Friday, June 28, 2013

Aktiviti di malam hari

Salam...

Since minggu ni beta keseorangan maka beta tidak mahu mensia2kan waktu. Beta amat pantang andai waktu dibazirkan begitu saja (ceh padahal selalunya lepak tido je..kihkihkih). Dah alang2 takde sape nak mengaco, jadinya aku pun sambung projek menjahit langsir rumah aku. Jangan tak tau weh, langsirnya aku dah beli tahun lepas lagi. Konon nak siapkan awal tapi nan hado. Dah mabuk2 takdenya aku nak ngadap kain. Memandangkan puasa pun tinggal berapa hari je lagi maka haruslah ku siapkan juga langsir aku tu. Kang dah bulan puasa dah tentu2 penat. Kalau tak dibuat, tak berlangsir pulak rumah aku. Setakat langsir ruang tamu tu xpe lagi sbb ada spare langsir tp langsir bilik dah 2 thn tak bertukar sbb takde langsir lain...hahaha. Tak senonoh.

Yang ni langsir bilik. Warna hijau. Beli kain murah je. RM10 semeter tp beli semeter percuma semeter. Jadi Rm5 semeterlah kan..

Untuk membangkitkan semangat nak menjahit tu, aku dengar lagu raya.. Nampak tak henpon aku tu tertera lagu raya.. Semangat beb menjahit berteman lagu raya ni.. 2 minggu lepas pun aku jahit langsir dgr lagu raya gak. Husband aku tension jek..hehe.

Kalo korang tak nampak meh aku bagi gambar clear yang aku mmg dgr lagu raya. hehe. 3 malam kot aku menjahit langsir je tpkan langsir aku tak siap jugak. Malam tadi dah gigih dah igt boleh siapkan scallop utk langsir ruang tamu tp alih2 kain pulak tak cukup. Dah beli 3 meter kot. Siap bahagi 2 dpt 6 meter still tak cukup gak. Byk sgt kedutnya..huhuhu. Terpaksa beli kain lagi. So tinggal nak jahit scallop dgn langsir dapur je ni. lain2 sume dah siap. Bulan pose boleh fokus pada kuih raya..Eh?!?!?!

p/s:Tak sabar nak balik kampung ptg ni. Nak amik si bujang tu. Kebetulan sepupu akupun kawen ahad ni.. Dah rindu bebeno dah mama dgn Kasyah.. Hope jalan tak jam and perjalanan aku selamat.. Letih drive sorang2 ni. Sakit badan..huhu

Thursday, June 27, 2013

Di hari jadiku...

Salam...

Sebelum start membebel, ingin aku titipkan ucapan berbanyak2 terima kasih buat sahabat blogger yang sudi memberikan ucapan dan doa sempena hari jadi aku semalam. Terharu sesangat. Sayang korang ketat2..

Apa je yang aku buat semalam? Sah2lah tinggal sorang2kan. Well memang sangat kesian kot kat aku sbb hari jadi kali ni suami dan anak tiada di sisi. Huhuhu.. Tapi takpelah nak buat camne kan. Nasib baik ada bos dan rakan-rakan sekerja yang sudi sambut besday aku semalam. Bos cuma beli kek dan kami potong dan makan ramai2. Okaylah tu kan. Ada gak kek masa besday aku.

Inilah keknya. Kek coklat yang sedap. Tak manis sgt. Sedang2 elok je rasanya.. Kek ni bos beli kat Lavender KLCC.

Antara yang ada semalam. Kurang 2 orang sbb sorang cuti sorang lagi tukang tangkap gambar..hehe. Eiii gemuknya aku dalam gambar ni. Dahlah yang lain2 sume halus mulus je. Terasa mcm orang paling besar pulak kat opis ni.. Lepas bersalin nnti kena diet gile2 ni..

Balik rumah aku order pizza. Order Domino's yang RM30 utk 2 regular tu. Hoh tamak haloba sungguh. Padahal makan sorang je. Takdelah dah kalo aku beli satu regular dah RM24, baiklah aku tambah sikit. boleh aku buat mkn hari ni sekali. Jimat dah. Takde beli2 lagi. Malam ni pun aku makan pizza lagi..hehe.. Makan pizza sbb nak rase special sikit masa besday sendiri walaupun sorang2. Husband kata nnti boleh claim kat dia. ai loike.

