Wednesday, July 31, 2013

Wordless Wednesday


Teringin nak makan nasi arab... Bulan puasa ni belum sekalipun makan nasi arab ni...Sedapnyerrrr..

Tuesday, July 30, 2013

Berbuka dengan roti jala

Salam semua...

Hari ni dah masuk 21 ramadan. Alhamdulillah tak sampai 10 hari lagi dah nak raya. Aku tak berjaya puasa penuh..huhuhu. Bukan sebab tak larat ke apa ke tp sbb aku kena minum air gula. Nak postpone lepas raya katanya dah lambat..huhu. Alkisah semalam sunyi sepi aku dari blog sbbnya aku mc. Bukan sbb tak sihat pun tp sbb aku kena minum air gula tu lah. Dah tau prosesnya lama malaslah nak amik halfday sbb balik klinik pun dah pukul 12. Semalam je 4 kali kena cucuk. Tak pasal2 semalam jugak kena cucuk kancing gigi tu. Aduyai sakit seh. Bukan sakit masa cucuk jarum tu tp sakit bile ubat tu masuk. Pedih rasanya. Nipun tangan dok sengal lagi..

Balik kampung haritu dapatlah menyettlekan keperluan raya. Untuk Kasyah mmg dah complete dah. Untuk akupun dah hampir complete. Tinggal nak cari brooch je. Husband pun tinggal selipar je belum beli. So dah takde nak fikir nak beli apa lg. Fikir nak balik kampung raya je.

Ini menu berbuka minggu lepas. Kebetulan aku masak kari ikan so godeklah sikit tepung buat roti jala. Tepung pun ada sikit je. Dapatlah 14 keping. Jadilahkan untuk kami bertiga.

Inilah menu hari tu. Kari ikan tongkol, sayur kangkung, sambal belacan, roti jala dan lemang lebihan semalam.

Minggu ni rasa mcm malas nak memasak. Lagipun malas nak kotorkan dapur. Boleh tak? hehe.

Buntulah nak masak apa lg......

Friday, July 26, 2013

Dah makin malas

Salam semua.

Salam nuzul quran buat semua umat Islam. Seronoklah korang yang bercuti tu. Aku kena kerja..huhuhu. Walaupun skrg ni bos semua xde dan aku tgl 2 org je dalam opis ni tp tetap kena dtg keje. Cuma takde keje jelah. Dok melanguk je ni. ngantuk pun ye. Semalam tidur lambat. Penangan pegi shopping brg raya tp barang untuk aku takdepun. mencik.

Dah masuk minggu ketiga puasa ni mood nak memasak dah makin kureng. Ideapun kureng, kerajinan pun kureng. Jadinya hari Selasa haritu, aku cakap kat suami nak buat nasi goreng je. Die okay jek asalkan nasi. So menu hari selasa cuma nasi goreng. Lepas tu tekak ni terasa nak makan lemang. Soh suami gi beli kat bazar Sri Serdang. Kalo kat bazar putrajaya mahal mencekik harga lemang dgn rendang die. Suami akupun beli gak kuih sikit2. Jadilah.

Ini jelah menu berbuka hari tu. Nasi goreng sesuka hati, ikan goreng buat penyedap, lemang dgn rendang dan kuih2. Pon dah sedap dah.

Lemang ni sepotong RM2 saja. Rendang pulak RM4 sebungkus. Okaylah pada aku. Cuma rendang die tu terlebih daun limau purut so kureng sedap sikit.

Gitulah bila mood memasak dah kelaut. Nak makan kat luar masa ni tak gaji lg. Lagipun badan aku dah mula rasa lesu. Dah penat agaknya. Makin hujung nanti lagi lemau..

Korang makin bersemangat ke makin malas nak memasak???

p/s: Alah diorang dah balik pulak. Dah xboleh tido...huhuu

Thursday, July 25, 2013

Iftar di Concorde Hotel

Salam semua.

