Thursday, March 28, 2013

Ke mana menghilang?

Salam semua.. Ada yang rindu aku tak? Ke mana aku menghilang ye sampai beberapa hari tak update blog. Actually tak hilang ke mana pun. Ada je kat sini. Masih dalam bumi Malaysia lagi. Hari Isnin, seperti biasa aku busy sikit so takde masa nak beria2 fikir apa nak update dalam blog. Hari Selasa pulak aku ada event. So busy lagi. Event ni aku handle so kenalah fokus ye tak? Walaupun event tu sampai tghari je tapi petang still kena buat keje utk hari tu punya. No time again.

Semalam pulak aku cuti untuk buat buku merah kat klinik. Sampai pukul 7.20 pagi pukul 11.10 minit baru settle semua. Giler lama. Dari urine test sampailah ke ultrasound, kake aku menunggu..huhuhu. Tapi semalam dah scan baby. haha cute je tgk die bergerak2 dalam perut. Alhamdulillah semuanya okay.

Esok kalau takde pape aral aku nak balik kampung. Dah lama tak balik. Last balik kampung pun masa raya cina haritu. Kebetulankan family aku datang so esok aku balik dgn dioranglah. Hari ahad, my husband datang amik. Bukan tak boleh drive sendiri tp tak sesuai lagi kot sbb masih loya2 pening2 lagi. Lagipun payah sebab aku berdua dgn anak.

Ermm apa lagi nak citer ek? Tu je kot. Buntulah. Lain kalilah sembang lagi..

daaaaaa...

p/s: takde p/s..hahaha

Friday, March 22, 2013

Udang Galah masak lemak nenas

Haiii semua... Alkisah semalam dah bagitaukan pasal mak ai datang bawa lauk udang galah.. hiiiiiii sedap sesangatlah makan semalam... Boleh pulak sebelum makan tu muntah kemain beria so akupun apalagi telan ubat muntah yang power tu sebelum makan nasi dgn lauk udang ni. Berkesan pun. Lepas makan tak muntah tapi kepala pusing satu macam. Tak kesahlah yang penting dapat menikmati makanan tu dengan penuh keasyikkan..wah gitu.

Udang galah masak lemak campur nenas. Tapi tak rasapun manis nenas tu. Rupanya mak aku dah rebus nenas tu dulu lepas tu siap perah airnya lagi baru masukkan dalam masak lemak ni..huh patutlah tak rasa nenasnya. Udang galah ni bersaiz sederhana saja. Taklah besar sgt tp puas hatilah makan..

Udang yang dah bersedia untuk dinyekik. Aku makan 4 ketul udang ni.. Sedap sesangat... Serius rasa tak cukup. Apakah harus aku beli kat pasar malam pulak udang galah ni?????? Mak nak udang galah lagi.........

p/s:Terasa nak pergi bercuti kat tempat sejuk....

Thursday, March 21, 2013

Udang galah oiiii

Aku sebenarnyakan tak tahu nak update apa dalam blog ni. Sekarang nikan asik mual loya muntah je. Takkanlah hari2 aku nak hapdet pasal muntah je. Korang yang bacapun lama2 muntah agaknya. Hari ni muntah esok muntah lusa muntah...Haish berapa banyak muntahpun aku tak tahu. Ni yang taip muntah banayk2 ni apa kes? Dah dah la tu citer pasal muntah. Akupun nak muntah taip muntah banyak kali... Hadoilah...

Okaylah. Enough pasal muntah. Eh tertaip lagi..hehehe. Hari ni mak aku datang. Datang sorang je naik bas. Sekarang ni dalam bas le tu. Mak terpaksa aku import sbb pengasuh Kasyah cuti esok dgn jumaat minggu depan. Mak mertua aku dah dtg minggu lepas jaga Kasyah sbb aku kena kerja weekend. Kalau hari bekerja mak akulah kena datang sbb mak mertua akukan wanita berkejaya gak. Sebelum mak datang haritu, sempat aku soh die tanya kat makcik aku ada tak udang galah. Teringin bebeno rasanya nak makan udang galah weh. Pastu nak makan udang galah masak lemak campur nenas pulak tu. Ye ye aku tau sekarang aku takleh makan nenas tapi siyes tekak ni dok ngenceskan nenas sesaja. Tak dapat mkn nenas, dpt lauk udang campur nenas pun jadilah. Nenasnya aku tak makanlah weh.

