Wednesday, February 27, 2013

Pengumuman...

Assalamualaukum...

Mula-mula rasa mcm tak nak bagitahu dulu tapi rasanya eloklah kot kalau aku bagitau..hehehe. Sapa yang ada fb aku mungkin dah tau (eh tapi rasanya tak ramaipun yang ada fb aku..hehehe).

Baiklah marilah aku berkongsi berita gembira dengan rakyat jelata sekalian..Alhamdulillah, tahun ni Kasyah dapat adik...hikhikhikhikhikhihkhik...gelak malu2 kucin. Sekarang ni kalau ikut perkiraan aku, my pregnancy dah masuk 7 minggu. Minggu depan genap 2 bulan. Tapi seriusly aku tak pergi klinik pun. Cek sendiri je. Bila dah positif dahlah. hahaha. Bukannya apa yang dulu tu bila aku gi klinik doktor tak cek akupun. Die cuma kata okay je. Buat sakit hati aku je gi klinik kalau aku tau die cuma nak ckp okay. So this time, dah positif kite tunggu je bulan depan aku gi klinik buat buku merah..hehehe.

Sebenarnya masa mula2 tu aku dah putus asa jugak. Yelah masa pregnantkan Kasyah, belumpun sampai tarikh yang sepatutnya aku period aku dah cek and the result was positif. Tapi kali ni the day yang sepatutnya aku period aku cek tapi resultnya negative. So aku redha jelah tunggu bila period nak dtg. Lepas 3 hari period masih tak dtg. Baiklah mari kite buat test lagi. Hasilnya, masih negatif. Kecewa tau so tunggu juga kot-kot period. Tapi lepas 5 hari masih tak period jugak. Hadoi saspennya. Gi beli lagi pregnancy test sbb aku ni jarang sgt lewat period tau. Bila test kali ketiga still negatif tp lama2 nmpk second line yg sgt sgt sgt sgt kabur. Fuh tak membantu langsung sbb ala2 tak nampak jugak..hahaha. Pasrah jelah.

Genap seminggu masih tak period. Wah ini tak boleh jadi. Paksa laki gi beli tester lagi. And this time memang sgt clear lagi nyata 2 line pregnancy tu... Sengih tak boleh nak ckp..hahaha. Terus claim susu Anmum kat husband esoknya..hahaha. So nampakkan perbezaan dulu dan sekarang. Boleh tak nak gedik sbb berbeza tu maknanya this time pregnant baby girl??? hahahaha.

 Sekarang ni selera memang tak menentu. Loya2 tu jgn ceritalah. Sepanjang masa rasa loya. Cuma muntah dgn tak je. Ada masa aku boleh kawal muntah tp ada masa tak boleh. Pening tu mmg all the time. Last aku mkn nasipun last week. Skrg ni tgk mknn pun loya. Fikir pasal makanan pun loya. So korang yg share gambar mknn tu mmglah aku tak terliur..hahaha.

Beza pregnant kali ni, perut aku besar cepat. Skrg ni perut dah mcm pregnant 3 bulan. Pelik gak awatlah perut ni buncit sgt tp mungkin sbb baby girl kot..hahahaha gedik lagi. Seluar sume tak boleh pakai so skrg aku dah mula pakai seluar pregnant. Overkan tapi nak buat camne dah gitu jadinya.

Doakanlah semoga baby aku ni baby girl..kehkehkeh. Taklah doakan aku berjaya harungi pregnancy kali dan baby aku selamat. Senang citer aku mohon semoga segalanya dipermudahkan. In Sha Allah.

p/s: Perut lapar sentiasa tapi tekak loya.. nangis boleh???

Tuesday, February 26, 2013

Salam kebizian

tajuk ntah hapehape. Semalam langsung tak sempat nak hapdet blog. Hari ni pulak sambung buat kerja semalam yang tak siap ditambah dengan kerja hari ni. Sekarang baru siap. Nak buat kerja lain pulak. Memang betul2 mencabar diri dalam keadaan kurang sihat ni, kerja pulak dtg bertimbun.

Lagi sakit hati, gaji tak masuk2 lagi. Orang lain sume dah clear tetiba bank aku tak clear lagi..apa kes? floating pun tarak. Orang lain dah berjimba2 semalam, aku ikat perut lagi. hampeh betul.

Tak boleh nak hapdet beria2. Nnti2 bila dah ada masa, aku jengah lagi ok. Sorry kalau tak dpt BW byk2.

p/s: Lapar.