Inilah pizzanya. Spicy sambal dengan chicken peperoni. Sedap..

Itulah sambutan nan hado aku sorang2. huhuhu sodih tau.

daaaaaaa

p/s:Perut penuh sbb tadi ada orang belanja lunch..Syukur..

Wednesday, June 26, 2013

Today is my day..

Salam semua....

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk terus melayari hidup sebagai hamba Allah di alam ini. Hari ini genaplah usia aku yang ke 29 tahun. Rasanya ni lah festime aku bagitau umur aku berapakan.. Hehe.

Hari ni pagi2 lagi dah dpt hadiah besday. Bukan hadiah betul2 pun tapi lift kat rumah aku rosak. Huwarghhhh korang bayangkan aku kena turun tangga dari tingkat sebelas... Huhuhu... Tak pasal2 lambat 20 minit dari biasa. Nasib baik jalan tak berapa jem. Masih sempat sampai ofis sebelum waktu. Mungkin tahun ni sambutan besday aku yang paling bosan sekali sbb tinggal sendiri. Mari beli pizza petang ni dan makan sorang2 lepas tu claim balik kat husband..hehehe.


Sempena hari kelahiran aku ni, aku berdoa semoga diberi kesihatan yang baik, kehidupan yang baik dan keluarga yang bahagia. Aku harap aku akan jadi hamba Allah yang lebih baik dan akan sentiasa memperbaiki diri. Semoga segala urusan aku dipermudahkan. Amin.

p/s: Ada sesapa nak bagi hadiah ke????

oh ya, aku dah boleh view dashboard. Itupun lepas aku modify account google aku ni.. Nasib baik jadi..huhu

Tuesday, June 25, 2013

TOLONGGGGG!

Nak tanya kat korang semua yang baik hati lagi kiut miut (peh nak mintak tolong terus pujikan..hahaha)
Korang boleh bukak dashboard blog tak?
Aku TAK BOLEH bukak dari semalam...
Masalah aku sorang ker atau memang blogspot ni problem??????

Tolong bagitau aku... huhuhu.. Aku tak dapat tengok korang punye update... :(

Monday, June 24, 2013

Nak sesangat...

Aku ni nak sesangat update blog..
tapi dok bukak tutup bukak tutup je page ni.
Nak sangat meluah perasaan tapi tak terluah...
Senang citer sekarang ni mood tengah rindu-rinduan...
Rindu kat anak bujang aku tu ler...
Terpaksa ku tinggalkan die kat kampung.
Alahai belum seharipun dah rindu bebenoooo.
Tak sabar nak balik nak video call anak.
Rinduuuuuuuuuuuu...


p/s:Rindu kat papanya jugak tapi rindu time malam jelah...hikhikhikhik

Friday, June 21, 2013

Jom sembang

Salam semua...

Hari ni kita sembang-sembang je ye. Nak cerita pasal sambutan besday Kasyah pun, gambar tak amik lagi dari phone husband. Alah tak sambut manapun. Just bawa die gi makan je. Hari Selasa haritu, balik je dari rumah pengasuh, Kasyah mengadu sakit kepala. Die cakap kepala die terhantuk. Bila aku cek nah nala punye benjol dok ada. diameter bejol tu separuh bola tenis kot. Besar hokeh. Terus ku suruh husband tanya kat makcik pengasuh tu. Tapi die kata Kasyah xde pulak menangis ke jatuh ke. So aku suspect mesti Kasyah galak sgt main sampai terhantuk kepala tapi die tak menangis. Die pendam sendiri sakit kepala die tu. Kalau die bagitau awal boleh tuam dgn air batu. Balik tu benjol die memang merah dan besar and die langsung tak kasi kami sentuh kepala die. Tidur pun kepala senget je. Hari rabu, kepala die masih benjol. Tak berapa surutpun. Dok besaq tu jugak. Haih risau aku. Terus aku letak air asam jawa campur garam kat kepala die. Cakap kat husband, kalau xsurut jugak, kena bawa gi klinik.

Hari semalam, husband bawa gi klinik. Walaupun benjol xsurut lagi tapi dah tak merah. Doktor pun cakap, kalau die okay tak muntah2 dan tak layu, i mean aktiflah, maknanya die okay. Alhamdulillah bila doktor dah kata gitu. Die kata kalau merah lagi maknanya nak kena bisul. Nasib baik tau. Sampai hari ni benjol kat kepala Kasyah tu masih ada lagi cuma tak sebesar hari selasa dan rabu haritu. Lega mak tau.

