Friday, August 30, 2013

Mom & Baby Expo

Salam..

Ini cerita tertangguh dari bulan lepas. Maha lewat lagi basi..haha. Aku pergi expo baby ni minggu first puasa. Gigihkan bulan2 pose dgn haus lapar tu gi menebeng kat sini. Ala xdelah penat sgt kot sbb tempat beraircond. Kalau kat tmpt terbuka haruslah aku buka pose agaknye..hehe. Expo ni kat midvalley so pagi2 dah kejut husband soh bangun. Cakap kat die xnak lmbt sbb diepun nak pergi kelas petang tu. Expo ni bukak kol 10 kul 9.45 aku dah tercongok kat pintu depan. Ingatkan aku yg awal rupanya dah beratur orang.

Peace by Kasyah. Ramaikan orang.. Memang dah penuh depan pintu tu. So kite beratur dulu. Nak masuk kena daftar utk dapatkan goodies bag. Kalau xnak beratur pon xpe tp xdptlah beg tu.

Sempat lagi tu. Yelah kake kot menunggu pintu die bukak. Masa ni aku dah 26 minggu rasanya. Once pintu bukak kamipun serbu. Kenalah beratur utk daftar tu. Kami daftar dua nama sekali so dapatlah 2 beg.

Dah masuk dalam mmg xdan langsung nak amik gambar. Org ramai dan sesak. Aku terus ke booth fiffy utk cari baju baby. top up baju yg ada sbb kalau ikutkan xbyk baju Kasyah yg elok lg. Baju die dulu aku mmg beli stok besar pakai sampai lunyai. So yg tgl baju new born 4 psg. Yg lain2 tu adalah sikit yang elok. So kenalah beli gak baju baru utk baby. Amik itu ini hah abis gak RM200 lebih kat fiffy ni. Lepas tu aku ke pureen lak. Nak beli baju sehelai je tp sbb beratur nak byr kemain pjg, terus letak balik baju tu. Konon nak cari kat tmpt lain tp sampai sekarang aku xjumpe baju tu..huhuhu.

Aku survey gak breastpump. Survey je dulu. Malas nak beli dulu. Pusing sana sini, badan pun dah xlarat, pukul 12 kamipun balik. Teruslah aku hantar husband ke UTM and aku balik dgn Kasyah.

Inilah barang yg ada dlm goodies bag tu. Ada mug, pampers, susu dgn vitamin C utk kanak2. Ada wet tissue gak dan juga majalah parenthood. Berbaloi2 kot.

Dan ini brg2 yg aku beli... Since masa ni dah tau jantina so belipun baju kaler pink dan seangkatan dgnnyer saja..haha aci tak? Tapi xdelah aku beli byk sgtpun. 5 psg je. Romper die byk aku borong masa kat GM haritu.

Buat masa sekarang beg baby nak gi hospital mmg dah ready. Tinggal beg utk aku je. Malas betul nak kemas beg. Berdebar pun ye... Camnelah gamaknye bersalin kali ni...takuttttttt....

p/s:terasa nak makan pulut santan durian. Nak balik kg ke x?

Wednesday, August 28, 2013

Alhamdulillah....tapi...

Salam semua.. Hari ni aku dah kembali bekerja. Nak ucapkan terima kasih banyak2 buat semua yang mendoakan kesihatan abah aku. Alhamdulillah abah aku dah keluar hospital semalam. Keadaan die dah stabil dan tak membimbangkan lagi. Sekarang ni kenalah pantau makanan abah. tak boleh lagi nak buat kerja2 berat macam membaja kebun tu. Aku dah pesan kat mak suruh beli minyak zaitun untuk masak. No more minyak biasa yang kaya kolestrol tu. Dah macam mak nenek dah aku membebel pesan kat mak dan abah macam2.

