dgn Kasyah masuk tido jugak. Aku cuma terjaga bila my husband tutup tv. Hah masa tulah bila dah terjaga tu aku dengar bunyi ketukan. Macam ada orang ketuk pintu umah sbb bunyi tu bukan orang ketuk paku kat dinding tp lebih kepada bunyi benda tumpul (tangan or kayu) diketuk pada dinding yang tebal. Mula2 aku mcm nak wat dek jek tp bila kali kedua bunyi tu kedengaran lagi, tetibe rasa seram. The best part adalah bunyi tu sekata tau.. contohnya die ketuk 6 kali pastu senyap pastu 6 kali lagi pastu senyap pastu 6 kali ketuk lagi.. Aku nak fikir yg org atas punya pasal tp takkanlah sekata jek bunyinya kalau ye pun org atas mengetuk tgh2 mlm.

Lagipun bunyi tu mcm dtg dari depan umah. Takkan ada org nak merompak pulak. Kalau nak merompak buat pe ketuk pintu. Aku nak jek bangun gi jengah pintu tu tp sebab dah terseram so aku terus pejam mata and Alhamdulillah lena sampai pagi...

Korang rasa tu apa ek? yang buat aku jadi tak sedap hati tu sbb ketukan tu sekatalah weh.. sampai sekarang dok terngiang2 lagi ni...dahlah minggu depan kena tinggal dgn laki sbb die outstation..huhuhu

p/s:harini ada mkn2..best.

Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday


Cer teka how old am I masa ni????

Tuesday, January 15, 2013

Bowling tournament

Wah tournamentlah sangat!hehe.. Hallu semua.. Salam di hari selasa. Actuallykan aku ni tengah malas bebeno nak ngapdate belog tau tapi kuatkan jugak semangat sbb esok2 mesti lagi malas. Lunch time ni sanggup aku duk tercongok depan komputer sbb nak edit gambar bagai. Gambar adalah sgt banyak tapi aku pilih2 jer yg ada muka aku.hahaha.

Acara boling ni takde anjuran sesiapapun. Kitorang just plan nak main suka2 macam yang kitorang buat dulu. Ajaklah juga a few officers. Total jadi 25 orang. Okaylahkan. Kami main Ampang point jer. Seronok sangat and have fun. Masa ni tak kirelah ko officer ke ko kuli je ke semua seronok bertepuk tampar. Yang lagi best kali ni aku tak jadi juara longkang lagi sbb ada lagi yang lagi teruk dari aku..hahaha. Jom layan gambar.

Baru nak mula main.. Haruslah over bila nampak kamera..hehehe. Aku main guna bola no 8 jek.. itupun dah berat weh.


Yang pakai baju merah tu one of the driver kat ofis. Die ni terror gak main. Siap ada bola sendiri. serammm..hehe

Ini budak pun sibuk nak main. Sampai hari ni die masih lagi main boling botol kat umah..hahaha

Dah mula main dah.. Yang kelakarnya team aku, semua balingan pertama masuk longkang.. Akulah yang mula dulu..kehkehkeh.

Sementara menunggu turn haruslah posing..Apsal ntah aku rasa aku nampak gemuk giler dlm gambar2 ni... Rupanya memang aku dah gemuk..huhuhu stresss tau sampai rasa nak terjun bangunan... Aku tak kire next month kena pregnant gak. Kalau tak rasa mcm sia2 je aku gemuk..huwarghhh..

Anak hensem mama.. Walaupun sekarang kemain lagi nakalnya tapi mama tetap sayang... Kasyah nak adik tak??? hikhikhik


Antara group yang ada.. Kami total ada 6 group.. Ini group my husband. Yang baju itam tu juara keseluruhan.. mencik tau. Asik2 strike. Asik2 spare. Aku ni asik2 longkang..hahaha

Another group..Yang pegang bola hijau tu yang rampas takhta juara longkang aku..kuikuikui

my group..Yang pompuan sebelah aku ni yang menang kategori perempuan.. Die bukan staf tp kakak kepada staff. Ko tgk Jepun yang kiri tu. Kemain menggalah tingginya..Budak lelaki tu anak officer aku.