Masuk hari ke 16 berpuasa. Alhamdulillah masih lagi mampu untuk meneruska puasaku..Meh nak citer pasal berbuka puasa kat hotel concorde isnin lepas. Memanglah aku dah kate tahun ni xde plan nak gi buffet ramadan tp dah rezeki ada org ajak haruslah pergi ye dak. Berapa harga buffet ni aku tak tahu sbb aku tak bayar..hehehe. Kalo tengok dalam internet RM98. Huii mahal weh. Kami sampai kat hotel pukul 6.30 ptg. Pukul 7 baru masuk kat dewan makan. Kawasan makan tu taklah luas mana tapi penuhlah. Artis pun ada..hehe. Alah si zazleen anak adik norzizi zulkifle tu. Die dtg dgn laki die. Aku tak amik kesahpun sbb mmg aku jenis wat dek je kalo jumpe retis. Aku lagi glemer..haha boleh?

Main dish kat situ adalah masakan padang. Selain tu adalah nasi 2-3 jenis pastu lauk2 semua ah. Aku tak ambik pun gambar sbb segan..haha. Dahlah dtg makan free pastu nak tergedik2 amik gambar, memang tak ah. So aku cuma ambik gambar makanan yg aku makan je.

Aku amik ni. Dimsum, samosa, popia, murtabak dgn udang tempura. Murtabak tu Kasyah yg habiskan.

Yang ni my husband amik. fresh seafood. Yg lain2 tu sume dah di stim cume oyster tu je mentah. Seriusly aku tak pernah mkn oyster tau. oyster sos pernahlah. Mula2 tu aku ada geli gak nak makan oyster tu tp sbb teringin nak tau rasa die mcm mana so tabahkan hati try jugak. Yelah oyster bukan murah. Saja2 nak beli mmg taklah kan. Dah alang2 ada free ni marilah cuba. Perah lemon and telan. Ermmm sedap rupanya. Tak kusangka aku boleh suka oyster...hehehe. Lepas ni kalo ada lagi mesti aku makan byk2. Haritu makan satu je sbb aku pregnant so takut food poisoning mkn benda raw ni.

Ni pulak aku amik lemang 2 ketul (keras), serunding daging, tauhu sos tiram, ikan celup tepung, tahu sumbat dgn bihun goreng. Bihun gorengpun aku tak makan sbb Kasyah yg habiskan.

Ini budak beria makan bihun..Alhamdulillah haritu Kasyah sgt behave. Agaknye suasana lain dan org2 yg ada pun die tak kenal. Die mmg fokus makan je. Banyak lak tu makan. Suke aku.

Comot2 anak mama makan. Yang pinggan sebelah tu nasi dgn lauk yg husband amik. Aku cume makan apa yg aku amik tadi je. Sikit gilerkan. Sbb aku tu malas gi buffet. Aku makan tak banyak. Rugi tau.

Dah boring makan, main game tepon pulak. Layannnnn...

Lepas maghrib geng2 lelaki iaitu ofismate husband melantak sup gearbox ni pulak. Aku mmg tak gemor. Geli. Sup dgn daging die bolehlah aku telan tp bukan dalam tulang tu... Tp yg ni aku tak makan pun.

Last sekali time for dessert. Macam2 dessert ada. Dari western sampailah local food. Rojak buah pun ada. bubur kacang pun ada. Aiskrim pun da. Tapi aku ambil yang ni je. Apple crumble die sedap hokeh. Ni yg rasa nak buat apple crumble ni.

Lepas tu aku amik cheesecake ni, kuih lompang dgn kuih bakar. Itu je. Cheesecake diekan mmg terbaik. Lagi sedap dr secret recipe. Serius sedap sesangat.