Tengok tajuk entry ni siap ada tapi kan. So apa tapinya??? Kes abah dah settle timbul pulak kes aku...huhuhu. Semalam aku pergi cek up mcm biasa. Masa cek jantung baby dgn nurse, entah camne jantung die boleh laju pulak. Sampai 170 lebih. Normalnye tak boleh lebih 160. Dah ler nurse tu soh aku jumpe doktor. Bile jumpe doktor, aku kenalah scan sbb mmg nak buat follow up kes baby aku kecik sikit. Bila dah scan memang baby kecik. Aku dah 33 minggu tapi ukuran baby cuma dapat 28 minggu je. Kurang 5 minggu kat situ. Tak pasal2 kena refer klinik O&G kat Hospital Putrajaya. Kena jumpa pakar. Aku dah set appointment so 17hb 9 nanti aku kena gi sana. Haih macam2 pulak pregnant kali ni. Dah la aku mabuk lama, pastu skrg ni ntah kenapa aku xde selera makan. Balik kampung haritu kena lagi sakit perut muntah2 tu. Suffer ler sehari takleh makan.

Hopefully xde pape komplikasi. Aku xnak bersalin awal atau dlm erti kata lain bersalin dipaksa. Aku xnak operate. Aku nak bersalin normal. Hope jugak baby akan berpusing kedudukan ke bawah sbb semalam masa scan die belum turun lagi. Doktor kata kalau minggu 36 tak turun jugak mmg kena ke hospital ler jawabnya... huhuhu..

p/s: Kadang2 rasa nak menangis....huhuhuhu

Monday, August 26, 2013

Kejutan tak terduga.

Sedang aku mencuci pinggan selepas makan tengahari dihujung minggu, handphoneku berbunyi. Ah, mesti mak sbb mak memang rajin call aku nak cakap dgn cucu die tu. Baru aku nak angkat, dah terputus. Sesaat kemudian, ia berdering lagi.Ku dengar suara lemah mak memberi salam.

"Kak, abah masuk hospital. Kena serangan jantung."

Hampir gugur jantung aku mendengar perkhabaran mak. Bertubi soalan kutanya mak. Abah jatuh ke? Macam mana boleh kena?Bila? Dan macam2 lagi. Saat mak bagitau, doktor suruh call waris2 abah, air mata terus gugur xberhenti. Ya Allah dugaan apakah ini? Serius aku belum bersedia andai benar saat abah telah tiba. Macam2 bermain di fikiran aku. Terus aku call suamiku suruh balik sekarang juga. Sementara tunggu die sampai, aku mengemas apa yang patut untuk dibawa balik kg. Air mata memang sentiasa mengalir. Sampai Kasyah tanya kenapa aku sedih.

Perjalanan pulang ke kampung kurasakan lambat. Akhirny setelah 2 jam setengah sampai juga aku ke hospital. Aku terus ke wad icu di mana abah ditempatkan. Melihat saja wajah abah, mengalir lagi air mata ini. Terus ku tanya abah segala persoalan yang bermain dalam fikiranku sepanjang perjalanan tadi. Doktor kata abah kena serangan jantung kritikal. YA Allah, memang abah benar2 kena heart attack and it was critical. Nasib baik abah cepat ke hospital. Patutlah doktorsuruh panggil waris sbb sebenarnya...ah tak mampu untuk aku ucapkan.

Alhamdulillah syukur abah dah stabil. Sakit dada juga dah berkurangan. Lega aku mendengarnya. Tapi abah masih perluberada di icu selama 3 hari. Hopefully semuanya akan okay. Ini pengalaman pertama aku abah sakit serius. Abah tak pernah kena heart attack. Abah cuma ada darah tinggi saja. Itupun abah mmg jaga makan. Sungguh ini memang kejutan tak terduga. Kejutan yang tak mungkin ku lupa. Kejutan yang juga satu peringatan.

Doakan abah aku sembuh ye kawan2. Sesungguhnya aku memerlukan sokongan saat ini.

p/s:harini aku cuti. Xtahu sampai bila.

Friday, August 23, 2013

Menjelang raya

Salam...

Aduh senyap sunyi ko ye 2 hari ni.. Bukan xnak update pape tp aku sedikit busy. Sehari suntuk buat kerja je. Dedikasi betul aku. Hari ni mood rajin tu dah hilang balik. Ingat nak sambung kerjaan semalam tp malas pulak. Agaknye mood pun ikut cuaca. Dah kat luar tu renyai gelap jer maka mood pun mendung jerlah. Balik tido pon best. hehe.