Jom gambar beramai2 sblm balik...

Freestyleee... Overall memang seronok. Mungkin lepas ni boleh buat lagi. Jadi acara tahunan ker..hehe

p/s:Aku stressssssss.

Monday, January 14, 2013

Aduuhhh

"Aduh sakitnyaaa..."

Amboi, salam takde apa takde terus terjah kata sakit. Hover tau! Hehe Salam semua. Hari ni tuan tanah kedaung sakit sakit badan. Bukan berkebun ataupun bertukang tapi semalam tuan tanah main bowling. Bahana kalau dah berkurun tak main ginilah jadinya. Tangan sakit, kaki sakit, badan sakit senang citer semuanyalah sakit. Ni pun kemain tuan tanah berjalan dah macam king kong. King kong pun kalau tengok mau meraung die sbb buruk bebeno ghopanya.hahaha.

Cerita pasal bowling semalam tu nanti2lah ye sbb aku takde gambar. Tunggu gambar dari kawan2 dulu. Yang tak syoknye si Kasyah ler. Die dah naik syeikh main bowling. Semalam lepas kami main, aku amik lagi satu game utk Kasyah main. Habis satu game die tak puas2 sampai kami terpaksa dukung jer die ajak balik. Dah masuk kete die diam sbb aku bagi susu. sempatlah singgah Tesco cari lauk sikit. Balik tu mmg Kasyah tido jerla sbb dah ptgkan. Yang kelakarnya dah sampai umah, boleh pulak die menangis beria2 dah mcm kena sampuk hantu dah. Aku tanyalah nak apa, lagi kuat die menangis. Last2 die tarik tgn aku pergi pintu ajak gi main bowling..hahaha parah parah. Puas pujuk kata esok2 baru gi main tapi die bo layan. Tetap nangis nak main bowling. Last2 aku susun botol2 air dan amik bola die suruh die baling. Senyum terus dan sampai ke malam dok main bowling tu jer...hehehe.

Sekarang ni aku pulak ngidap sakit badan.. tangan sengal toksah citerlah.. Papepun acara semalam mmg happening. Seronok sangat. Penat gelak dan jerit. hehehe.. Nnti kite sambung lagi eh.. daaaaaa

p/s: Perut pun memulas bukan main.. Nyampah..haha

Friday, January 11, 2013

Kenny rogers ke Anney Rogers?

Hujung minggu, tinggal berdua dgn anak terfikir2 nak masak apalh ye. Yang ada pun ayam je. Nak masak lauk macam takde selera. Terus teringat kat ayam sebelah yang sesuai sgt kalau aku panggang. Jadinya projek buat ayam panggang pun bermula. Siap plan nak buat set macam kat Kenny Rogers tu. Bahan2 pun ada jadi teruskan jelah niat tu.

Inilah set Anney Rogers aku..hahaha dan dan tukar nama tau. Ayam panggang bersama macaroni and cheese, whipped potato dan baked bean. Sedap hokeh! Mau resepikah? Actually ni ikut suka haku jer. Untuk ayam tu aku gunakan rempah perapan ayam bakar yang aku beli di MAHA dan aku tambah blackpepper. Boleh juga cuba resepi ini.

