Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday ~ Gigih

Aktiviti hujung minggu.. Entah semangat apa yang merasuk aku, gigih aku buat kek coklat dgn 2 jenis biskut.

Kek coklat moist dengan ganache

Biskut cornflakes dan biskut nestum rangup.

Lepas tu terus tumbang sebab penat..hahaha

p/s:harini balik awal..check-up lorrr..

Tuesday, May 14, 2013

Cerita makan-makan

Salam..

Haishh sendu betul rasanya blog aku sekarang ni. Kemain malas nak bercerita. Kalau gi bw pon aku just baca je. Nak komen tu jarang2 sgt. Hormon mak buyung memang gitu kot awal2 ni. Ni pun walaupun dah 4 bulan still selera tu tak mai lagi. Masih byk benda yang buat aku meloya. Kalau terasa nak masak pun semua masakan aku tak letak bawang. Hahaha kau boleh? Aku boleh je makan benda xde bawang. Suami akupun redho jelah. Nasib baik memang sedap..hehe..

Cerita pasal mengundi, xde apa yang special pun. Same je mcm org lain. cumanya aku ngelat xpayah beratur terus potong queue. Wanita mengandung diberi keutamaan ye..hehe. Berbalik pada tajuk entry just nak share gambar masa gi makan kat TCRS dgn Pizza Hut. Aku ni jaranggggg sgt keluar mkn sbb tekak tak selerakan tp kadang2 tu terasa nak makan sesuatu. Masa ni awal bulan 4 haritu teringin nak makan nasi ayam chicken rice shop. So pergilah ke sana.

Amik set utk 2 org. Masa ni ada menu ayam berlado tu tp sbb aku tak suka sambal so kami xamiklah. Lagipun sambal mcm xkena mkn dgn nasi ayam.
Kasyah yang ceria sbb dapat keluar gi jalan. Kesian jugak kat dia sbb jarang dpt keluar.
Nasib baik haritu die behave. Nak duduk dlm high chair tu and makan betul2.

Yang ni pulak hujung bulan lepas. Tekak terasa nak makan pizza so ke pizzalah kami. Try pizza yang baru ni. Nasib baik xde bawang..hehe
Tempura udang tidak dilupa sbb ni feveret aku masa pregnant kali ni. Suka makan benda bergoreng.

Set spageti carbonara utk Kasyah. Yang ni aku tak berapa suka sbb byk bawang..huhuhu. Tapi sebenarnya sedap je cuma hormon skrg mmg anti dgn bawang.
My baby.

Itu je nak cerita..hehe.

daaaaaaaaaa...... Doakan aku rajin berblog balik eh lepas ni.. 

Friday, May 3, 2013

Jom Mengundi

Salam..

Alahai tenggelam timbul aku sekarang ni kan. Mood nak berblog beria-ria macam dulu memang hilang terus. Gitulah gayanya kalau dah mabuk ni. Oh ya aku sekarang dah pun masuk 4 bulan pregnant tp still aku tak leh makan sesuka hati...huwarghhh...memang tak sama macam pregnant yang dulu. Perempuankah???? hahaha.

Bercakap pasal tajuk, sebagai seorang rakyat Malaysia yang dah cukup umur nak mengundi, In Sha Allah hari ahad ni aku akan tunaikan tanggungjawab aku untuk memilih bakal pemimpin negara. Hati ni masih berbelah bagi lagi. Kejap nak undi dacing, kejap nak undi bulan, kejap nak buat undi rosak pulak....hahahaha tak bleh pakai betul..hehe. Tak kesahlah nok. Kite tunggu je harinya nanti.

Korang suka tak lagu 'Jom Mengundi' yang dinyanyikan oleh Tomok, Black, Shiha dgn Ayu tu? Aku sukalah lagu tu. Cathcy sgt. Siap boleh hafal dah liriknya. ' jom kita keluar mengundi....jalan tanggungjawab negara demokrasi.... lala lalalalala... sambung sendiri" hehe

Petang ni aku akan balik kampung. Selain nak mengundi, esok aku nak gi kenduri kawen kawan sekolah rendah aku merangkap jiran aku. dah lama dah tak jumpa die. Jumpe kat fb je. Dulu masa kecik2 selalu lepak umah die sampai mak aku cari..hehe. Pastu kalau rehat masa sekolah mesti makan sama2 sebab kitorang bawa bekal. Kebetulan kenduri die masa mengundi dapatlah aku pergi. Lagipun nak gak jumpe kawan2 masa sekolah rendah dulu.

Hopefullu petang ni tak jem sgt. Letihlah kalau kena bertapa dalam kete lama2. Aku ni dah keje nak terkucil je. Harus bawa baldi takut tak sempat kalau jem..hahaha...

Okaylah. Update sebab tak nak kasi korang rindu je..aci? ekeke..

daaaaaaa.... Selamat Mengundi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...