Ni apa kes cerita menjelang raya pulak ni? Haha sukati aku ler nak update tunggang terbalik pun. Haritu nak nak update ikut turutan tp gambar pulak bermasalah nak ditransfer. Udahnye jadiler entry kedepan kebelakang ye. Layannnnnn...

Aku balik kampung hari selasa petang tu. Sampai kat kampung dalam pukul 9 malam. Alhamdulillah sbb hari tu jalan smooth jer. Xjam pun. Kamipun xberhenti buka puasa. Makan dalam kereta je sbb makan pizza so snglah sikit nak makan. Pagi rabu sehari sebelum raya tu, memang gigih aku bangun awal sbb dah plan nak buat kek. Lagipun petang dah sibuk nak memasak pulak.

Kasyah pagi2 dah sibuk mintak durian. Atuk die beli seguni sbb teringatkan die ler. Kasyahkan hantu durian. Setiap pagi selagi durian tu ada memang die sarapan durian je. Nasib baik xdemam. Risau gak takut badan die panas.

Makan durian xpandang orang lain. Saje je ngenceskan mama tengok die balun durian ni. Kan puasa lagi masa tu... :p

Mula-mula aku buat kek coklat ni. Kononnya buat kek coklat ni sempena anniversary aku. Igt nak ler potong2 kek raya pertama tu tp nan hadoooo. Dah siap kek ni, Kasyah merengek nak kek. Terpaksa potong kek ni...huhuhu. Punah harapan..

Sementara tunggu kek coklat moist tu masak, aku buat kek cheese crackers ni. Saje je nak rasa sedap ker tidak. Sedap jugak bagi penggemar cheese tp xleh mkn byk. muak sikit sbb manis dan berlemakkan.

Yang ni yang dah siap. Tinggal nak letak dlm fridge je. Sape dtg raya rumah aku raya pertama sampai ketiga mmg dpt rasa kek ni. Lepas tu yilek...

Yang ni kek batik yang aku buat sebelum balik kampung. Kiranya tahun ni ada 3 jenis kek ler kat rumah aku. Kek batik ni, kek coklat dgn kek cheese crackers tu. Gigihkan aku..hahaha..

Malam raya layan Kasyah main bunga api. Memang syoklah sbb malam tu dah mcm pesta bunga api merdeka dah. Sana sini org bakar mercun bateri tu. Syok tgk. Nasib baik aku xde baby, kalo xmau terkejut semedang. Dah ler sampai ke tgh malam.

Gitulah cerita menjelang raya. Dah tu je kot citer raya aku. Malas dah aku nak citer raya seterusnye sbb madang anak aku ngamuk jer...Penat aku tau.

Okaylah daaaaaa...

p/s:Esok nak shopping brg baby lg... hehe

Tuesday, August 20, 2013

Raya kedua

Salam syawal ke 13...

Ingat malas dah nak cerita pasal raya kedua dan seterusnya sbb takde gambar tp sbb skrg ni ada masa (banyaklah sgt masa koo kan..) citerlah judak. Tapi setakat citer jelah ye. Gambar mmg takde, yilek, nehi, no no no..

Raya kedua, plan nak balik ke kampung mak pulak. Kampung mak bapak aku bukannya jauh mana. Kampung mak aku 1/2 jam je. Kampung bapak aku lebih kurang sejam. Dua2 kat segamat jugak. Anak jati segamat aku ni. Disebabkan raya kedua tu hari jumaat so kami gerak lepas solat jumaat. Disebabkan dah ptg, terpaksalah skip beberapa rumah. Kami sempat pergi 7 rumah je. Ada 3 rumah kami xpergi. Kalau pergi sampai ke malamlah jawabnya. Kami kena balik sblm maghrib sbb malam tu makcik aku sefamily pulak nak dtg.

Kat kampung mak aku ni pun si Kasyah buat perangai wei.. Sudahnya balik tu singgah lagi kedai RM2. Kaya tokey kedai RM2 tu sbb hari2 aku melabur kat situ. Bukan satu tp tetiap hari at least 3 mainan Kasyah amik. Hang kiralah kerugian aku kalo balik kg.