Untuk Macaroni and cheese, mula2 aku masukkan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang besar yang telah dicincang. Masukkan lebih kurang 2 sudu tepung gandum dan kacau sebati. Masukkan sedikit air dan kemudian masukkan 2 sudu mozarella cheese. Bila die dah cair, masukkan pula serbuk cheezy wedges tu. Tambah serbuk pati ayam dan perasakan dgn garam. last sekali masukkan macaroni. Kacau rata. Pandai2lah adjust kepekatan tu dgn tambah air ke apa ke. Namapun resepi sesuka hati..hehe

Whipped potato pulak mcm biasa rebuslah kentang tu smpi empuk. Lepas tu lecek dan gaul dgn susu sedar serta sedikit garam. Untuk kuah, aku tumis bwg besar cincang dgn minyak zaitun. Lepas tu aku tambah 2 sudu tepung gandum. Kacau rata and masukkan serbuk lada hitam,serbuk pati ayam, sos tiram dgn sos tomato. Aku tambah kicap pekat sikit. Oh jgn lupa masukkan air juga. Agak2lah nak pekat mana. Kacau2 smpi sebati lepas tu perasakan dgn garam.. Sedap.

Satu lagi bahagian wing... Memang sedap. Kasyah pulak cuma makan macaroni cheese tu dgn whipped potato je. Banyak die makan.

Close up nak kasi korang terliur ....hehehe kejam tak aku???

Yang ni selepas dituang sos blackpepper. Sos ni pun aku buat sendiri jugak. Tumis bawang cincang dgn myk zaitun. Masukkan serbuk lada hitam tumbuk dan lepas tu masukkan serbuk brown sos. Tambah air dan adjustlah kepekatannya.. Siap. Kalau takde brown sos boleh guna resepi ini.


Selamat mencuba.

p/s:Masih aku terasa.

Thursday, January 10, 2013

Onde onde

Petang2 ni makan buah melaka atau onde-onde ni sedap jugak ek.. Nak2 kalau ada air panas. Kalau ada ABC pun layan...Dah la memang lapo sbb lunch tadi mkn muffin seketui jek..


Kesimpulannya..sedapppppppppppppp

p/s:nak pergi ke tak?nak buat apa ek?

Bila rasa ini sudah mati

Seperti baru semalam ia terbit
sekelip mata ia pergi.

Bila rasa ini sudah mati
Tiada apa lagi yang aku ingini
Tidak perlu kau perjelaskan
Aku sudah cukup tertekan

Bila rasa ini sudah mati
tak guna lagi untuk menyesali
kerana kau buat aku begini
membiarkan aku terus sakit hati

Bila rasa ini sudah mati
cukuplah sampai di sini
jangan kau cari aku lagi
biarkanlah aku pergi

Bila rasa ini sudah mati
Terima kasih atas segalanya

p/s: Aku berserah.....

Wednesday, January 9, 2013

Kue tiaw selak kerang???

Pernah tak korang makan kue tiaw kerang tapi korang kena selak2 kue tiaw untuk cari kerangnya???? Selalukan... tapi kalau korang kena selak kerang untuk makan kue tiaw pulak??? Hah mesti tak pernah..hehehe pandai2 jek kan aku tanya aku tolong jawabkan..hahaha.. Saje nak share kue tiaw kerang terbaik yang aku suka makan.. Sejak pertama kali order kue tiaw kerang kat sini, memang terus jatuh cinta. Dahlah sedap pastu kerangnya banyak giler.. Pedas pun pedas tapi taklah pedas melampau sgt. Senang citer memang terbaik ah kue tiaw kerang die. Memang kena selak kerang nak makan kue tiawnya.. tak caya? cer tgk gambar bawah ni.

Hah banyakkan kerang. Memang puas hati makan kue tiaw kat sini.


Yang ni aku dah nak habis makan dah tapi korang tgk kerangnya tu banyak lagi.. Sampai aku rasa kerang tu tumpah agaknya..hahaha..

Kalau korang nak try boleh ke kedai makan Selera Kita kat Presint 15 Diplomatik tu. Kedai ni dkt dgn Bank Rakyat dan Perodua. Selain kue tiaw, makanan lain pun tak mengecewakan...

p/s:Akukan tgh kecewa skrg sbb walaupun aku pening2 sampai nak loya2 tapi aku period. Maknanya aku bukan pening sbb pregnant.. huhuhu kecewanya sbb mmg dah berharap yang aku akan pregnant tau..huhuhu



Tuesday, January 8, 2013

Laksa Asam

Hallu hallu...Pagi tadi dah rasa semacam malas sesangat nak gi kerja. Siap dah plan nak mintak mc je memandangkan malam tadi kepala pusing. Tapi lepas dok tergolek ke kanan tergolek ke kiri akhirnya semangat rajin yang ntah dari mana datang ntah, berjaya buat aku bangun dan terus mandi. And now aku sedang tercongok dalam office..huhuhu..