Friday, February 22, 2013

Renungan Jumaat.

Salam Jumaat buat semua... Nothing much to write. Just wanna share this quote.


Everything has a reason. May Allah bless us.

p/s:Masih tak berapa sedap badan.

Thursday, February 21, 2013

Roti jala

Hari ni mood tak berapa ada nak bercerita ceriti dgn korang tp kalau tak hapdet rasa bersalah pulak kat diri sendiri. So letak gambar jelah ye. Gambar roti jala yang buat 2 hari lepas balik dari Langkawi. Kebetulan tghari tu aku buat kari kepala ikan, jadinya petang tu buatlah roti jala utk minum petang.


Itu jelah. tetiba kepala pusing. tak sedap badan pulak jadinya..

p/s:alahai, dah nak jadi ke????

Wednesday, February 20, 2013

Jalan-jalan Penang - Bukit Bendera

Sementara bos takde ni, marilah kite menghapdet belog..hehehe. Saja nak citer lawatan aku ke Bukit Bendera atau Penang Hill. Lepas je balik dari Langkawi tu, kami memang dah plan nak jalan2 Penang. And kebetulan pulak masa tu aku demam. Masa sampai kat Penang demam aku makin menjadi tapi dah alang2kan pergi jugaklah. Lagipun nak jugak bawa mak abah naik Bukit Bendera. Masa sampai tu lebih kurang pukul 2 lebih. Orangpun tak ramai so dapatlah terus naik train tu.

Tiket dewasa dgn Mykad RM8 dan warga emas RM4. Kasyah free ler. Nak beli tiket kena bagi I.C. Inilah trainnye. dah barukan. Akupun ni festime nak gi Bukit Bendera. Pergi Penang pun baru dua kali termasuk kali ni.hehe.

Sebab tak ramai orang dapatlah seats. Kami duduk kat depan sekali belakang driver die. Ko tgk ah muka aku. Hidung dah merah, mata dah berair. Serius masa ni aku dah sejuk dah.

Dalam 10 minit kot sampailah kat atas ni. Tgk trek die agak ngeri jugak ah tapi syok gak layan..hehe. Dah sampai atas ni kami terus nak mencari air sbb Kasyah dah merengek nak air.

Pemandangan Penang dari atas Bukit Bendera.


Baru jalan kejap aku dah duduk. Haduilah, kenapalah time ni nak demamnya. Tak puas pusing. Senang citer kat atas ni aku banyak duduk dari berjalan..hehe. Tak pergi pun kat atas2 lagi. Sampai kat balai polis je. Diorang semua gi beli air dan aku duduk kat seat yang ada. Walaupun kat atas ni ada matahari tp aku sejuk giler.

Dek kerana dah tak larat nak berjalan, kamipun decide utk turun.


Sekejap je kat atas tu. tak sampai sejam pun. Masa nak turun orang ramai pulak. Nasib baik ada mamat2 baik hati bagi mak abah aku duduk. Yelah warga emaskan so akupun menyelit sekali. Kalaulah aku kena berdiri mau muntah aku kat dlm train tu.

Abah ajak pergi cari nasi kandar tp aku sgtlah tak larat. Demam makin menjadi. Kami cuma pergi ke gerai jeruk Pak Ali je. Dah dtg Penang kenalah bawa balik jeruk ye dak. Lepas beli jeruk kamipun balik. Singgah RnR Tapah utk makan dan solat. Pukul 9 lebih dah sampai Putrajaya. Tension je abah aku sbb die tgh ada mood nak berjalan tp tak dpt nak berjalan lagi..heheh . Eleh lagipun malam tu abah aku pun demam..hahaha. Plan nak jumpe blogger YUI pun tak dapat. Takpelah lain kali kot. Batu Ferringhi tak pergi kirenya byklah tempat tak dpt pergi. Nak tido Penang pun tak jadi dek kerana demam. Oh ya, dulu masa aku gi Penang pun aku demam weh. tak berjodoh betul aku dgn Penang ni..hahaha.

p/s:Ada rezeki nak ke Penang lagi.

Wordless Wednesday

Amboii seronoknya.. Kasyah bermain air bersama 2 pupunya. Pun tak reti puas. Org lain dah naik die main air sorg2. Pastu mengamuk nak main lg walaupun semua dah kecut..huhuhu

p/s:Bila nak jumaat ni????? Rasa mcm lambat giler.

