Thursday, January 16, 2014

Durian Udang Merah

Salam..

Hari ahad haritu, lepas balik shopping barang2 untuk kenduri Suci, aku tetiba rasa macam nak durian sesangat. Kebetulan skrg mmg musim duriankan so adalah orang kampung menjual durian kat tepi2 jalan nak balik rumah. Terus suruh husband berhenti nak beli durian. Sampai kat tempat orang menjual tu, terus dibaginya rasa durian udang merah. Durian 'selamat datang' katanya. Bila kami rasa tu, alahai sedapnya. Lemak, manis, pahit sume ada. Pahit die pun lite2 je. Memang sedap ah. Bila tanya pakcik penjual tu kata itu durian udang merah. Aish terus tanya harga. RM10 sekilo jadi kami ambillah sebiji yang agak besar dgn berat 2kg. Selain durian tu beli gak durian kampung 2 biji dan seguni durian longgok yang rosak sikit tp still boleh makan isinya. Semua sekali RM50. Hambik ko memang puas makan. Yang durian longgok tu pun kemain elok isinya. Yang rosak cuma sepangsa je tp pangsa yg lain sume sedap2. Aku makan durian sampai sakit tekak nak demam. Balik sini terus kena flu koooo...hahaha

Ni durian kampung yang dibeli.. Sebelah tu seguni lagi durian... Memang kategori melantak.

Inilah durian udang merah tu. Sebiji RM20. Sekali sekala nak try udang mahal sikit..hehe. Tapi kalau kat KL xdpt harga ni.

Isi durian udang merah. Kuning2 dan tebal. Makan seulas dah kenyang. Memang puas sangat makan.

Sekarang ni aku nak petua hilangkan perit tekak dgn selesema ni. Dah ler sabtu ni kenduri. Badan kena fit sbb banyak keje nak buat ni wehhh...

Daaaa..

15 Magic Words:

lieyalatif said...

perghhh muai tu....rm50 dpt byk gak tu....kalo lieya tu dah siap2 dah buat stok durian frozen...kang di luar2 waktu durian boleh buat kuah serawa.....hangin jiran sebelah umah bau durian semerbak kakaakkaka....

Kesuma Angsana said...

hehehe mmg best, cuma KA x mkn doyan h!

BUNDA a.k.a KN said...

salam ukhuwah dari bunda...

- said...

huuu...dah lama x makan durian ni...

izzah said...

Mmg musim durian tgh byk skrg ni...leh mkn brguni2 la org kata...kalau ngidam durian skrg ni leh dpt segera la...

aTieYusof Family said...

Sedappnya Durian.. lama tak makan ni..

Love Razila said...

Haaaaaa tulah, makan x ingat kawan2 HEHEHHE. Amboi Anne beli siap pakai guni, hebatlah korang ni. Kami kalau beli pon 5biji palaing banyak kot kat rumah ni, tapi makan seulas dua dah stop///yang lain makan kendian or sedekah pada jiran. Panas badan kalau makan banyak2. HEHEHEHE

husna zahidi said...

sedapnya durian!!

minum air cap badak kak.. semoga cepat sihat..

LYAfrina said...

sekarang musim durian ye?? sbb kat sini x nmpk byk y jual durian..

aTieYusof Family said...

Singgah Isnin...:)

mrs adam said...

1st time dgr nama durian ni

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

telan ailio nengok durian udang merah...tak penah makan lg dorian jenis ni...penah makan musang king tu memang sedap amat...lepas ni boleh nak try jenis udang merah lak...

JunAina said...

Cantik duriannya tu. Akak suka makan durian dengan pulut dan santan..marbeles.

ct shah said...

singgah sini..

tak penah lak dengar durian udang merah.selalu jual kat sini D24 & musangking jer.:-)

Cho Zila said...

bestnyer dapat makan durian... semalam duk cari takder pulak .. orang sibuk meniaga limau lokan .. nak CNYler katakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...