Overall, since orang belanja aku puas hatilah dgn makanan kat situ. Ada yang sedap ada yang kureng. Tapi kalau base on pengalaman, Cyberview Resort tetap terbaik. Varieties of food die mmg heaven giler. Kat concorde ni aku consider mcm sikit je. Sushi takde, satay xde, hawker's food xde, mee pun cume sejenis je, kambing golek pun xde. Kalau kat cyberview tu, siap ada bhgn stall kat luar. Sushi lagi, indian food lagi, kambing golek sedap, satay bagai, sotong kangkunglah, itulah inilah sampai tak tau nak pilih. Yang ni pulak sampai tak tau nak makan apa lagi..hahaha sbb mcm semuapun dah rasa or tak rasa nak rasa..hehe

p/s: Petang ni mau berbuka di midvalley..sape nak join..hehe

Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday

My Miracle, my precious, my proud, my everything...


It's a ___________ (sila isi tempat kosong)

hehehe will story about it later.. daaaaaa

p/s:Comel mcm muka aku kan? :p

Tuesday, July 23, 2013

Mee bandung untuk berbuka

Salam semua..

Dah masuk hari ke 14 berpuasa. Genap 2 minggu dah so tinggal lg 2 minggu je nak puasa lg. Alahai tak sabar pulak nak raya. Bukannya apa tahun ni beraya di kampung aku so mestilah seronok lebih..hikhikhik. Masa rayalah nak jumpe sedara mara. Orang kata kenal sedara setahun sekali gitu. haha.

Minggu lepas aku ada bagitau family aku nak dtg umah akukan..so hari sabtu tu aku decide nak buat mee bandung saja utuk berbuka. Kebetulan rencah mee bandung pun ada. Jadi pagi tu sempatlah aku, suami dgn abah aku ke pasar borong selangor beli barang basah.

Mee bandung guna perencah D'muara campur dgn rencah sendiri sbb rencah d'muara tu tak cukup pulak. Nak resepi mee bandung boleh klik sini.

Masak juga daging pedas feveret husband ni sbb die memang nak makan nasi sokmo. mee mee ni kureng sikit. Resepi daging pedas boleh klik sini
.

Itu jelah menu hari sabtu. Hari ahad buat tomyam saja. Senang sbb siang tu keluar gi Jusco. Nak masak beria2 takut tak sempat. Tomyam main campak2 je. Sonang keje den.

P/s: Petang ni macam xrajin nak masak. Buat nasi goreng jelah. huhu

Monday, July 22, 2013

13 Ramadhan

Salam ramadhan..

Dah pun masuk 13 hari berpuasa. Tinggal lagi 2 kali je weekend sebelum sambut raya. So pada yang belum buat persiapan raya ada masa 2 minggu lagi nak shopping termasuklah aku ni. Baju Kasyah baru ada 2-3 helai. Kasut diepun xbeli lagi. Sorry ye hari ni xde gambar. Malas pulak nak transfer gambar dlm komputer. Esok2 jelah eh. Hari ni kite sembang2 je. Jap lagi aku nak kena buat keje yang pada aku agak mengarut tapi dah namanya arahan, buat jugalah.

Mesto korang dah taukan pasal kes budak mati dalam kete tu. Siyes first thing aku terfikir adalah apa perasaan mak budak tu. As a mother aku rasa aku boleh jadi gila kalau benda ni berlaku kat aku. Mungkin mak die pun boleh mereng jadinya. Dia akan menyalahkan diri die seumur hidup. Penyesalan yang tak berkesudahan tapi tolonglah orang lain yang tak berada dalam situasi tu jangan senang2 nak tuding jari menyalahkan mak die. Tolong berdoa dan mohon pada Allah minta dijauhkan perkara macam tu jadi kat kita. Ko rasa mak die nak ke terlupa dan tinggalkan die? Korangpun mesti pernah terlupa tutup iron lepas gunakan? Cuma mujur rumah korang tak terbakar sbb litar pintas. So benda terlupa ni bukan sesuatu yg ko boleh jangka. Kun fa ya kun. Kalau Allah kata jadi maka jadilah walau sesusah mana korang cuba untuk ingat.