Semalam pulak, kami kat ofis ni memang berangin satu badan. Geram kat sorang makhluk spesis tak reti bahasa ni. Hari Isnin die ada call request something tp malangnya benda tu kami tak boleh terima. So jawapannya 'no'lah kan. Hari selasa die call nak cakap dengan bos aku. Nasib baik colleague aku yang jawab. So diepun jawab 'no' jugaklah sbb benda tu memang kita tak boleh nak approve or nak buat seperti yang die nak. Nak ubah rules and regulations sebab seorang manusia yang ntah sape pun kami tak tau.. tak logiklah kan. Tapi die ni punye bebal dan degil, hantar email pulak. dah hantar email call lagi. Untuk kesekian kalinya kami punye jawapan tetaplah 'no'.Yang buat kami geram tu, die boleh call orang JPA (director pulak tu) pasal benda ni. Perghh memang mintak maki sey sbb org JPA tu langsung xde kena mengena dlm hal ni. Hari ni pagi2 dah nampak lagi email die. Huh menggigil tahan marah sey..huhuhu.

Layanlah gambar aku dgn pengantin ni. Kenduri kawan sepermainan aku masa kecik2 dulu. Jiran aku gak ni. Kami sama2 gi sekolah, kelas yang sama tp sampai darjah 6 je. Pastu aku pindah sekolah kat bandar.

Kendurinya sehari sebelum mengundi haritu. Baru la ni rajin nak letak gambar. dapatlah juga jumpa kawan2 lain masa sekolah rendah..ah rindunya zaman kecik2 dulu. Zaman main kejar2, zaman main masak2, zaman degil..ah senang citer aku rindu nak jadi budak2 balik..hehehe

Petang ni aku akan balik kampung. Sepupu husband kawen. Minggu depan pun akan balik kampung lagi. Sepupu aku pulak kawen. Minggu ni jugak aku akan tinggalkan Kasyah kat kampung sbb husband aku takde kena pergi makmal kat JB. Jadi nanti aku lone rangerlah ye..huhuhu

Okaylah, byk pulak membebelnya.. Daaaaa

Wednesday, June 19, 2013

Happy Birthday Kasyah

Salam semua...

Hari ni 19 Jun 2013 genaplah usia anakanda kesayangan hamba Kasyah Afham Fahimi 3 tahun. Alhamdulillah Kasyah membesar dengan sihat dan kuat dan sangat menceriakan kehidupan aku dan suami.

Kasyah sayang mama... Selamat Ulangtahun sayang. Mama doakan Kasyah jadi anak yang baik dan anak yang menyenangkan ibu bapa. Mama harap Kasyah akan berjaya dunia dan akhirat dan jadi orang yang berguna. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya begitu juga mama. Maafkan mama andai mama terkhilaf dalam mendidik Kasyah. Mama juga harap Kasyah faham, mama bukan sengaja nak marah Kasyah tetapi hanyalah semata2 mahu Kasyah tahu dan faham bahawa ada perkara yang boleh dibuat dan ada perkara yang tidak boleh kita buat.

Kasyah will always be my cute little baby boyfriend. I luv you so much. Sayang Kasyah ketat2. Takmo notti2 dan jadilah abang yang baik ye.

The day he was born. How i miss this moment. Rasa tak percaya sudah bergelar ibu...

Kasyah menjelang usia 3 tahun.. Makin ensemkan.. Sape lagi nak puji kalo bukan mak die sendiri ye dak...hehehe.

p/s: Malam ni kita beli kek okay..

Tuesday, June 18, 2013

Genting Highlang - Indoor and Strawberi Park

Salam semua..

Jom sambung lahi citer jalan-jalan genting aku ni. PErgi 2 hari 1 malam tp buat entry mcm gi seminggu..haha.. Ni entry last sbb aku dah malas dah nak buat lg. So lepas mandi manda, baru pukul 5.15. Marilah kita bermain2 dalam indoor pulak. Ada beberapa game indoor yang takde or tak boleh main. So rasanya hari tu kami cuma main 3 rides saja. Nak naik berulang2 pun boleh tp Kasyah pulak dah mula ngantuk. Sambil naik ride tu die dah tersengguk2 nak tido. Tapi aku layan die sbb die belum makan mlm lagi.