Haritu pun aku teringin gila paceri nenas. Hadoilah tekak rasa ngences sesunguhnya. Kebetulan nampak pulak lauk pajeri nenas tu kat kedai. Aku belilah nasi letak kuah pajeri tu.. Hailah sedapnya. Dapat kuah pun jadilah weh. Giler kemaruk nenas skrg ni padahal nenas not my favorite okay. Hormon sungguh.

Hari ni mak aku datang bawa lauk udang galah masak lemak campur nenas. Yay yay yay. Nasib baik ada jugak udang galah untuk aku. Terima kasih kat makcik aku sbb bagi aku udang galah tu. Aku nak bayar die tak nak pulak. Rezeki aku ler tu. Aku kalau nak makan udang galah memang kat umah makcik akuler sbb pakcik aku part time nelayan ikan sungai. So kalau ada rezeki dapatler udang galah sungai.hehehe. Syok wooo udang galah sungai ni... Aish ngences pulak aku kat opis ni..

(Pinjam gambar kak lieza...hehe)


Daaaaaaa.....

Wednesday, March 20, 2013

Garang

Sejak-sejak aku dah mula loya-loya, mual-mual, muntah-muntah ni, boleh dikatakan aku semakin garang. Bukanlah garang kat anak ke kat laki ke tp garang kat orang yang call or datang jumpa aku tanya pasal scholarship. Sape2 yang call aku tanya soalan bodoh2 yang dah memang ada dlm guideline yang aku bagi memang stok-stok kena hamun dgn aku..hahaha giler garang.

Ada sekali tu, budak datang kat opis nak tanya pasal scholarship. Kebetulan aku tengah serabut nak siapkan keje dgn berperang emosi nak muntah lagi. Budak tu datang cakap dia ada complicated punya masalah. Aku tanyalah pasal apa. Rupanya pasal die dah terlebih umur tak layak nak apply scholarship tapi nak apply jugak. hah hambik ko kena marah free dgn aku. Dah terang2 aku letak dlm guideline bagitahu hanya mereka yg lahir dari tahun berapa ke tahun berapa je layak memohon tp degil tak paham bahasa. Ko bajet ko dtg jumpa aku, aku boleh kasi ko apply ke?

Tu belum lagi yang call tanya benda2 mengarut. Tension aku. Aku rasa hormon aku tak stabil skrg ni. Ditambah lagi stress dgn bos membuatkan aku melampiaskan marah aku pada orang lain. Hadoilah, aku ni tak garang tau sebenarnya dgn org cuma hormon telah membuat aku jadi begini..hehe

Tapikan bagus gak garang2 ni. Takdelah org senang2 nak pijak kepala ko. Mcm certain2 parents yang dtg rayu2 nak apply scholarship tp hakikatnya anak die tak layak memohon. Pastu siap ugut2 nak bgtau medialah, nak hantar suratlah, itulah inilah. Kalau garang, tak berani diorg nak lebih2. Kan kan kan...

okaylah, nak sambung buat keje. Ni pun ada ura2 nak muntah lagi ni... daaaaaaa

Tuesday, March 19, 2013

Makan time.

Tak berapa ada mood nak bercerita sbb stress dgn keje. Letak gambar anak jelah. Dah lama tak ambil gambar anak. So minggu lepas husband belikan mihun sup untuk Kasyah. Die ni memang suka segala jenis mee. Makan pun bukan nak orang suapkan. Mesti nak makan sendiri. Jadinya makanlah sorang-sorang kat bawah ye nak. Kang dah sudah makan, papa tolong kemas. I takleh bau mihun sup ni. Loya sungguh.





Makan sambil mata tengok tv. hehe.

Itu je. Jadilahkan..hahahaha..

daaaaaa

p/s:Orang lelaki langsung takde perasaan kemanusiaan walaupun pada pregnant lady. Bos-bos akulah tu. Mencik!

Friday, March 15, 2013

Stress

Aku tak tahu apa yang patut aku buat tapi ini yang aku rasa. Aku stress. Aku stress dgn bos. Di saat aku sedang dalam tempoh kritikal untuk menstabilkan diri, bos bebankan aku dengan kerja yang takde kena mengena dgn aku. Dengan benda yang tak sepatutnya aku buat. Dah sebulan aku buat benda yang baru tu tapi hakikatnya die tak ambil kesah pun. Dia cuma tahu aku buat. Dan hari ni die kata kerja aku akan ditmabah lagi. What?