Dah kabo yang minggu ni minggu makanan maka hari ni nak share resepi laksa asam yang aku buat masa tahun baru haritu. Dah lama tak buat laksa kebetulan nampak ikan selayang yang agak cantik terus plan nak melaksa. Mak abah aku okay jek sbb laksa memang feveret abah. Resepi ni aku ambil dalam rancangan tv 7-8 tahun lepas. rancangan apa aku tak ingat yang aku ingat rancangan tu pergi ke kampung2 soh makcik kat kampung masak. So tak payah nak lengah, terus ke resepi.


Laksa Asam

Bahan2 kuah
1 kilo ikan selayang (rebus)
1 biji bawang besar*
segenggam cili kering*
1 inci belacan* (*tumbuk)
1 sudu besar petis udang
daun kesum
bunga kantan
8 keping asam keping
asam jawa adabi
garam

Bahan2 laksa
laksa beras (rendam dan rebus)
timun
bungan kantan
salad
limau kasturi
cili
telur rebus
bawang

Cara2.
1. Ikan yang direbus diasingkan isi dan tulang. Tumbuk2 isi ikan. Tulang pula diblend dan tapis airnya.
2. Gunakan air rebusan ikan dan tulang tadi sebagai kuah. Tenggek atas api dan masukkan bahan2 tumbuk. Masukkan juga asam keping
3. Bila sudah mendidih, masukkan ikan dan juga petis. Kemudian blehlah masukkan daun kesum dan bunga kantan.
4. Perasakan dgn garam. kalau kurang masam boleh tmbh dgn asam jawa adabi. Pandai2lah ejas ye.
5. Kuah dah siap bolehlah dihidang dgn bahan2 laksa. Kalau ada daun pudina lagi sedap..hehe

Gitulah lebih kurang aku tulis resepi. tak bape reti weh aku nak tulis resepi sendiri sbb aku masak ikut suka je nak letak banyak mana.

bahan2 laksa.. Sayang takde daun pudina sbb aku suka letak daun pudina.. Sedap weh.

Kuah laksa.. Dalam periuk pun jadi..hehehe..

Selamat mencuba.. daaaaaaa

p/s:dah selamat booking homestay utk cuti2 hujung bulan ni..yeahhhh




Monday, January 7, 2013

Minggu makanan..

Awas! Sebelum nak terus berceloteh nak kasi tau dulu yang minggu ini adalah minggu makanan. Hari-hari korang akan tengok aku update pasal makanan je. Jadi jangan komplen lapo kat aku..hahaha

Salam minggu baru buat semua pengunjung blog aku. Dah petang baru berkesempatan nak dating lelama dengan blog sendiri. Kalau tak dapat ringan2 je dgn blog..hakhakhaktuih. Aku malas pulak nak menceceh lelebih sbb mata pun ada layu. Perut ada rasa nak terkucil kutahan Jebat.. So citer so-so dahlah ye.

Mee kari ni nampak mengancam tak? Giler tak mengancam sampai boleh terancamlah nyawa..hehehe. Mee kari ni aku makan sebelum cuti tahun baru haritu. Ada officer nak belanja takkan nak tolak ye dak. So aku amiklah mee kari ni. Dah lama tak makan memang menghirup aku kuahnya tu tapi taklah sampai habis sbb sean kat officer tuuu..hehe

Kasi dekat sikit. Haduilah teringat pulak kepekatan dan kesedapannya... Ish ish ish..