Kami naik floating boat ni. Masa nak naik kena beratur sbb agak ramai jugak nak naik. Yelah kat luar hujan so indoorlah jadi tumpuan.




Gambar memang tak byk sbb dah sibuk layan Kasyah supaya dia tak tido. Lepas dah naik semua rides yang kami boleh naik, teruslah kami tapaw makan malam. Beli kat Marrybrown je. Malas nak fikir makan yang lain2.

Kasyah bergaya dengan spek free dari Marrybrown. LEpas tapaw makan, lebih kurang pukul 6 lebih kami pun naik ke bilik dan tak turun2 lagi sampai esok. Aku memang dah flat dah. Kederat aku masa pregnant ni memanglah limited. Jalan sekejap dah penat gile inikan lagi dari pagi tadi...exhausted kot..huhu

Esoknya kami tak gi jalan2 pun dalam indoor tu. Dah puas dah rasanya berjalan semalam. Sarapan pun husband tapaw je. Aku lepak tunggu dalam bilik sambil mengemas. Lebih kurang pukul 11 lebih kamipun cek out. Sebelum balik aku ajak husband cari strawbery park. Aku tau ada taman strawberi tapi aku tak tahu kat mana. Tanya kat polis kat Genting tu die kata taman tu kat bawah. Kat area skyway.. Nasib baik jumpa. So sebelum mengakhiri percutian maha singkat kami ni, marilah kita singgah kat strawbery park tu.

Masuk adalah percuma. Kalau korang nak memetik strawbery, bayarannya adalah RM8 100gram. 100gram lebih kurang 8 biji strawbery. Kalau nak petik mintak je bakul kat kaunter kat dalam park tu.

Inilah kaunternya. Aku tak petik sbb malas. Alah dulu dah pernah petik akt Cameron dah le. Lagipun Kasyah kecik lagi bukan faham pun pasal petik strawberi ni.. Aku beli strawbery yg dah siap bungkus tu. 300gm RM15.

Kasyah paling suka kot makan strawbery. Belum apa2 dah mintak nak strawberi.

Muka kelat menahan masam. actually taklah masam sgt. Masam manis gitu buahnya. Tapi lepas balik rumah memang masam jadinya..

Konon macam petik tapi nan hado. Kat dalam ni jugak ada taman lavender, taman lebah dan ada taman sayur. Sebelum kuar tu korang kena lalu deretan kedai yang agak byk bagi aku dan setiap kedai mesti suruh ko beli brg die. Takde jalan lain nak keluar tau kecuali lalu kedai2..pandai diorang. Lagi best terjebak beli belon angry bird sbb sesuka hati je org kedai tu bagi belon kat Kasyah. Bila die dah pegang mestilah die xnak letak balik. Xpasal2 kenalah membayar..huhuhu. Sampai umah kejap je jahanam..Membazir sungguh.

Itulah serba sedikit cerita ceriti percutian singkat aku ke Genting. Kalau dah tak tau sgt nak gi mana memang Genting jelah pilihan kitorang. Asal bercuti ye dak..hehe.

Daaaaaa...

p/s:Esok besday Kasyah... hehe

Monday, June 17, 2013

Genting Highland - Splash Pool

Salam semua...

Hari Jumaat minggu lepas aku mc jadi agak senyap sunyi ler blog aku hari tu. Jumaat jugak hari aku pergi scan baby.. Nak tahu ke jantina baby aku? Hehehe... Result scan haritu adalah TAK NAMPAK LAGI.. huhuhu hampeh je kan doktor tu. Die kata die xnak bagi harapan sbb xclear. Eleh sebenarnya memang die xnak cekpun. Langsung tak tgk pun. Terpaksalah aku gi scan sendiri nanti.

Moh ler kita sambung citer jalan-jalan genting hari tu. Lepas berehat2 santai kat bilik, dalam pukul 3 lebih tu kami turun semula. Plan nak main kat outdoor lagi sbb ada a few rides yang kami belum naik. Tapi malangnya, hujan pulak. So tukar plan, marilah kita mandi manda di splash pool. Dah namanya beli tiket all-park rugi kalau tak masuk. Tak sia2 okay mandi manda kat sini sebab best sgt. Yelah harikan hujan so cuaca memang sejuklah. Mandi pulak air panas memang ohsemmmm sesangat. Rasa xnak keluar dari kolam.