Malam tu family makcik aku dtg. Pakcik aku yg sefelda dgn akupun dtg jugak. Penuh jugaklah umah. Kasyah pulak makin menjadilah perangai die sbb ramai kawan2. Yang tak syok tu abis dipeluknye dua pupu die yang lagi kecik dr die. Meraung ler budak tu. Dah kena tegur terus protes hentak mainan, baling sana sini, tarik rambut aku. Sikit lagi nak kena hanger dgn aku tau. Balik je sedara mara aku tu, terus die tertido. Penat buat perangai ler tu.

Gitulah kisah raya kedua aku. Asik bergelut dgn anak je.

Raya ketiga kalau rajin aku ceritalah ye..

daaaaaaa..

p/s: Nak buat apa untuk potluck ye????

Monday, August 19, 2013

Syawal pertama

Salam Isnin salam minggu baru. Hari ni gigihkan diri untuk update gak citer raya walaupun mood nan hadoo lagi..hehe. Kang sampai raya tahun depan pun tak berupdate lg. Actually citer raya aku sama je mcm orang lain. Pergi berayalah kan. Ke ada org hari raya pergi dangdut?? kehkehkeh.

Pagi raya aku bangun awal. Macam biasalah kena bangun awal kalo x mmg xsempat nak bersiap. Pukul 6 aku dah bangun dah. Jengah kat dapur, mak aku tgh masak lodeh. Aku tanya pasal sate goreng, igt nak gorengkan. Bahan2 mmg aku dah perap petang semalam. Tapi rupanya mak aku dah goreng dah. So lauk2 sume dah settle. Yelah malam raya aku dah masak rendang dgn ayam masak merah. Pagi tu mak tgl buat lodeh dgn goreng sate jelah. Settle bab makanan, nak settle hal hantar mknn ke umah jiran2 pulak. Seawal pukul 7 dah ada jiran yang hntr lauk. So aku tolong salin untuk buat balasan. Pukul 8 warga lelaki sume dah ke masjid. Tinggallah aku, mak aku dgn Kasyah kat umah. Aku siapkan Kasyah lepas tu aku pulak bersiap.

Diorang sume balik dari sembahyang raya, kamipun makan.

Ini antara lauk yang ada. Yang ni rendang daging cili api maveles aku masak. Serius pedas n sedap sgt. Bukan sbb aku masak aku kata sedap tp sbb mmg sedap. Cukup segala rasa. Mmg dok ngulang rendang ni je. Sedara mara aku dtg malam tu pon dok pulun rendang ni sampai habis. Sume kate sedap..hehe. Kombang mak yang dah memang kombang nih..kekekeke.

Lauk2 yang ada. Banyak giler tau lauk. 7 umah yang bagi memang penuh satu meja.

Lepas makan, aku cepat2 ajak family aku bergambar sblm "menantu kesayangan mak" (sayanglah sgtkan) datang. Kami semua malas nak amik gambar dgn die so kami pulun amik gambar dulu. Sape yang tau, taulah kes menantu mak aku tu. Malas nak cerita walaupun pagi tu ada lagi kejadian yg buat aku ni nak memaki die tp sbb aku baik so aku diam je. Bergosip dgn bapak aku jek..haha.

Sementara tunggu mak abah aku bersiap, kami amik gambar dulu... Aih kembangnye aku.. Tapi kalau xkembang xle namanya mengandung 30 minggu ye dak?? hehe

My famili... Yang xde abang sulung aku sekeluarga..hehe.

Kasyah pon mood baik je pagi tu tp ptg raya toksah citer ah. Nak mengamuk aku layan die..huhuhu

Siap peace lagi. Skrg ni kalau amik gambar asik nak peace je... Mentang2 dah pandai buat peace.

Since raya pertama jatuh pada anniversary kami, amik mood gedik tangkap gambar berdua ala2 romantik...Kononnyelah..

Sesi salam salaman di pagi raya. Kasyah pon salam juga tau. Penat aku training die. Lepas salam cakap 'Selamat hari raya' hahaha.

Salam tok mak pulak...

Salam dgn mama pulak. Tak salam tak dapat duit raya. Kasyah lepas dpt duit raya je terus pas kat aku. Die cakap " ni masuk tabung' hehe.

Sayang anak mama.

Salam papa pulak.... Lepas je sesi salam salaman ni, kami tunggu gak kot2 ada yang nak dtg. Dalam pukul 10 tu bila tgk xde sape call ckp nak dtg, terus kami bersiap balik kampung abah.