Sama2 kite berdoa semoga perkara2 ini tidak menimpa kita mahupun sesiapa yang kite kenal. Baik korang marah pada mak bapak yang terang2 bagi anak main mercun or mak bapak yg tak kisah anak ponteng sekolah. Or mak bapak yg sebuk baking anak walaupun terang2 anak tu buat jahat.

p/s: Petang ni buka di hotel..hehehe

Friday, July 19, 2013

Menu berbuka 8 Ramadan

Salam Ramadan..

Alhamdulillah dah masuk 10 ramadan dah hari ni. Aku belum ponteng lagi. Tapi harapan nak puasa penuh hanya tinggal harapan sbb 2 minggu lagi aku kena minum air gula..huhu. Mintak postpone lepas raya katanya dah lambat sgt.. Nak tak nak terpaksa juga korbankan satu hari puasa...

Hari ni nak share menu berbuka 8 ramadan pulak. Menu 2 hari lepas ler ni.

Buat sambal udang, sup ayam dgn sayur kacang+hati ayam. Sup ayam tu dpt semangkuk tu je sbb nak habiskan ayam yang ada 2 ketul lg. Bolehlah buat lauk Kasyah.

Sambal udang feveret. Malam semalam berbuka kami makan lauk ni jugak. Sbb pagi sahur tu kami makan sup ayam saja so ada berbaki lauk udang ni. Buatlah menu berbuka. Aku just goreng sayur je and buat jemput2 bilis. Jadilahkan. Sahur pagi tadi pulak aku goreng je nasi. Makan dgn keropok. Hah konyang terus. Alhamdulillah syukur.

Tahun ni kami memang tak beria sgt berbuka. Nak pergi bazar selalupun malas. Setakat ni baru pergi 2 kali. Tengoklah dah hujung2 nnti kalau dah malas masak.

Hari ni family aku datang dari kampung. Yay seronok dpt buka puasa ramai2. Dah plan nak ajak mak buat kuih ry. Buat ramai2 cepat siap nak bandingkan kalo aku buat sorang. Kalau berjaya adalah aku tempek kat blog ni nanti. Ptg ni takyah masak beria sbb mak kata die bawa rendang ayam dari kampung...yayy lagi..

Okaylah daaaaaaaa...

p/s:Ada bonus ke tak org gomen ni? Aku nak ngecek selipar raya ni..

Thursday, July 18, 2013

Puding Roti Marble

Atas permintaan Wahida  (blogger yg selalu menggiurkan aku dgn jalan2 cari makan die dan juga entry jalan2 die tu), meh aku share resepi puding roti marble. Resepi ni aku ambil dari blog Kak Madiha. Mintak halal ambil resepi dan kongsi kat sini. Bukannye apa bile tgk resepi tu rasa mcm semua bahanpun ada kat rumah lagi2 roti yang nak expired tu. Cepat2 ambil resepi dan buat.



Puding Roti Marble

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
3. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
4. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
5. Dah siap bolehlah dilorek2 untuk dapatkan efek marble kemudian simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat. Bagi aku kalo ikut resepi ni manis die sedang2 elok je. Sedap.

Puding aku tu warna merah bukan sbb aku letak pewarna tau tp sbb serbuk agar2 yg ada kat rumah mmg warna merah. Lantaklahkan. Malas pulak aku nak gi beli lain. Warna je merah tp takde perisa pun..hehehe.

Menu berbuka 7 ramadan

Salam Ramadhan...

Sekarang semua bos sedang meeting.. Mari kite isi masa dengan update blog..hehehe ngelat jap. Semalam busy giler sampai ptg. Hari ni dah kurang busy and bos pon tgh meeting, bolehlah layan blog kesayangan ni. Jom tengok apa menu aku berbuka masa 7 Ramadan.

Masak biasa2 je. Lala pedas, sotong dan kacang goreng kunyit dgn telur dadar.