Tuesday, February 19, 2013

Kidz Paradise

Lambat aku bersiaran sekarang ni. Sejak2 bos bagi berita gembira, kerjapun makin bertmabah. berita gembira datang pakej dgn extra kerja..huhuhu. Dah petang baru da masa nak belek2 blog. nak karang2 cerita. Tak kisahlahkan. Rmaai jugak yang tanya apa berita gembira tu. In sha Allah nnti aku share ye. Sekarang jom kite tgk gelagat si bujang aku ni bermain2 bersuka ria. Bulan lepas groupon ada buat sale utk Kidz Paradise ni. Alah tempat main utk kanak2. Dek kerana harganya murah iaitu cuma RM10 je seorang so akupun belilah kupon tu. Aku beli 4 kupon tau. Lagi 3 tu boleh guna masa anak sedara aku dtg cuti sekolah nnti.

Kami pergi sini masa cuti hari wilayah haritu. Tak ramai orang sbb cuma org KL dgn Putrajaya je yang cuti. kami sampai sana pukul 10.40 pagi. Masa tu takde orang lagi. Kasyah budak first yang sampai. Kat sini hanya anak2 je yang kena bayar. Satu tiket kanak2 2 dewasa boleh temankan. Kalau takde kupon harganya RM38. Agak mahallah sbb kat Critterland baru RM22. Tapi with kupon no hal..hehe

Apekbendalah yang aku membebel ni. Kasyah memang tak sabar2 dah nak main. Tak lama lepas tu barulah ramai budak2 lain datang.

Benda pertama die main boal2 nilah. Kemain suka die berenang2 dlm bola. mak pak diepun suka gak..hahaha

Lepas tu main kat pasir tiruan ni pulak.

Main kat ride pusing2 ni pulak.. Keje die berlari jelah dlm ni. Kejap main bola, kejap slide, kejap pasir. Ikut suka dia.


Tengok! Nak ajak amik gambar dgn mama pun payah. Korang nak tau, sepanjang kat sini, Kasyah langsung tak minum or makan. Bila tanya nak air tak, die buat dek je. Air tak nak makan apatah lagi.

Masa kami pergi ni hari Jumaat so suamiku kenalah pergi sembahyang Jumaat. Sebelum tu kami take turn pergi lunch sbb Kasyah mmg langsung tak nak keluar dari tmpt ni. Lepas dah makan, suamiku terus keluar gi solat and aku setia menanti Kasyah dlm ni. Lepas suamiku balik semula, Kasyah masih tak nak minum or makan. Sibuk betul die main. LAst2 sebb dah pukul 2 lebih kami decide nak balik jugak. Terpaksa angkat jugak Kasyah bawa balik. Mengamuk die nak main lagi. Hah kan aku dah kata Kasyah ni jenis tak puas kalau main sesuatu tu. Dah 4 jam dok dlm tupun tak puas jugak. Parah2.

Kepada sesapa yang nak pergi, tempat ni dekat The Mines. Buka dari 10 pagi hingga 10 malam. Komfem anak korang seronok..hehe

daaaaaa..

p/s:Tak sabar tunggu Jumaat.

Monday, February 18, 2013

Langkawi - Part 10 ~ Part last daaaaaaaa

salam minggu baru buat semua rakan-rakan mayaku. Hadoiiilah nak ngabiskan entry jalan2 Langkawi ni kemain lama lagi. Berkurun lama kurahsiakan cintaku padamu..eh eh silap. Sorry kesengalan melanda..hehe. Hari ni dengan bangganya nak bagitau entry pasal langkawi dah habis daaa. Ni entry last. In Sha Allah takde lagi dah. Tapi kalau ada lagi jangan mara haaa. hekhekhek.

Hari ketiga iaitu hari last di Langkawi memang takde gi memana. Kami gerak pagi2 dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi terus ke jeti. Aku pulak pagi2 tu bangun tido asik terbersin tak berhenti. Bukan aku jek, bapak aku pun sama. Masa tu aku dah mula rasa lain macam. Tapi takdelah rasa nak demam cuma tak seronok asik bersin je. Hingus toksah citerlah. Melelh sesaja. Mencik tau. Kami gerak awal tu sebab nak jalan2 Penang pulak. Kononnya nak tido Penang semalam.

Sampai2 jeti terus beli tiket. Tiket feri pukul 10.15 kalau tak silap aku. Kena tunggu kejap sbb kami dah sampai jeti pukul 8 lebih. Dah masuk jeti si Kasyah nampak pulak kete mainan ni. Apalagi teruslah berlari ke situ. Atuk die takkan sampai hati biar die merengek terus di bayarnya.