Raya pertama je 10 buah rumah. Bayangkan sampai sentak perut aku. jangankan makan, nak minum pon dah xboleh masuk. Tu pun rumah makcik aku lagi sorang terpaksa di skip sbb Kasyah dah buat perangai. Bayangkan tgh2 raya die sibuk ajak gi beli lorilah, bajaklah, ketelah..xmemasal kena gi kedai RM2 beli menan. Boleh pulak kedai RM2 bukak di hari raya..haha.. Dah dpt menan diamnye kejap je. Dah ptg dlm kul 5 camtu die buat perangai balik. Dah penat sgtlah tu. Dalam kete on the way balik tu die terus tido sampai ke pagi. Hah hambek ko. Penat sangat.

Malam tu cousins aku family mak long datang. Penuh rumah. Diorang balik je, akupun tumbang. Gitulah citer pulun beraya di hari raya.haha

Penatlah buat citer raya... stop dululah...

daaaaaa

Friday, August 16, 2013

3d/4d Scan

Salam semua.. Kite skip jap ye citer raya. Alkisahnye gambar sme dlm laptop. Aku lupa nak masuk dlm pendrive. Nanti2lah ye. Sekarang nak citer pasal 3d/4d scan yang aku buat seminggu sblm puasa hari tu. Dah lama kan? Saje aku peram citer ni sampailah aku dah nak masuk 8 bulan baru nak citer..hehe

Aku buat 3d scan ni lepas xpuas hati xdpt tau jantina masa scan kat klinik kerajaan tu. So cakap kat suami nak gak buat 3d scan. Surveylah aku internet mana tempat murah nak buat 3d scan. Jumpe satu tempat ni. Ramai yang kat ok. Korang leh klik kat link ni 3d/4d scan. Harga untuk buat scan ni RM120 siap gambar dgn cd. Kalau xnmpk muka baby xkena caj tp die akan buat sampai nampak jugak. Nak buat scan kat sini korang kena booking dulu. Booking online je. Pilih tarikh dan masa yang sesuai. Ada 3 tempat Ampang, Shah Alam dgn Seri Kembangan. Memang bagus sbb rumah aku dkt dgn Seri Kembangan so buat je kat situ.

Masa aku buat ni dah pukul 7 dah. Appointment pukul 6.40 tp ada pulak org yg sblm aku tu lambat maka aku punye pun start lambat. hampeh sungguh. Tapi xpe sbb puas hati dpt tgk muka baby yang tomei2 tu. Masa ni kandungan aku baru 25 minggu. Sedang eloklah nak buat. Kalau dah masuk 30 minggu payah sikit. Takut xnampak muka. Baby asik menguap je kat dlm perut. Comel giler. Aku rasa die lapar sbb aku belum makan lagi. Tu yang asik menguap je. And die asik alih muka die xnak kasi tgk. Malulah tu.heheh.

So apa jantina baby aku kali ni???????? Jom tengok!
















































Tadaaaaaaaaaaaaa..... In Sha Allah aku akan dapat baby girl... Yeahuuuu... Lepas keluar dari klinik tu, terus husband tanya bila nak gi beli skirt???? Hahaha hampeh betul. Perli ler tu.

Minggu depan aku akan masuk 8 bulan. Lagi 8 minggu je weh. Dah mula rasa berdebar dah. Dulu2 berdebar sbb xtau apa yang akan berlaku. Skrg ni berdebar sbb dah tau sakitnye camne.. Haduiiii sakit woiiii. Doakan aku ye kawan2.

Daaaa...

p/s: Dah kena start packing2 beg sepital...hehe

Thursday, August 15, 2013

Mencari momentum..

Salam Syawal buat semua kawan2. Ada ke yg menjengah blog aku ni? Sorryler dah seminggu bercuti yeop...nak dapat balik rentak nak berblogging ni kemain payah.