Sempat jugak aku buat cekodok pisang ni. Pisang dah nak lembik kat rumah tu. Kalau tak dibuat sesuatu mesti ke tong sampah akhirnya. Bulan puasa ni makan time berbuka je. Lepas tu tak makan dah. Harapanlah nak makan pisang bile perut dah kenyang. Bile buat cekodok licin terus..hehe

Ini budak saje nak tunjuk die comot makan puding roti...hehe

Dah 2 hari ni rasa liat betul nak bgn sahur. Yelah dah seminggu puasa so semangat nak bangunpon dah makin lemau. Husband pun kemain payah nak bgn. Awal2 haritu, die yg bgn dulu. Sekarang ni die pulak komplen kata payah nak bukak mata. Badan pun dah makin letih. Yelah dah seminggu menahan lapar di siang hari. Bile hujung2 puasa selalunya badan aku akan jadi lagi letih.. Itu memang aku perasan.

Petang ni nak buat lauk apa ye???

p/s: Sejak semalam perut dah start berkeroncong lagu raya... Dah mula laparlah tu. Awal2 dulu steady je..hehe

Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday

Cempedak Goreng..Dappppnyerrrr...

Terasa nak makan tp malas nak gi beli..hah camno tu??hehe

p/s:ptg ni buat sambal tumis udang. Nak update entry beria i is bz today..daaaaaa

Tuesday, July 16, 2013

Seminggu Ramadan

Salam semua...

Hari ni genap seminggu kite berpuasa. Alhamdulillah aku masih lagi mampu untuk berpuasa malah aku rasa lebih bertenaga bile berpuasa. Berkat ramadan kot. Semalam tak sempat langsung nak update blog sbb semalam aku ada cek up. So as always aku amik half day. Hari ni baru gigih nak nak update blog. Oh ya, hari ahad hari tu ada pulak tragedi berlaku. Tak pasal2 aku jatuh terduduk kat rumah. Dah nak berbuka dah pun. Aku bangun nak ke dapur dan bila pijak je tikar kanak2 (yg evamatik tu) terus terjatuh. Rupanya ada air tumpah kat bawah tikar tu. Licin ler jadinya. huh seram gak aku takut effect pape kat kandungan but Alhamdulillah takde pape cume sakit badan ler lepas tu especially tang punggung. Nak solat pun jadi payah sbb sakit2 badan..huhuhu

Saje nak share antara menu berbuka aku. Takde niat pape ye cuma nak bagi idea pasa sesapa yang nak buat juadah berbuka. Even aku sendiri suka tgk blog org lain yg kongsikan juadah berbuka sbb boleh jugak bagi idea kat aku.

Yang ni menu berbuka hari sabtu. Kebetulan siang tu pergi Midvalley so teruslah beli serba sikit brg basah kat Aeon. Menu simple jek. Siakap tiga rasa, kerang bakar dgn sayur goreng. Jadilahkan..

Siakap tiga rasa main campak2. Hasilnya kurang masin..haha.. Yelah aku dah berbulan kot tak masak. Bila masak semula dah bulan puasa so aku dah lupa camne nak adjust garam. Bukan boleh rasa..huhu.

Ni menu berbuka semalam. Ayam asam pedas, sayur campur goreng tiram dgn tempe goreng. Alhamdulillah bertambah2 suami aku makan. Dah lama tak pekena asam pedas isteri..hehehehe

Asam pedas ni nasib baik menjadi. Cukup masin dan masamnya... Risau gak aku kalau dah hilang 'touch' dlm memasak ni sbb tak boleh rasa.. Nasib baik menjadi.

Sempat gak buat puding roti marble ni semalam sblm ke klinik. Ptg tu dah keras dah. Yang ni pun aku risau sbb takut tak jadi. Festime buat manalah tahu tak manis ke apa ke tapi alhamdulillah menjadi jugak. Lagi2 makan masa sejuk..best.