Kasyah memang excited mandi kat sini sebab dah lama kami xbawa die mandi kolam.


Cubaan nak buat peace...

Tak ramai pun masa kami masuk ni tapi dah lama2 baru ramai. Yelah org pergi genting bukan nak mandi kolam. Tapi sebab kat luar hujan, kat sini memang pilihan terbaik selain indoor games.
Dah lepas mandi. Sejam jugak kami kat sini. Tu pun jenuh nak ajak Kasyah naik. Abaikan jelah mata bersinar tu ye.


Peace tak jadi dari Kasyah. Lepas mandi jom main indoor games pulak. Seriusly sapa yang nak tido kat genting, bolehlah dtg dan mandi kat splash pool ni. Kalau tak beli tiket all-park, bayaran masuk die RM15 kalau tak silap aku. Kalau nak tau lebih lanjut korang masuk jelah website genting tu.

Entry indoor games kita sambung nnti ye. Nak buat keje jap.. daaaaa

Thursday, June 13, 2013

Mintak Nangis????

Salam...

Jangan nak buat-buat terkezut aku update blog 2 kali hari ni..hahaha. Ni gara2 malas dah nak buat keje. Atau lebih tepat lagi bos ada guest..haha. Bolehlah berjimba2 kejap.

Ni nak citer pasal anak bujang aku tu. Si Kasyah ler kan. Dah 2 malam ni die mintak benda pelik tau. Alkisahnya, die merengek2 kat aku. Apa yang tak kena ntah. Ek sana ek sini.. So aku tanyalah
"Along nak apa?" Die ek lagi..Aku tanya lagi. Alih2 dia cakap "Nak nangis betul-betul." Hah? Nak nangis? Biar betul. Aku tanya "kenapa nak nangis?" Dia cakap "nak nangis betul-betul." Tergelak aku dengan husband dengar die nak nangis. Jadinya sebab die dah mintak nangis, terpaksalah mama ni marah die. Bukan marah betul2 tapi marah main2 je. Lepas tu diepun nangis.. Hahaha. Lawakkan.. Dalam banyak2 benda boleh mintak nak nangis..kehkehkeh.

Malam tadipun die dok merengek2 kat husband. Bila husband tanya die nak apa, dia cakap nak nangis. So husband pun marah die. Teruslah die menangis sedih macam dah kena pukul dah..tergelak aku tengok. Bila dah menangis tu die datanglah kat aku mintak pujuk. So akupun peluk die sambil pujuk cakap sayang kat dia... Alahai anak. Macam2 kerenah. Aku assume die saja je mintak nangis tu sbb kalau die nangis nnti aku pujuk peluk dia.. Kalau tak die main sorang2 boring kot..hehehe. Bijak kan?

Inilah budak mintak nangis... Ngade tau..

p/s:Anak ni memang penghiburkan..hehe

Genting Highland getaway ~ Outdoor Theme Park

Salam semua kawan-kawan... Eh, muncul pulak aku hari ni. Semalam update hari ni pun update. Semangat hokeh.. Haha sementara bos tak tanya pasal keje die, jom buat keje lain dulu..haha. Entry hari ni saja nak citer percutian singkat ke Genting highlang. Dah lama dah pun. 26hb April hari tu. Bulan Jun baru dpt cerita weh. hehe. Plan nak pergi ni pun seminggu je sbb aku teringin sesangat nak gi tido hotel. Kebetulan minggu tu husband xde kelas hari sabtu so teruskan jelah niat tu. Hotel aku book online. Amik first world saja. Rm138 untuk cek-in hari jumaat. Lepas tu kalau korang nak jimat masa main2 outdoor dgn indoor, aku cadangkan korang beli tiket secara online. Murah byk beb. Aku beli tiket All-park (outdoor, indoor dgn splash pool) cuma RM49 saja. Kalau korang beli kat kaunter, outdoor saja dah RM54 kalau tak silap aku.. So silalah beli tiket siap2 secara online. Berbaloi2.

Kami gerak hari jumaat tu pukul 7pagi. Hah semangatkan. Yelah nak singgah sarapan lagi. Lepas tu nak tempuh jam lagi. Siap sarapan pun dah pukul 8 So teruskan perjalanan campur tolak jem pukul 11 baru kami sampai. Siap singgah Tesco sebenarnya beli sweater Kasyah. Sweater die dah kecik sgt so takutlah die sejuk belikanlah die sweater satu. Sampai je kat Genting, kami terus ke outdoor park. Redeem tiket dkt kaunter nanti die bagi korang wristband tu.