Sebenarnya aku dah pun start bekerja hari selasa haritu. Maknanya dah 3 hari ler aku keje. Tapi nak update cerita raya kemain bercinta. Dok bukak tutup bukak tutup je blog ni. Kerja kat opis pun haram aku nak buat. Biasaler dah seminggu seronok dgn keluarga alih2 nak ngadap kerje balik mmg kelaut ler jadinya. Hari2 aku pulun main solitaire je kat opis ni. Kdg2 main candy crush. Hari2 main game pon bosan gak. Jadinya gigihkan juga diri ni menaip barang seayat dua untuk korang supaya korang sedar akan kewujudan aku..huhuu.

Cerita raya nanti2 lah yer. Gambar pun xberedit lagi. Lagipun bukannya byk sgtpun gambar raya. Pagi raya je ada gambar. Masa gi menziarah sedara mara mmg xdenya aku nak snap sana sini. Lagipun note aku dikonker dek Kasyah all the time. Xde can nak guna pun. Letak dulu gambar Kasyah di pagi raya.... Merah yer tema tahun ni. Dah mcm raya cina..hahaha.

Okaylah, nanti kite sambung lg. harap2 cepat ler datang mood rajin aku ni. Keje melambak ni. Kang bos mintak sasau pulak aku nak siapkan..huhu..

Daaaaaa..

p/s:Awatlah lambat sgt nak sabtu ni...

Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya


Entry melekat sampai raya. Sila scroll ke bawah untuk entry terbaru...

Salam buat semua.. Aku pasti ramai yang mula bercuti esok sampai raya. Jadinya ramailah yang sendu kat blog nanti. As aku sendiri hanya akan mula bercuti hari rabu.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan2 blogger yang selalu singgah ke sini dan juga buat silent readerku. Maaf andai selama berblog ni ada kata2 or ayat yang mungkin mengguris hati korang secara sengaja ataupun tidak. Pada yang nak balik kampung, berhati2 di jalan raya. Semoga perjalanan kita lancar dan dijauhkan dari musibah.


Harapan aku agar raya kite semua akan menjadi raya yang bermakna. Jangan lupa update citer raya lepas raya... daaaaaa

Sayang semua kawan2 blogger saya...

Thursday, August 8, 2013

Happy Anniversary

Salam semua....

Aku tahu ramai yang busy sekarang ni. Busy beraya.

Hanya nak update sebagai kenangan.

Hari ni merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang kelima.

Alhamdulillah lima tahun yang bahagia.

Semoga perkahwinan ini akan terus kekal buat selamanya..

I love you Mr Hubby.




Oh ya Selamat hari raya juga.... Mood nak pusing beraya sakan balik kampung abah.. daaaaaaa

Tuesday, August 6, 2013

Nasi Arab dan projek terakhir sebelum balik kampung..

Salam ramadan ke 28...

Aku masih di sini.. di bumi Kuala Lumpur mencari rezeki... ah tak payah nak puisi sgtlah.  Dah xde mood nak buat keje. Smlm pun lepas habis baca paper aku bantai main game je. Siyes tak kuasa nak buat keje apapun. Hari ni lagilah. Aku tgh fikir nak buat apa lepas ni. Malam tadi patutnya nak keluar pergi Alamanda cari selipar suami tp tibe2 diserang sakit kepala yang maha hebat. Sampai nak termuntah rasanya. Mujur aku cuma beli roti john untuk berbuka. Taklah kena makan byk sgt. Tak jadilah keluar nampaknya. Aku bantai makan panadol terus berlayar sampai ke sahur. Nasib baik bunga api pun dah beli. Kalau tak mesti terlepas nak beli bunga api malam tadi. Kononnya lepas gi Alamanda nak ke Downtown mines tp nasib baik ptg tu dah nmpk org jual bunga api kat Bazar Uniten. Terus beli. Hangus terbakar duit aku RM40..hahaha

Menu iftar minggu lepas. Kan ada aku letak WW kata dah lama tak makan nasi mandi. So ptg tu aku suruh husband gi beli je. Nak masak xberapa ada mood sbb sepatutnye ptg tu kami mkn kat luar tp xjadi. Tu yang bungkus je. Ini Chicken Mandy.

Yang ni pulak Chicken Hanith. Dua2 ni beli kat Saba Cyberjaya. Rm 16 utk half chicken. Mmg byklah sampaikan 2 hari sahur kami mkn nasi ni je.

Didatangkan sekali dgn sambal tomato dan dhal. mmg sedap terbaik.

