Wednesday, January 8, 2014

Lirik lagu omputih..

Salam..

Hari ni entry santai2 je. Entry terfikir masa drive gi keje tadi. Aku terdengar lagu roar (Khaty Perry). Ayat pertama lagu tu I used to bite my tounge and hold my breath. Tetibe aku tersengih sbb aku rasa lirik tu kalo tukar bhs melayu mesti jadi kelakar. Aku tergigit lidah dan aku tahan nafas. Haha tak puitisnyer. Banyak jer lagu omputih yg lirik die mengarut dan tak puitis. Yang kalo kite dengar versi omputih tu sendiri mmg kena je tp cuba kalo tukar maksudnya ke BM mmg ntah apaapa. Macam lagu rihanna Umbrella tu, tak ke bodoh je nyanyi lagu "payung, payung, payung". Pastu lagu Bruno Mars yang lazy song tu. Lirik die bermaksud aku malas nak buat pape, rasa nak baring atas katil je dan malas nak angkat tepon. Apakah? Tapi kalo nyanyi dlm english kemain international bunyinya padahal.. hahaha

Macam lagu melayu jugak, aku kurang berkenan lagu2 versi sekarang ni. Lirik tak puitis langsung. Tak indah didengar. Lagu dah sedap, dah catchy dah tp lirik mmg spoil. Mcm lagu Najwa latiff yang cinta muka buku tu, mmg aku kurang berkenan. Lagu Tasha Mansahar tu pun lirik xindah. Lagu2 lirik direct selling ni mmg xmenepati citarasa aku. Sbb tu aku lagi suka lagu lama. Even lagu rock kapak pun lirik puitis. Macam lagu Karam kumpulan Zabarjad.

"Karam aku di lautan duka, bila wajahmu hilang di mata, tiada berita pengubat rindu, di kala sendu..."

Kan sedap tu. Ini tak asik aku suka kamu, kamu suka aku, aku merajuk kau pujuk. Apahal? Haha. Lagu Waris pun aku nyampah. Macam Rembau most wanted tu. Asiklah lirik diulang2 byk kali. Asik tanya Where you at? where you at? Akupun boleh buat lagu kalo gitu. Mak kat mana? Abah kat mana? Along kat mana? Bos kat mana? Tanya je sesapa kat mana...hahaha. Pastu lagu yang dengan Era FM tu. Asiklah ngulang "kito monang yo" sampai habis lagu.. Aku yang dengar ni macam ????? Akupun boleh nyanyi "aku lapar yo aku lapar yo aku lapar yooo" hadui. Satu lagi lagu Waris yang aku xgemar jugak lagu bertingkek-tingkek... Asiklah ngulang "duit den bertingkek-tingkek". Stress aku dengar tau.

Cuba tengok lirik lagu 'angin syurga' dari Misha Omar.

'Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku'

Kan indah tu. Nak dengar pun syahdu je... Tu pasal kalau gi karaoke kebanyakan lagu aku nyanyi lagu lama...Baru layan. Kalau lagu baru ni, lagu Nomad ke, Chakra Khan ke, Asfan ke, dan beberapa lagi je yang aku layan. Tp kebanyakannya mmg tak ah! Baik gua layan dangdut 'ah,ah' lagi bagus..hehe.

Well ini hanya pendapat peribadi aku je. Kalau korang suka itu hak koranglah. Telinga lain2 maaaa.. Telinga aku tak sama dengan telinga kau. Warna taik telinga kita pun berbeza..hahaha.

Okaylah, aku nak sambung keje.

4 Magic Words:

mrs adam said...

dah lama tak layann lagu2 ni,slalu tertahu lagu baru pon lagu yg anak2 nyanyi sebab terpengaruh makcik dorang (adik saya),yg lain saya tahu lagu lama2 je.haha

lieyalatif said...

lieya ni plak org kate peghaaaaakkk bab2 lagu ni mmg lambat bebenooo..same mcm drama tv...org dok ckp2 best2 baru laa terhegeh2 nak tgk kikiki

sueada said...

bila akak tulis camnie, baru perasan lirik dia camtue. kelakar pn ada.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Waa memang menghayati betul lirik lagu yek...saya ni main dengo jek hehe.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...