Kerja yang ada sekarang pun dah cukup buat aku tak menang tangan. Lagi nak tmabah kerja? Come onla. Dalam department aku ni, gaji aku paling sikit sekali tp kenapa beban aku paling besar? Tak adil. Sungguh tak adil.

Serius tak sabar nak cuti bersalin. Hate him rite now.

Thursday, March 14, 2013

Kena cucuk.

As-salam buat semua kawan2 blog. Rindu kat aku tak? Semalam tak memasal aku mc. Bukannya apa sbb tak larat rasa badan ni. Malam sebelum tu kemain hebat aku punya muntahan. Habis semua yang aku makan keluar balik. Muntah tak berhenti sampai aku sakit pinggang. Aku rasa urat aku semua tegang. huhuhu. Jadinya pagi tu aku decide utk ke klinik. Tak larat weh.

Kat klinik doktor suggest aku amik injection ubat thn muntah. Aku okay je.

Hah kan tak pasal2 kena cucuk. Sakit jugak sbb aku memang tak suka cucuk kat belakang tapak tgn ni. Sakit. Kalau kat lengan celah siku tu okay lagi sbb tak sakit.

Lepas je doktor cucuk ubat ni terus tekak aku rasa mcm nak tersedak. Cepat betul ubat tu sampai kat salur tekak. Terbatuk2 aku. Tak lama lepas tu aku rasa melayang-layang. Aku rasa dunia ni mcm tonggang terbalik. Aku tanya kat doktor tu. Die kata memang aku akan pening kepala. mak aih dah macam makan ectasy ko. Agaknya gitulah perasaan org kena pil khayal ek. mcm kat dlm tv. Doktor kata kesan pening tu 1/2 jam je tp sampai ke petang aku ting tong. Bangun je melayang. tapi walaupun pening serius langsung tak rasa loya.. Aku ingat takkan rasa loya terus rupanya petang tu loya dtg kembali. Agaknya kesan ubat tu dah hilang.. huwarghhh rasa nak nangis balik sbb malam tadi serius sgt loya. And pagi ni pun sama. kalaulah ni opis bapak aku, dah lama aku amik cuti sebulan..huhuhu.

My baby demand makan yang mahal2. Mengambil kesempatan sungguh atas kenaikan gaji mama dia. Semalam nasi mandhi, aritu piza, mcdonald, spagetila, itula inila.. kalau hari2 kopak gak aku..huhuhu. Nasi goreng kampung tak nak pulak..hehehe. Serius tak lalu makan anything yang berbawang dan bertumis.. Rasa nyampah gila. Kalau umah bersepah pun aku rasa loya beb.huhuhu.

p/s:ni apa kes aku nak loya sbb sebut nasi goreng ni??????

Tuesday, March 12, 2013

Makan-makan

As-salam semua.... Hari ni kuatkan semangat cekalkan hati nak update pasal makan2 minggu lepas masa mak abah aku datang. Actually aku takleh lgsung nak tgk gambar makanan ni. Memang rasa nak muntah sgt. Tekak aku ni dah semacam je ni tapi tak kira demi korang (cheeewahhhh) aku update gak... Kalau nak muntah kang aku gi lah lari ke toilet jap..huhuhu.

Masa ni memang dah niat nak belanja mak abah aku makan sempena aku naik gaji. So walaupun aku tak boleh makan, tak bermakna aku takleh bwa diorang makan. Kami decide nak makan kat Ana Ikan Bakar Petai. Ramai betul org kat sana. Since aku takleh makan, aku cuma makan sotong goreng tepung dgn ikan siakap stim tu je. Itupun cuit2 jer.

Mula2 makan sata ni dulu. Sedap gak and murah je satu 50sen.

Ni kailan ikan masin. Aku tak tahu sedap ke tak sbb langsung tak sentuh.

Ni lala masak pedas tapi suamiku kata tak pedas pun.. Aku tak makan jugak.

Siakap stim ni aku makan so aku boleh bagitau sedap ke tak. Sebab die takde stim limau so stim biasa ni tak sedap mana. Plain sgt rasa dia. Aku makan sikit je sbb loya.