Pagi tadi sebagai projek terakhir sebelum balik kampung, sempat aku buat kek batik. Buat 2 adunan. Satu utk umah mak aku, satu utk mak mertua aku. Terpaksa buat lepas sahur sbb plan nak buat mlm tadi tergendala dek kerana sakit kepala tu. Tak dpt nak amik gambar sbb aku bergegas nak pergi keje pulak. Nnti kat kmpg bila dah potong aku amiklah gambar (kalau igt). Esok kat kg aku nak buat kek coklat pulak. Kalau rajin..hehe

Petang ni lepas keje aku akan gerak balik kg. Balik ke Segamat Johor. Ada org Segamat nak dtg raya umah aku? Silakan. Bgtaulah yer. Brg2 dah aku kemas. Bakul susu Kasyahpun aku dah siapkan. Tgl nak masuk serba sikit je lagi ptg ni. Lepas tu bolehlah cow cin cow. Doakan perjalanan aku lancar dan selamat sampai kampung.

Daaaaa...

p/s: Kalau rajin raya2 ni aku updatelah tp kalu tak jumpe lepas raya...hihihi

Monday, August 5, 2013

Jom mengemas

Salam semua...

Dah masuk ramadan ke 27. In sha Allah hari khamis ni kite akan menyambut syawal. Aku masih di sini menjalankan tanggungjawab bekerja. Tapi mood toksah citer ah. Memang ingat kampung je ni. Malam tadipun dah kemas baju masuk beg. Semangat weh. Esok aku bekerja lagi. So malam esok baru balik kampung. Hai tak sabar nak beraya.

Semalam ambil kesempatan di hujung minggu untuk kemas umah sikit2. Yang benonyer rumah aku ni jarang nampak kemas. Selalunya weekend jelah kemas sikit tp tu pun kejap jer. Datang si Kasyah abis die punggah bakul mainan die lambakkan kat hall. Haih geram jer. So umah aku dgn tongkang pecah dah tak jauh beza dah. Tapi nak raya ni takkan nak biar umah bersepah ye dak.. Dah memang jadi peel aku sblm balik kg mesti kemas umah. Serabut otak kalau balik dari kampung umah bersepah lg.

Hasil selepas di kemas. Tema masih merah itam lg. Ni nak tayang langsir baru sebenarnya. Mula2 plan nak tukar warna tp bile beli langsir, xbyk yg berkenan di hati. Last2 warna merah gak yang berkenan. Tahun ni gigih sikit siap jahit scallop langsir. Beli kain kosong je. Lepas tu aku buat bunga. Jadilahkan. Asal ada langsir.

Barang 2 dalam umah tu masih sama lagi. Takde yang bertukar pun. Karpet pun tulah tetiap tahun sbb karpet ni mmg guna setahun sekali je. Igt balik kampung ni nak cari alas meja. Cari yang plastik sudah. Senang nak maintainance..hehe. Nampak kemaskan? Silalah percaya aku kena kutip dulu mainan Kasyah baru leh amik gambar tau. Kalau tak merata mainan die tu.

Sebut pasal Kasyah, hari sabtu hari tu, papa die gi gunting rambut die dlm tido. Kasyah ni mmg spesis tak nak gunting rambut. Memang meraung kalo kena gunting. Selalunya 4-5 bulan sekali kami gi botakkan je sbb tu yg senang nak buat bile die menangis meronta. Tapi masa papa die gunting tu, baru dapat sbelah kiri last2 Kasyah mcm tersedar. Terus die tak kasi. Sudahnya kokak rambut die. Halahai sakit pulak mata aku tgk. Kami bukan potong byk pun cuma nak trim je tepi2 dgn belakang tu. Semalam sblm mandikan die aku pujuk2 nak potong rambut. Mula2 die tak nak gak tp sbb aku ckp nnti die tak ensem sbb rambut senget sebelah last2 die bg aku gunting. Dapatlah repair kokak yg papa die buat tu. Tapi kenalah puji die ensem sentiasa..haha

Okaylah. In Sha Allah esok aku update lg ye. daaaaa...

p/s: Malam ni nak buat kek batik bawa balik kg.

Friday, August 2, 2013

Biskut Bangkit Cheese, Red Pearl dan Suji Brunei

Salam semua.