Baru sampai. Mari posing dulu. Kami park kete kat First world sbb nak tido kat situ kan.


Dah masuk outdoor park. Best betul datang hari kerja sbb tak ramai orang. Nak naik ride pun tak yah beratur. Kalau kena beratur pun taklah lama. Kasyah free sbb die sipi2 nak cecah 90cm.
First2 kenalah naik ride utk kanak2. Eh kami memang naik ride kanak2 or family je.Xdenya nak naik yg extreme2 tu sbb aku kan pregnant. Lagipun percutian ni lebih kepada nak hiburkan anak.
Mula2 Kasyah memang takut naik mainan2 ni. Die xnak duduk sendiri. Nak duduk atas aku je. Tapi lama2 baru die naik syok. Aku rasa benda gajah ni je 4 kali die naik. Aku naik 2 kali je lepas tu dah malas dah. Papa die pulak layan. Aku layan makan..hahaha
Kapal terbang ni pun die suka. Yang ni pun berulang naik. Nasib baik xramai orang so xyah beratur nak ulang naik.
Cubaan Kasyah nak buat peace.. Tapi apasal xnak pandang along?
Naik cawan pusing ni pulak. Serius aku pening. Rasa nak muntah pun ada..hadoi.
Pastu naik caserole yang ada kuda ni tp Kasyah takut nak naik..hahaha.


Jom pergi dinasourland. Hah yg ni kena beratur sbb boat die cuma ada 2 je. Jenuh gak ah nak tunggu tp sbb xmo rugi tunggu jugak. Yelah bukannya byk sgt pun ride yg boleh kami naik dgn anakkan.



Tengok Kasyah tu asiklah nak buat peace je..


Amboi khusyuknya membaca. Yg ni kami naik matahari...

Last sekali kami naik kereta antik ni. Igt nak naik train pulak tp sbb dah pukul 2 and perut pun dah berbunyi lapar so kami decide utk pergi cek-in bilik dulu dan makan. Kami dah siap2 bawa lunch nasi lemak bungkus..hehe.

Lepas makan rehat2 lepak2 kami decide nak turun semula sbb ada lagi ride family yang kami nak naik kat outdoor. Lepas tu nak ain indoor pulak. Bila turun tu alamak hujan pulak kat luar so outdoor park ditutup. huhuhu sedih.. tapi takpe boleh main benda lain pulak... iaituuuu....

Sambung lah. Penatlah menaip ni...hehe

p/s:Igt nak mc hari ni tp semangat kuat tak jadi pulak...

Wednesday, June 12, 2013

Penangan rajin...

Assalamualaikum wbt..

Hah lama tak nampak mana tercampak? hehe ada je ni cuma tak berapa rajin nak menaip. Menaip keje hakiki kat opis ni pun dah letih lagi nak menaip merepek kat blog...hehehe. Ada ke yang rindu? Kalau ada terima kasih. Kesiankan blog aku ni. Kejap ada kejap takde. Serius rindu nak aktif berblog tapi kekangan masa dan keadaan buat aku terpaksa on and off dengan blog ni.

Sejak awal bulan 5 haritu aku memang busy dengan scholarship yang aku handle ni. Alhamdulillah semalam dah berjaya hantar 276 keping surat pada semua calon2 yang dah lulus stage pertama. Sekarang ni aku nak buat preparation utk stage kedua pulak iaitu exam. Sebelum mula keje tu baiklah aku curi masa jengah blog kejap.

Walaupun hari ni patutnya hari tanpa kat tapi maaflah sebab memang aku nak membebel tahap ekstrem hari ni. Redhoooo jelah ye. Sekarang ni mak buyung dah masuk minggu ke 22 pregnant. In Sha Allah jumaat ni akan pergi 2nd scan utk tgk jantina pulak.. hikhikhik tak sabar nak tau jantina baby. Aku ni takdelah kesah sgt tapi kalau boleh nak baby girl lah sbb nanti dah ada sepasang. Tapi kalau ditakdirkan yang keluar nanti boy jugak, aku terima je. Cuma kena pendam hasrat geram bila tengok baju baby girl jelah.. Comel sesangat..hehe... Akupun dah tak sabar nak gi shopping barang baby ni. Boleh je nak shopping skrg tapi sebab tak tau jantina so mcm konfius nak beli. Lepas scan nanti bolehlah gi memborong barang baby.. eiiii bestnye.. hahaha gedik cam lah baru festime nak dpt anak.. hehe