Ini budak makan ayam goreng upin ipin. Nasi makan 2-3 suap je..Hadui.

Ermmm sedapnye ayam goreng upin ipin.... Itu jela yg die cakap...hehe

Hari ni tak tahu lagi nak masak apa. Nak bw blog orang. Kot2 dapat idea..

daaaaaaa

p/s:Terasa nak makan cekodok pisang...

Friday, July 12, 2013

Ramadhan kedua.

Salam..

Alhamdulillah...Walaupun sisa-sisa sakit perut masih ada, namun aku berjaya juga mengharungi satu hari lagi untuk berpuasa. Terima kasih buat sahabat2 yang prihatin dan mendoakan kesihatan aku. Nampaknya hari ni sakit tu dah berkurangan. Kadang2 je datang sakit perut yang mild je. Alhamdulillah syukur.

Semalam kami berbuka sangat ringkas. Dek kerana masa puasa pertama tu kami ke bazar ramadhan dan langsung tak membangkitkan selera malah kami rasa macam membazir sangat membeli di sana, maka semalam aku decide untuk buat nasi goreng saja. Jadilahkan. Dah tentu2 sedap. Aku belek2 apa barang yang ada dalam peti ais tu. Ternampak telur masin. Kalau masuk dalam nasipun sedap gak ni. So decide untuk buat nasi goreng telur masin saja. Kebetulan ada sedikit ayam yang memang aku dah dadukan untuk buat perencah dan ada pula lebihan fishball. Sayurpun ada sedikit kobis cina tu. Jadilah buat pelengkap nasi goreng aku.

Husband pula tolong goreng keropok dan kuih frozen. Ditambah pula dapat bubur lambuk pemberian ofismate husband. Syukur.. dah cukup best dah tu. Bak kata husband semalam "Buka macam ni pun dah okay dah". Erm betul jugak. Daripada membeli kat bazar yang satu hidangan main dah hampir RM10. Belum lagi rasa tak puas hati sebab tak sedap..

Hari ni, husband ajak berbuka buffet di Presint 8. Anjuran Tengku Adnan. Percuma katanya. Tengoklah macam mana nanti. Kalau jadi pergilah kot. Errr sorry takde gambar sbb rupanya cable telefon aku tertinggal kat rumah.

p/s: Esok nak pergi expo baby.

Thursday, July 11, 2013

Dugaan sebelum puasa

Salam Ramadhan...

Dah pun masuk hari kedua berpuasa. Sebenarnya semalam aku mc.Entry buffet tu aku dah siapkan hari selasa dan buat autopublish. Nak cerita dugaan aku sehari sebelum puasa ni. Tak tahu mana silapnya tiba2 boleh jatuh sakit.

Alkisahnya, lunch hari selasa haritu, aku ada jamuan makan kat ofis. Kami makan pizza sempena besday one of my ofismate. Disamping pizza ada juga buah2an tempatan seperti manggis, rambutan dan longan. Air pulak twister oren dgn pepsi. Lepas makan tu, akupun minumlah air oren yg dicampur dgn air masak sbb aku tak suka minum mcm tu je. Aku rasa manis sgt kalau tak campur air masak. Tak lama lepas tu, aku mula rasa sakit perut. Memulas-mulas mcm orang nak buang air besar tp hakikatnya aku bukan nak membuang pun. Cuma perut memulas saja. Dalam pukul 2 macam tu, aku pegi toilet and aku muntahkan apa yang aku makan tapi tak banyaklah. Dah muntah tu ada lega sikit tp tak lama. Sakit perut tu datang balik. Boleh dikatakan setiap 20 minit rasa perut memulas tu datang. Aduh tak tentu arah rasanya. Nak mintak balik tinggal sejam lebih je pun. So bertahanlah aku.