Ni ikan pari bakar petai. My husband cakap sedap. Sorrylah aku bau pun tak leh..huhuhu

Yang ni memang terbaik. Tepung die rangup je. memang sedap. Ni je yang aku makan. Kesian tak? huhuhu

Total makan kat sini RM120.90. Okaylahkan. taklah mahal sgt. Sesuai dgn kami yg makan untuk 5 orang. husband kata boleh datang sini lagi... daaaaaaa

p/s: nak menyiapkan entry ni terpaksa pergi muntah kat toilet dulu. Habis segala yang aku makan lunch tadi..huhuhu nak nangis.

Friday, March 8, 2013

Kasyah

Dah lama tak cerita pasal Kasyahkan. Ada tak yang rindu kat Kasyah? Sajalah nak cerita pasal anak pulak kali ni sbb otak buntu tak tau nak update apa. Nak cerita pasal mkn tempura dgn udang 3 ketul sampai RM25 mcm tak berbaloi sama dgn tak berbaloinya harga hidangan tu.huhuhu.

Lagi 3 bulan Kasyah akan genap 3 tahun. Ada plan ke nak sambut besday die macam mana? Ermm belum difikirkan lagi. Yelah skrg ni keadaan diri tak berapa baik. So otak pun kurang sikit berfungsi. hahahaha.

Kasyah sekrang dah pandai bahasakan diri die Along. Yelah diekan dah nak dapat adik. In shaa Allah. So kami dah mula panggil die along tapi selalunya adik jugak sbb dah terbiasa..hehe. Kalau nak mintak susu, selalunya die akan cium aku bila aku buat tak layan. hahaha nak tak nak kena gak buatkan sbb die dah pandai ambil hati. Cuma sekrang ni perangai kuat mengamuk die tu tak tahanlah aku. Tegur sikit ngamuk. Bukanlah die mengamuk terjerit2 tu tapi sume benda die baling. Abis jahanam segala mainan kat rumah. yang bestnye bukan kitorang marah. Cuma tegur je tetap die baling jugak barang. hadoilah.

Kalau die main kat playground tak pernah puas. Main apap2pun tak puas. tu yang kalau aku kena jaga dia sorang, aku tak pernah bawa die pergi jalan2. Sbb aku xlarat nak kejar die or dukung die bila die sibuk ajak main kat playground.

Makan pun dah pandai memilih. asal ada rasa pelik sikit dah xnak. Nak yg sedap je. Pastu nak makan sendiri. Habis bersepah rumah dgn nasi merata2. belum lagi air tumpah..haih. Tapi itulahkan, walau camnepun tetap sayang kat anak. Memanglah akan ada masa kite naik hantu dgn perangai die tapi most of them dielah penghibur. Tak tgk muka die rasa rindu je. Kalau boleh all the time nak cium anak... Ni yang tak sabar nak tunggu baby keluar ni...eh!

hahahahaha

daaaaaaa...

Thursday, March 7, 2013

Barang teringin..

Assalamualaikum..

Masa aku dapat tahu aku mengandungkan Kasyah, malam tu jugak aku ajak my husband pergi Carrefour untuk beli tv LCD. Giler ah. Aku angggap benda tu macam barang teringin. Macam satu reward utk aku sbb pregnant ni bukan senang. Confirm je pregnant terus beli walaupun masa tu tv LCD masih mahal lagi nak dibandingkan sekarang.

So kali ni bila aku disahkan pregnant, aku tak tahu nak beli apa. Husband pun dah tanya, kali ni nak beli barang apa pulak? Aku? Apa yang aku teringin ek? Kalau ikutkan sekrang ni teringin nak gi Universal Studio kat Singapore nun tapi dlm keadaan skrg mmg xsesuai ah nak pergi sana. Silap2 satu hapepun takleh buat. Nak beli barang tapi aku rasa mcm xde apa yang aku nak. Ingat nak tukar phone baru tapi masih syg lagi kat N8 aku ni. Yelah tepon ni tahan lasak. dah kena baling pun elok lagi. Kalau aku pakai SIII ke Note II ke belum tentu tahan kena baling. Terfikir nak beli Ipad ataupun Galaxy Tab tapi mcm xde keperluan. Tab bodoh anak akupun aku jarang2 main sbbnya xtau nak tgk apa. Puas dah layan internet kat opis. Lagipun aku bukan pengguna tegar fb. 24 jam nak cek update org. Tak kuasa hokey.

