Tuesday, April 30, 2013

Maaf



Andai dapat kundur masa
pasti kesilapan itu tidak akan aku lakukan
aku menyesal
malah penyesalan itu tidak mungkin akan mengubah hakikat
benda sudah berlaku

Maaf
maaf
maaf
I really love you
nothing can change what i feel about you

oh my
i'm sorry
please forgive me


p/s:hanya luahan hati tentang penyesalan yang tidak bertepi.

Tuesday, April 9, 2013

Kurang sihat

Entah apa yang melanda diri semalam, akupun tak tahu. Dari pagi kepala dah berdenyut2 tapi makin menjadi2 bila dah petang. Aku bangun pergi toiletpun rasa mcm nak tumbang sbb tak tahan sangat sakit kepala tu. Rasa macam nak hentak je kepala kat dinding. Nak buat kerja pun tak tentu arah sbb kepala terlampau sakit. Tak pernah aku rasa sakit kepala sampai macam tu sekali. Selalu tu sakit kepala yang tak kuat sangat. Tapi semalam memang mantap ah sakit kepala tu.

Drive balik kerja pun aku dah risau sbb aku kurang fokus. Aku cuma doa cepat sampai je sbb memang dah tak tahan sangat dah. Nasib baik sekarang mak ada kat rumah. Balik2 keje semalam terus suruh mak urut kepala kejap. Makan pun aku muntahkan semua balik. Nak makan semula memang dah tak lalu dah. Nak tak nak telan gak panadol. Barulah ada kurang sikit.

Kasyah pulak boleh buat perangai semalam. Dia tido awal pukul 6.30 sbb memang die belum tido. Selalunya kalau dah ptg ni emmang dia tido sampai esok pagi ah tp boleh pulak die ngigau kul 10 bangun nak tengok upin ipin. Last2 kul 2 lebih baru die tido balik. Yang jadi mangsa akulah sebab papa die takde gi kursus. Nasib baik pagi tadi bangun sakit kepala dah kurang. Kalau tak memang aku mc. Nipun dah mula rasa kurang sihat..huhu dugaan sungguh.

Thursday, April 4, 2013

Kena cili

Korang pernah dengarkan pepatah 'sapa yang makan cili dia yang rasa pedasnya'. Haaa meh nak citer pasal makan cili ni. Alkisahnya anak bujang aku sorang tulah. Ntah apa peel die ntah suka sgt buat mama dgn papa dia marah. Selagi kami tak marah selagi tu die tak puas hati. Kasyah ni memang pesen tak boleh ditegur. Tak kisahlah ko tegur dgn penuh berhemah lagi lemah gemalai pun die tetap takleh terima. Habis semua benda dibalingnya kalau kite tegur die.

So semalam, kami semua tengah makan nasi. Bungkus ayam penyet je sbb aku masih belum boleh memasak lagi. Kasyah ni kalau makan memang tak boleh duk diam. Kejap lari sana kejap lari sini tapi kitorang biar je. Lepas tu tibe2 dia datang balik kat kami tunjuk nak sambal ayam penyet tu. Aku cakaplah sambal tu pedas. Die takleh terima. Nak jugak! Nak jugak! Aku letak sikitttttt je kat pinggan dia. Korang tau apa dia buat lepas tu? Die ramas2 nasi pastu die baling kat aku. Mula2 aku sabar lagi. Aku cakap baik2 "janganlah baling nasi. Tak baik. Kan rezeki tu." Die makin suka pulak terus die baling lagi. Senang citer die baling mcmlah nasi tu bola boling. Pergh hangin aku. Dah kata jangan tapi makin menjadi2 pulak die buat. Terus aku mengamuk ambil sambal ayam penyet tu sumbat kat mulut die. Hah baru tau. Menangis tak berlagu cari air sebab pedas. Aku lepas tu dah tak cara dah. Laki aku take over bawa die gi mandi lepas minum air. Dalam bathroom pun buat perangai lagi. Lepas mandi pun buat perangai...Haish anak2. Kenapa suka sgt mencabar kesabaran mama ni?

Tapi Kasyah ni bila semua orang tak pedulikan dia, sibuk die datang kat aku, peluk2 aku. Tau pulak tu nak mintak simpati. Aku tahu ramai yang kata jangan marah anak jangan pukul anak tapi takkanlah kalau anak tu dah sampai tahap berlebihan nak biarkan jugak. Senang cerita lain budak lain ragamnya. Hanya orang yang dealing with the kids je tau seksanya.

Kasyah...Kasyah.. tolonglah jangan degil2 jangan nakal2. Mama ni tak suka nak marah2 tau tapi mama tak faham kenapa Kasyah suka buat mama marah. Nak juga tunggu mama menyinga. Itupun tak serik jugak. Hadoilah. Serius aku tak suka nak marah anak sgt. Antara aku dgn my husband pun, Kasyah mmg selalu kena lepuk dgn papa dia. Dgn aku kurang sikit. Aku suka belai2 peluk2 cium2 dia. Aku agak Kasyah buat perangai sbb nak dapat adik kot. Kasyah tetap anak kesayangan mama tau. So takmo notti notti.

Wednesday, April 3, 2013

Dah bubar..

Sana sini orang dok update parlimen dah bubar.. Parlimen dah bubar.. Aku rasa cam biasa je. Parlimen bubar ke tak ke tetap kena buat keje. lainlah kalau parlimen bubar tibe2 bos kata esok cuti seminggu barulah boleh aku excited gak...hehehe.

Dari dulu aku tak minat politik. Dengar orang cerita pasal politik pun aku tak suka. Dengar orang lain kutuk orang lain dalam politik lagilah aku tak suka. Sebab aku percaya takde orang yang sempurna. Tak boleh ke kita buka minda dan cuba kaji setiap sudut parti politik. Contohlah kalau ko penyokong kerajaan, mesti apa je kerajaan buat ko akan sokong. Ko mesti kata terima kasih (eh aku sukalah lagu terima kasih yang selalu keluar kat tv tu) kerajaan kerana memahami. Tapi kalau kau tak sokong kerajaan, ko mesti kata, kerajaan nak pancing undi. Pilihanraya dah dekat, kerajaan guna duit rakyat, kerajaan penipu dan macam2 lagi. Cuba kalau parti yang korang sokong tu pulak jadi kerajaan and bertindak sama macam kerajaan sebelum ni, korang akan kata, itulah yang sepatunya kita buat sebagai kerajaan.. Ah senang cerita kalau parti ko sokong buat jahatpun ko okay jek. tapi kalau parti ko nyampah, buatlah baik mcmanapun tetap tak elok jugak kat mata korang..

Aku? Masih dalan mood memerhati. Aku perhati je sape yang paling suka kutuk sapa. Aku tengok je parti mana pilih method caci mencaci.. Aku tengok je parti mana yang suka buat cerita.. Semua aku perhati. Aku tak mintak banyak dari pihak yang memerintah. Aku cuma nak hidup dengan aman, sejahtera tanpa ada tekanan. Tak perlu nak berdegar-degar pung pang sana pung pang sini kutuk sana kutuk sini. Masa mengundi nanti korang tenangkan hati bukakan minda buatlah pilihan terbaik. Dalam setandan pisang memang ada yang busuk tapi takkan nak buang semua. Buang yang busuk jelah. tak gitu..

Okaylah, sesiapa yang tertanya mana aku pergi, hmm macam biasalah busy. Mood pun tak berapa nak ada. And i am now entering second trimester of my pregnancy..yayyyy.. Hopefully tak lama lagi no more loya-loya..hehe

daaaaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...