Kawan aku amik pan fried mee. Sedap jugak.. Masa jugak first time aku makan fried carrot cake. Tak sangka sedap bebeno.. Nasib baik kenyang mkn mee kari kalau tak aku melantak lelebih..heheh

Itu jelah. Tetibe je aku blur. Lagipun aku dok tunggu bos abis bergayut ni. Nak suruh die approve surat yang aku buat tadi..

p/s:Tak berapa suke dgn result AJL semalam tapi wat todo? Lagu kalah tak semestinya tak bagus..kannnnnnnn... Daaaaaaaa...



Friday, January 4, 2013

Rendang Arnab

Hari Jumaat tiba lagi... Esok dah cuti semula.. Bestnya. Tapi tak berapa best jugak sbb meeting bos hari Isnin minggu depan tak fix lagi.. Orang yang nak dimeetingkan ada kursus pulak.. Hadoyaii.. Nilah bahana bagi info last menit tau..mencik ai.

Sapa kat sini suka makan daging arnab? I! I! I!.. amboi beria aku angkat tangan. hahaha.. Kebetulan masa balik kampung haritu, jiran belakang umah mak bagi seekor daging arnab (aku rasalah sekor sbb die dah siap siang dan potong2). Die memang bela arnab kat umah tapi bukan bela mcm pet tu ni bela mcm bela ayam.. banyak woo arnab die.. So dapatlah aku merasa daging arnab. Dah lama jugak tak makan. Awal tahun lepas ada gak beli kat pasar malam setoet dah RM5.. Dapat arnab yang fresh ladang, aku rendangkan saja.. Buat rendang cili api pedas2 memang terangkat wooo.. Meleleh2 hingus kepedasan..hahaha..Buat jugak masak lodeh nak bagi sesuai. hah hambek dua2 santan berkolestrol tinggi..Gemuklah aku..hehe.


Rendang Arnab

Bahan2

Seekor arnab
santan dari 1 biji kelapa
30 biji cili api *
5 biji bawang merah/1 biji bwg besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 btg serai*
1 sudu teh serbuk kunyit*
1 sudu besar kerisek
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 keping asam keping
daun limau purut
daun kunyit hiris halus
garam dan gula melaka secukup rasa

Cara2.
1. Kisar bahan bertanda. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis.
2. Tuang santan dan masukkan kerisek serta asam keping. Masukkan juga daging arnab. Biar hingga kuah kering dan daging empuk. Kalau tak empuk tambah air dan biar kering semula.
3. Perasakan dgn garam dan gula. tabur daun kunyit serta daun limau purut. Kacau sebati dan jika sudah puas hati bolehlah angkat.

Sedap weh rendang arnab ni. Daging arnab sama je rasanya dgn ayam kampung jadi kalau masak kenalah lama sebab daging die pejal. Macam masak ayam kampung jugak.

Rendang arnab terbaik dari ladang.. Daging arnab ada sikit aku bawa balik. Ingat nak buat arnab grill.. Tengoklah nnti camna.

p/s:Semalam Kasyah baling tab yg baru dibeli seminggu.. Terus tak keluar gambar..huwarghhhhhhhhhhh


Thursday, January 3, 2013

Pertama untuk 2013

Hari ni hari pertama dalam tahun 2013 aku bekerja..huhuhu tak bestnya. dah syok2 5 hari cuti tetiba kena kerja pulak haruslah lemau semacam jer. Hari ni nasib baik bos masih cuti lagi so walaupun mood nan hado tp hati tenang jek..hehehe dasar!

Sajelah berborak2 ye. Apa yang paling menyakitkan hati korang? Yang membuat korang terluka? Pada aku, aku terluka andainya aku ditipu.. Tapi rasanya kalau tidak dihargai mungkin lebih sakit kot. When you put all your effort on something but end up no body cares, seriuosly akan rasa down. And to add more spice, they didn't care that they didn't care.. hah, faham tak? Aduh sakitnya hati..hehe.