Ermmm jadi apa barang teringin aku kali ni? Ker aku dah cukup puas hati sbb dapat beli pinggan mangkuk masa gi Langkawi haritu? Ker sememangnya aku tak perlu nak beli pape and duit tu boleh save  untuk benda lain? Lagipun besday suamiku bulan ni and die dah request nak jam mahal. Siap ckp xnak jam harga 2-3 ratus..hampeh.

Korang mcm aku ker? Ada barang teringin?

Wednesday, March 6, 2013

Tak larat

Entry aku dua tiga menjak asik citer pasal muntah, mual, loya je. Korang layankan jelah ye. Aku nak update entry makan-makan serius takleh sbb tgk gambar makanan pun nak muntah. Camne aku nak buat cerita makanan yg aku makan tu sedap padahal tekak aku rasa nak terkleuar semua isi..huhuhu

Aku rasa pregnant kali ni lain macam sikit. Dulu tu aku kena evening sickness. dah balik keje baru muntah2. Sekarang ni 24 jam rasa mual weh. Ni pun aku baru jek uwek uwek kat tandas. Bukan keluar apapun. air liur je. Sama mcm pagi tadi. Dah siap nak pergi keje tetiba tekak rasa nak muntah. Kemain aku meluwek dalam toilet sedangkan langsung xde apa nak keluar. Yelah aku tak mkn pape lagi nak muntahkan apenya. Urat rasa mcm nak putus sbb dipaksanya jugak aku muntah. Mujurlah semangat kuat lagi. Kalau tak mesti aku dah cuti hari ni.

Kepala aku ni pusing satu macam. Rasa nak rebah je kalau bangun. Aku cuma bertahan je ni. Mintak2 dapatlah aku drive balik kang sampai rumah. Biarlah kaki menggigil sekalipun yang penting gua selamat sampai.

"Baby, baby, tolong mama boleh? Tolong stopkan rasa nak muntah ni.." huhuhuhu

p/s:Serius nak menangis tp sbb kat ofis kutahankan jua.

Tuesday, March 5, 2013

Baru je..

Baru je bagitau bos pasal my pregnancy. Nasib baik diorang tak ckp byk sbb due date akupun bukan peak time so taklah diorang kelam kabut nnti kalau aku takde.

Sekarang ni mood nak update blog tak berapa nak ada. Bukan sebab malas tapi rasa loya ni buat aku tak kuasa nak ngadap lomputer lama2. Lagipun tuntutan kerja sejak2 naik gaji ni makin menjadi2. Sampai nak balikpun kerja tak siap lagi. Dulu tu ada jugak masa nak jalan2 tgk blog orang. Sekarang ni nak tengok blog sendiri pun tak berapa ada masa. huhuhu.

oh ya pasal Sabah, aku serius sedih sgt dgn kejadian tu. Lagi sedih bila ada yang cuba politikkan isu ni. Please this is a matter of people's live. Don't mess with it. Kalau nak suruh kau pergi sana pun belum tentu kau nak kan. Doakan keselamatan anggota plis dan tentera kita. Sesungguhnya aku bangga dengan mereka. To the intruders, please leave peacefully as we did not want to see more blood. Not from your side or even our side.

Kejap lagi aku bw blog korang ye. Bw slow2 sbb skrg ni aku memang slow..huhuhu

p/s:aku lapar weh tapi perut lapar ni tak seiring dgn tekak loya. no appetite..huwargh.

Friday, March 1, 2013

Berehat

Salam Jumaat..

Dah pun sampai hari Jumaat ye. Minggu ni kurang aku update blog. Selain busy dgn kerja, keadaan kesihatan pun tak begitu memberansangkan. Morning sickness makin menjadi2. All the time rasa mual. Tapi tahankan jelah. Nak buat macam mana ye tak? Dah memang gitu gayanya kalau pregnant.

Hari ni aku mc. Tak larat rasanya nak pergi kerja. Dari semalam lagi dah rasa nak balik masa kat ofis tp rugi pulak sbb dah mmg ada kat ofis kan. So mc hari ni sajalah. Kesian kat aku kan..hehhe.

Sorry tak dpt nak BW beria2. Kalau aku jengah pun blog korang, aku tak komen sgt. Hormon kot.hehehe. Hormon malas..

Okaylah, kepala pun berat ni. Nak baring2 jap.

daaaaaaaaaaaaa....

p/s:saya nak nikmat makan tu balik boleh tak? Tak syok ah makan apapun tak sedap. huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...