Hari sabtu lepas aku ajak suamiku ke jalan TAR. Saja je nak jalan2. Lagipun aku nak ke Nagoya beli kain utk buat bedung. Bukan takleh beli yang dah siap tapi kalau beli dah berapa hengget. Kalau buat sendiri Rm20 dah dpt 4 helai dah. Apa guna ada mesin jahit kalau tak guna ye dak? Lepas beli kain tu, kami ke Pertama untuk beli jam aku. Jam tu hadiah besday aku bulan ni. Beli siap2 sebab masa besday aku tu suami aku takde kat sini sebab die kena pergi makmal seminggu kat JB. huhu. Lepas beli jam terus ke SOGO. Saja je nak tgk2 brg baby. Igt nak cari baju raya Kasyah sekali tapi sebab ramai orang terus rasa malas nak berebut2. Aku cuma beli barut je sbb rasa mcm comel giler dan murah. Oh masa tu SOGO ada sale. Lepas tu kami pusing jalan masjid India. Takde pape yang menarik pun. Aku ajak balik and suamiku decide nak ke midvalley. Berjalan pulak kami ke sana. Sakan betul aku berjalan ye.

Nak tau? Balik je rumah terus aku flat. Tumbang sebab penat sgt. Hari ahad pulak, untuk pertama kalinya selepas beberapa bulan aku memasak. Badan sakit yang semalam tu aku ignore je. Lepas masak dan makan, sambung pulak jahit bedung baby tu. Sudahnya memang aku takleh bangun. Satu badan kooo sakit. Jalan pun dah mcm nenek tua umur 90thn dah. Serius sakit. Huwarghhh tulah, sape soh rajin bebeno. Dah tau kederat tu takat lutut je gi pulun sampai bahu. Mendapat lah kan...padan muka aku. So dalam 2-3 hari ni memang aku baring jelah kat umah. Semuapun husband yang buat. Cuma keje opis ni je yang kena buat sendiri...

Oh ya, aku dapat invitation utk pergi dinner sabtu ni. Nak pergi ke tak ek? Ada Tun Mahathir sekali. Bukan senang nak sedewan dgn Tun. Lagipun mesti meja aku nnti dekat dgn meja VVIP sbb akukan VIP..hahaha. Kalau pergi nak pakai baju apa sbb sekarang saiz dah jadi XXL..huhuhu

Eh, mcm dah byk je aku membebel. Korang pun dah bosan agaknya. Okaylahh, aku stop kat sini dulu. Nanti ada masa aku cerita lagi.

daaaaaaa...

p/s:gambar berjalan takde sbb malas..

Tuesday, June 4, 2013

Perginya seorang lagenda.

Assalamualaikum....

Hah penangan buat kek terus seminggu lebih aku tak berblog...hahaha. Ada ke yang rindu? Rasanya takde kot sbb ai is nobody..huhu.. Bukanlah aku ni dah malas nak berblog tapi kekangan kerja buat aku terpaksa lupakan blog buat seketika. Sekarang ni waktu lunch and hari ni aku tak keluar so bolehlah dating dengan blog kejap.

Sape tengok tv2 malam tadi? Mesti tengok filem P Ramlee Bujang Lapok kan? Aku sedih sekarang sbb Sudin dah pergi meninggalkan kita semua. Beliau menghembuskan nafasnya die rumahnya di Singapura pukul 10.56 pagi tadi. Baru je malam tadi gelak mengekek tengok lawak pak Sudin, alih2 hari ni dikhabarkan dengan berita pemergiannya. 





Pasti aku takkan lupa dialog2 arwah yang melucukan.

"Wal fadang fasiru ta adodi poko kayu eh, panasu tarikuk... Wal kurma nak buka puasuka bisalullazi... Ku pando kiri kanone, tumpuk-tumpuk taik unta..." hahahaha

Al-Fatihah buat S Shamsudin. He's truly a legend. Satu kehilangan yang tiada galang gantinya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. We'll definitly gonna miss u Pak Sudin.... Rest In Peace.

p/s: Tinggallah Aziz Sattar wakil Bujang Lapok... Aku sedih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...