Sukalah tu. Tapi satu peel Kasyah ni, die tak pernah puas. Main apa2pun tak pernah puas. Memang setiap kali die main sesuatu kami terpaksa heret die bawa balik. So samalah kesnya. Terpaksa heret die masuk waiting area. Itupun die asik berlari nak keluar balik.

Mujurlah kat dalam tu ada gelongsor ni. Tapi die tak berapa main pun sbb kejap2 die berlari balik nak gi kat kereta semula.

Muka tak gembira sbb nak main kereta.

Aku dgn mak ayah aku duduk menunggu je. Kasyah abang aku yang layan. Aku masa ni dah start tak berapa nak sihat. Cer tgk muka aku tu. Nampak tak bermayakan.

Ni lagi. Serius gua rasa geram dgn selsema yang melanda gua. sampai aku terpaksa beli tisu lagi sbb tisu yg aku bawa sume habis..huhu

Akhirnya masa yang ditunggu tiba. Marilah kite balik sbb mood pun dah tak bape nak best.

Walaupun tak berapa sihat kena gak dukung Kasyah sbb die tak reti diam. Korang tgk troli yang abag dgn abah aku bawa. Sikit je pun barang kitorang.

Sampai kat Kuala Perlis dalam pukul 11 pagi. Lepas ambil kereta, kami decide utk terus makan tghari sbb masing2 dah lapar. lagipun aku nak makan panadol so aku kena makan nasi. Kami makan area kuala perlis je. Lepas makan terus gerak ke Penang. Cerita Penang nnti aku citer ye.

Inilah barang2 yang aku beli di Langkawi. Set pinggan Corelle, Set Corningware 3 beradik, Opalware, Set mangkuk, kuali Tefal, Pemanggang ajaib, food warmer 2 mangkuk dgn 3 mangkuk, dan jug. itu saja. Kerugian utk barang2 ni lebih kurang RM1000.

Yang ni pulak coklat yang aku beli. Kali ni tak beli byk sgt coklat. Kerugian pun tak sampai RM250. Rasanya dulu lagi menggila aku beli cokla kot..hehe.

Total kerugian di Langkawi adalah lebih kurang 2k. Puas hati sesangat tapikan ada jugak barang yang aku tak dapat beli dek kerana tak cukup kakitangan nak bawa barang. Itupun dah rebeh masing2 nak hangkut masuk feri..hahaha. Takpelah ada rezeki aku kumpul duit boleh pergi lagi. Takpun beli je kat Jusco dah tentu2 lebih kurang jer mcm nak gi Langkawi harganya..hehehe.

Sekian...tamat dah.

p/s:Peninglah pulak kepala ni...

Friday, February 15, 2013

Langkawi - Part 9 ~ Restoran Wan Thai

Lepas dah berposing2 kat dataran Lang, kami terus ke restoran Wan Thai. Restoran yang ramai sgt rekomen kata sedap. Disebabkan bukan selalu dtg Langkawi mestilah kau ta hingin melepaskan peluang begitu sahaja. Malam semalam tak dapat makan maka mari kita makan malam ini. Restoran ni sentiasa penuh dan kau kena masuk tanya ada kosong ke tak sbb kalau tgk dari luaran mcm takde harapan kau akan dapat seat. Jom tengok apa yang kami order.

Siakap stim limau. Pergh memang sedap hokeh. Masih teringat2 kesedapan hirupan kuah stim ni. Nasib baik segan kalau tak dah masuk dapur tanya resepi..ekekeke

Kailan ikan masin sebagai sumber vitamin. Standard ah makan kailan.

Tomyam campur. Yang ni aku cuma boleh kata boleh tahan sedap sbb aku pernah makan yang lagi sedap dari ni. Tapi kau hirup kuah diepun layan beb.

Udang masak ntah apa letak gajus. Yang ni memang sedap jugak. Rasa mcm nak marah udang tu kenapa kau sedap sgt..hehehe

nasi die berbentuk comel tapi tak cukup terpaksa mintak nasi tambah. Nampak sgt laki bini pelahap sbb kami je yang tambah nasi. yang lain2 tak..hahaha

Ksayah pulak layan tido. Masa tengah makan die bangun tapi die tak berapa nak mkn agaknya sbb mamai lagi.