Semalam dah janji nak bagi resepi kuih raya, maka tak nak bertangguh sbb dah nak dekat raya dah pun, meh sini aku share resepi kuih raya yang maha sedap ni. Kat tekak aku sedaplah. Kat tekak korang aku tak tahu.


Bangkit Cheese
Sumber: Kaknor secubit garam

BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.
MAsukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
Masukkan bahan2 kering.

2. Canai & terap.
Tabur parutan keju atas setiap biskut.
Bakar 160C 15 min.




BISKUT RED PEARL
Sumber:Izah Muffin lover

Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip
20gm ceri kering (merah,hijau)
25g badam/gajus/hazelnut(bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex (aku tak letak)
Disebabkan tak cukup cornflakes masa ni, aku tambah dgn nestum. Sedap jugak jadinya..hehe

Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur

Cara:
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. jemput dan buatkan spt bebola.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
4.Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
5.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 30 minit.



Biskut Suji Brunei
Sumber : Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)


CARA MEMBUATNYA :-)
1.Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
2.Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram dan mungkin tidak habis).
3.Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
4.Biarkan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi. Boleh letak dlm papercup or biar gitu je..

Inilah biskut baru yang aku buat. Setiap tahun mak mertua aku akan bagi kuih raya. Tahun ni tak tahulah dpt ke tak. Aku risau sebenarnya kalau die bagi kuih raya sbb banyak sgt. Jenuh aku nak habiskan..huhu. Tapi kalau orang dah bagi, aku amik je...

p/s: Buka puasa semalam mmg puas hati...

Thursday, August 1, 2013

Koleksi biskut raya 2013.

Salam semua...

Dah masuk ramadan ke 23. Dah tinggal 7 hari je lagi nak berpuasa. Alahai dalam pada sedih nak tinggalkan bulan ramadan ni hati teruja nak bercuti raya. Time raya jelah dapat cuti panjang sikit. Tahun ni aku amik cuti 2 hari saja. Rabu sebelum raya dan hari Isnin. Itupun hari Isnin kena balik pagi sbb ptg tu ada cek up kat klinik. mencik tau.

Since dah masuk ujung ramadan ni mesti dah ramai yang start enjin membuat kuih raya. Akupun tak ketinggalan tapi sebenarnya aku dah buat masa minggu kedua lagi. Masa mak dgn abah aku datang haritu. Dapatlah buat 3 jenis. Minggu lepas aku balik kampung, dapat lagi buat 2 jenis. Jadilah 5 jenis. Itupun dah sakit pinggang dah. Jom tengok apa koleksi biskut raya aku kali ni.

Inilah biskut bangkit cheese. Buat sbb teringin nak rasa. Orang kata sedap so akupun gigihlah buat 2 adunan. Kenalah buat banyak sbb aku buat untuk umah mak aku sekali. Bila buat tu, bau cheese semerbak memenuhi rumah. Aduh tergugat iman den. Buka je kuih ni aku sambar dulu. Pergh memang sedap. Cair di mulut tau dgn rangup cheese garing kat atas tu.. memang maveles.

Yang ni pulak biskut red pearl. Yang ni pun sedap. Ada rasa cornflakes, kacang, ceri dgn coklat chip. Saya suka! saya sukaaa!

Ini pulak biskut suji brunei. Teringin gak nak rasa. Lepas tu buat tu mmg terus ngap sbb masa buat ni malam hari. Sedap hokeh. 3 biskut kat atas ni mmg festime aku buat and mmg xmengecewakan. Tiap2 thn akan buat kot.

Yang ni pulak biskut cornflakes feveret aku setiap tahun. Rangup dan sedap. Yang ni resepi korang boleh search je kat label resepi tu. Biskut ni mmg xpernah tinggal sbb sedap.

Kata ada 5 tapi mana lagi 1? hehe biskut 1 lagi tu biskut cornflakes madu. Tu pun biskut setiap tahun buat. resepi pun ada jugak dlm blog. Gambar aku tak sempat ambil sbb biskut tu kat kampung.

Bagi2 biskut2 yang kat atas ni, nanti aku share resepinyer ye. tungguuuuuuu..

p/s: Petang ni buka buffet lagi. Alhamdulillah rezeki..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...