On the way balik rumah, Sakit perut tu makin menjadi2. Makin kerap. Aduh, aku berdoa biar selamat sampai rumah je. Dah tak tertanggung rasanya sakit perut tu. Nak sapu ubat or minyak angin tak boleh sbb i'm pregnant so xsesuai utk baby. Sampai kat rumah tu aku muntah lagi. Kali ni lebih banyak. Sakit perut toksah cerita ah. Nak menitik air mata. Lepas maghrib, badan dah mula panas. Ah, demam pulak. Memang terbaik. Husband soh baring dalam bilik lepas makan panadol. Tengah baring tu, tibe2 tekak loya nak muntah. Xsempat bangun, kat atas katil jugak aku muntah melambak2. Segala apa yang aku makan lunch tadi habis terkeluar sampai xde apa nak keluar lagi. Siksanya rasa.

Husband ajak pergi klinik sbb nampak aku makin lembik. Lagipun since aku pregnant, aku xboleh makan ubat sebarangan. So pergilah aku ke klinik. Doktor kat klinik tu pun risau nak bagi aku ubat apa because of my pregnancy. Last2 die cuma bagi ubat angin dgn tahan muntah. Itu je. Takde ubat sakit perut langsung. Die cakap aku mungkin keracunan makanan or terlalu banyak asid dalam perut. Nasib baik die bagi aku mc untuk esoknya. So aku bertahan dengan ubat angin dan tahan muntah tu je. Seriusly, sakit perut aku masih ada lagi sampai ke hari ni cuma tak sesakit dan sekerap haritu je.

Alhamdulillah semalam juga aku berjaya berpuasa satu hari. Walaupun aku langsung tak makan petang semalamnya dan makanan lunch pun aku dah muntahkan tapi aku berjaya juga puasa dengan sahur sekeping roti, secawan milo dan sebiji kurma. Syukur. Bukan nak mendera badan nak puasa jugak tp sbb kalau buka pun aku tak selera nak makan. Lagipun sepanjang pagi sampai tghari mmg aku tido je sbb ubat tahan muntah tu sgt mengantuk. Semalam petang masa berbuka pun aku tak makan banyak. Makan rojak singapore sikit, beberapa sudu bubur dan seketul kuih saja. Itupun perut mcm tak boleh terima.. Haish dugaan betul.

Harapannya hari ni aku semakin sihat. Biarpun sakit perut masih ada tapi mintak2 tak lama lagi hilang. Doakan aku kuat berpuasa sampai ke akhirnya. In Sha Allah..

p/s:Petang ni nak buat nasi goreng je. Pergi bazar semalam langsung xmembangkitkan selera.

Wednesday, July 10, 2013

Buffet Ramadhan 2013 - Putrajaya

Salam..

Semalam aku dah share serba sedikit info pasal buffet ramadhan yang ada di area Kuala Lumpur, maka hari ini aku share serba sedikit info buffet di sekitar putrajaya. Ini antara yang dapat aku carilah. Ada juga website hotel yang xde update pasal buffet ni. So mana yang adalah ye... Hope dapat membantu korang...


















Tuesday, July 9, 2013

Buffet Ramadhan 2013 - Kuala Lumpur

Salam semua..

Seperti biasa bila dah masuk bulan Ramadhan ni, pasti ada yang tercari2 tempat nak buka puasa, Bagi sesetengah orang, buffet puasa adalah sesuatu yang mereka tunggu-tunggu. Untuk aku sendiri, tahun ni no buffet ramadhan since keadaan aku yang tak berapa lalu nak makan and tak boleh makan banyak. Tapi kalau ada yang nak belanja, gua no hal je..hehehe. Rasa tak lengkap pulak kalau aku tak share sedikit info tentang buffet ramadhan area kuala lumpur ni. Ini antara yang dapat aku compilekan... Korang boleh click pada gambar or klik pada link yang dah aku sediakan untuk info lanjut. Yang takde link tu, korang boleh call nombor yang tertera pada gambar. Selamat menjamu selera...















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...