Overall memang sedap ah. Total makan RM90++ (tak ingat sebenarnya). Puas hati sbb sedap.

p/s:dapat berita gembira lagi. Bulan ni bulan berita baik..hehe

Langkawi - Part 8 ~ Datarang Lang

Hadoi mesti korang boring asik2 citer Langkawi jer. Tak habis2. Perginya 2 malam jer tapi citer mcm pergi seminggu..kehkehkeh. Dah tu takkan aku sumbat gambar byk2 dlm 1 entry. Muntah ijo pulak kang asik2 gambar aku jer. hehe. Lepas balik rumah, simpan2 barang, solat bagai dan rehat jap, pukul 6.30 kami keluar semula. Nak ke Dataran Lang dan juga nak makan malam. Semua tempat menarik dah pergi tp Dataran lang tak pergi lagi. So sebelum pergi makan marilah kite ke sana. Nak pergi siang2 panas kemain. Waktu2 mcm ni memang sedang eloklah.


Ini budak sgt excited tgk big bird. Tak reti diam. Seronok sesangat.



Baru nak ambil gambar romantik tetibe ada budak melompat kat sebelah..hikhikhik


Kami stay sini sampai pukul 7.30 je. Bukan boleh buat apapun kat situ. Tgk2 burung tu je. Lagipun perut memasing2 dah lapar. Marilah kite makan.

Sambung lagi...

p/s: Makin lama makin malas aku nak bercerita..hehe

Thursday, February 14, 2013

Langkawi - Part 7 ~ Makam Mahsuri

Kena gak habiskan citer Langkawi minggu ni.. Kalau tak citer lain sume tertangguh..hehe. Lepas makan nasi kami teruskan lagi perjalanan. Destinasi berikutnya adalah ke Makam Mahsuri. Semua tempat terkenal kat Langkawi kena pergi sbb aku nak jugak abah rasa pergi tempat2 tu walaupun kami dah pergi sebelum ni. Sebelum masuk kat dalam sempat lagi gi membeli minyak gamat kat kedai2 kat luar tu. Sape2 yang nak beli minyak gamat, better beli kat kedai luar makan mahsuri ni. RM8 15 botol. Kalau tempat lain RM10 12 botol.

Jom masuk. Harga tiket dah naik. Sebelum ni pergi RM5 je skrg dah RM7 Tapi takde orgpun yg jaga kat pintu masuk. Kalau takde tiketpun takpe agaknya..

Sedekahkan al-fatihah di sini.



Masa ni cuaca memang panas giler. Nampak ada org jual kuih mari kita beli. Beli 3 bungkus kuih karas dan sebungkus kuih ros. Rugi tak beli byk2 kuih ros tu sbb sedap weh.

Penat dah jom layan kuih karas dulu.

Lepas dok dalam ni lebih kurang sampai pukul 2 kami teruskan perjalanan ke pekan kuah. Misi utama datang Langkawi adalah shopping maka lepas dah melawat semua tempat penting, kami pun pergilah Idaman Suri. Semalam dah survey so hari ni adalah hari grab dan bayar. Nnti dihujung2 entry aku tunjuk apa yang aku beli eh. Kami tak ambil gambar sbb busy pilih barang. Bila dah pilih kena cek pulak. Lepas dah pergi Idaman Suri kat ke HiG pulak. Shopping lagi dan lagi. Dah penat shopping kami pun balik ke homestay. Penat dah...tapii... Tak habis jalan lagi. Pukul 6.30 kami keluar semula.. Ke mana???? sambung lagi daaaaaaa..

p/s:perut masuk angin..

Langkawi -Part 6 ~ Beras Terbakar

Jom sambung lagi... biler nak habis daaaa..hehe. tak banyak pun lagi. Lepas balik dari Oriental village, kami teruskan perjalanan ke Beras Terbakar. Takde apapun kat sini. Dah kata nak bawa abah gi jalan2kan so bawalah die ke semua tempat menarik kat Langkawi ni. Layan gambar jelah. Malas pulak aku nak bercerita. hehe










Kat sini kami takde beli apa2pun sbb aku tak terasa pulak nak menambah koleksi kain batik yang dah banyak kat rumah tu. Lepas jalan2 pusing2 kami terus menuju ke kedai makan Jom Ikan Bakar. Tak jauhpun dari beras terbakar. Betul2 tepi jalan nak ke roundabout tu. Sorryler gambar tak amik sbb lapar..hahaha. Lepas makan kami teruskan lagi perjalanan...

Sambung lagi eh.

p/s: Ada berita gembira...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...