Tapi takmo layan kecewa tu baik layan gambar ni.. Zaman aku sekolah dulu. Masa ni aku tingkatan 6. Join lawatan sambil belajar ke Melaka.. Rindunya zaman sekolah..

p/s:nnti aku share gambar lagi ye..

Wednesday, January 2, 2013

The Hobbit - Stresssss

Hallluuuuu...hari ni masih lagi cuti..Dah bos bagi cuti takkan nak kerja pulakkan. Nak citer pasal kami pergi tengok wayang last week. Aku ni memang teringin nak tengok The Hobbit tu. Jadi lepas difikir2 kami decide untuk pergi tengok citer ni midnite. yelah masa tu Kasyah tido so bolehlah kami layan The Hobbit walaupun terpaksa bawa Kasyah yang tido.

Jadi lepas habis Adam & Hawa kamipun geraklah ke Alamanda. Siap2 bawa susu Kasyah dan selendang takut sejuk. Movie tu start pukul 11 malam. Kami sampai terus beli air dgn popcorn dulu. Bila dah masuk dalam panggung Kasyah kemain beria layan popcorn.

Sempat lagi tu.. Muka pun sembab jer sbb dah nak tgh malam weh.. Muka ngantuk ni tau. Kami amik seat yg tepi ada 3 tu.. Nasib baik sebelah aku takde org so Kasyah leh duduk situ.

tapi Kasyah nampak bersemangat sambil makan popcorn. langsung takde tanda2 die mengantuk nak tido ke hapa. Tapi sebab die diam je makan okaylahkan.

Sambil makan sambil layan trailer movie. Masa ni citer tak start lagi... Bila wayang dah gelap, ingatkan Kasyah takut tp tak langsung. Siap layan movie sambil ngap2 lagi. 15 minit pertama dapatlah aku layan The Hobbit tu.. Tapi lepas tu drama pun bermula. Kasyah dah mula bising. Bukan bising cranky tapi lebih kepada nak berborak.. Lepas tu sibuk nak minum air masak.. Diepun bercakaplah "nak air masak...nak air masak..." Aduh dah start dah ..aku bagi susu pulak tp senyap time minum susu je.

Lepas minum die diam kejap pastu die mula nak nyanyi lagu twinkle twinkle little star.. Aduhai anak.. Aku suruh die diam die mula jerit panggil aku macam yang selalu die buat kat rumah.. " Mama! Mama!" pastu cium aku.. memanglah sweet tapi kat dalam wayang takde mana sweet nak oii.. Orang sebelah dah pandang2. Last2 aku suruh laki aku bawa die keluar...

Tak lama tu die masuk balik.. Terus die jerit panggil aku lagi...Eiiii, Kasyahhhhh kenapa bising niii.. Laki aku keluar balik... Lepas tu bile diorang masuk balik aku pulak keluar... Cuba nak tidurkan die sbb dah pukul 12 malam tapi die xnak. Mesti psl sugar rush ni.. Banyak sgt mkn popcorn.. Setengah jam aku dukung die last2 aku masuk jugak sbb die nampak mcm nak tido.. Bila dah masuk semula, kasyah bercakap lagi.. Kali ni die nak popcorn tu.. So dia makan popcorn and akhirnya pukul 12.40 baru die tertido... Dapatlah aku layan citer tu sampai ke akhirnya..

Korang takyahlah tanya aku camne citer tu.. Aku tak bape layan tau.. cuma yang aku tau aku menyampah giler dgn ORCS tu.. Hodoh sesangat.. Lagi2 King ORCS tu dgn leher labuh die.. giler hodoh sey. Benci tau. Lepas ni tunggu download jela sbb nak layan balik..hahaha.

Layankan gambar tuan tanah yang penuh harapan gembira nak layan The Hobbit tapi end up jadi tension sbb tak faham cerita..hahaha


p/s:Hari ni balik KL. Doakan perjalananku selamat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...