Tuesday, February 18, 2014

Kenduri doa selamat dan cukur jambul Suci

Salam...

Haduii payah betul ye nak jumpa balik mood hilang. Ni pun aku jumpe mood tersorok kat bawah ketiak laki aku..motip??? hahaha xde maknanya. Ni aku menggigihkan diri resize gambar pastu menaip pulak sbbnya aku skrg xberapa boleh nak buat kerja dek kerana pc aku tgh kosong. Actually aku baru dapat pc opis baru semalam. Tapi pc ni agak kosong. Adobe pun xde. file pdf sume xleh bukak. Acaner? Buatlah keje lain dulu. Tu yang nak update citer basi ni..

As you all know kenduri cukur jambul Suci dah pun dibuat 18 jan lepas. Dah sebulan kooo. Kepala botak diepun dah tumbuh rambut dah..haha. Plan nak buat kenduri nipun dlm 2-3 minggu je. Rasa mcm tarikh tu okay terus proceed. Yelah skrg kan Johor cuti Jumaat sabtu so nak buat kenduri kenalah ari sabtu. Kebetulan mggu tu ada cuti thaipusam so dptlah aku cuti jumaat utk buat persiapan. Buat majlis simple2 jer. Xdenyer nak berpelamin bagai. Nak berendoi2 letak buai tu mmg tak ah aku nak buat. Membazir sume tu. Tapi kalau duit dah terlebih xpelahkan.

Persiapan ala kadar je. Makanan sume org2 kampung yang masak. Rewang ler katakan. Akupun masak jugak. Aku masak sayur campur chinese style. Kemain makcik2 tu kata, nak merasa aku masak. Tak memasal berpeluh aku dgn suami masak sayur..haha. Entry ni kemain byk gambar. Layan jerlah.

Suci papa jaga. Masa ni pakai baju biasa dulu. Dah nak mula majlis baru pakai baju princess. Aku tgh menyinsing lengan kat dapur.

Ini pulak goodies bag Suci. Buat sticker tu dan print lps tu tmpl. Senang ko print atas kertas print n stick tu jer. Isi dalamnyer ada air kotak, biskut coklat cip, biskut butang, choki2, lolipop dan epal.

Hoiii kemain bersepah rumah. Dah namanyer kenduri takkan rumah bersih berseri pulak. hehe

Abang aku jadi tukang goreng ayam. Buat ayam ala KFC jer.

Buffet table. Lauk hari tu ikan patin salai masak lemak cili api, sambal sotong kering, gulai lemak nangka, sayur campur dan ayam goreng. Air laici dengan kuih muih dan juga candy buffet.. Candy buffetlah sangat... haha.

Dah lepas zohor mari salinkan baju dak kecik ni. Pakai baju ala2 princess. Mama ko mmg bercita2 nak pakaikan anak baju gaun kembang gini tau. Tercapai hajat mak..hehe

Orang dah mula datang...

Kasyah sibuk main kat luar. Sepupu die ramai melayan.

Masa untuk cukur jambul pun tiba...Bagus tau Suci. Diam jer ala2 pasrah gitu.

Kokak terus rambut die..haha

Dah selesai majlis... Sementara nak tunggu orang makan, kite bergedik2 santai dulu... Mood Suci mmg tiptop hari tu. Xmeragam pun. Cuma hek hek nak susu je. Good girl.

Kasyah mengada2 masa ni. Ajak ambik gambar tp die buat pesen gedik2 lentuk. Xnak tgk kamera.

Kan..kemain mengada lagi dia. Sampai Suci pun pandang slack je. Apa kes abang aku ni??? hehe

Ni je yang semenggah sikit. Suci pun nampak macam senyum. Tapi aku ni hoiii kenapa kembang semangkuk sgt??? mencik tau.

Masa untuk makan. Jommmmmmmm....

Sementara mama makan, Suci duduk dgn nenek ye.

Gitulah majlis serba ringkas untuk Suci. Masa Kasyah dulu buat kat rumah mak mertua aku so kali ni buat kat rumah mak aku pulak lah. Penatnyer lahai seminggu pun xhilang. Esoknya kami terus botakkan Suci. Sayang wooo rambut lebat die tu tp xperlah nnti tumbuh jugak.

Daaaaaaa...

p/s: Bertabah nak habiskan entry tertangguh jalan2 Melaka.. Haduiii.

3 Magic Words:

Love Razila said...

Alahai...baju princess dia. Sweet pink gitu. HEHEHHE...alhamdulillah, dah selesaikan, senang hati =)

Good girl Suci, senang hati mama.

lieyalatif said...

olooo comel suci...alhamdulillah, selesai dah majlis die kan....lega rase.....

suke tgk goodies bag tu...cute2 hah...kalo majlis tuk anak pompuan mmg tak lari kaler tema nye pink2 kan...

LYAfrina said...

comeynya baby..dh mcm princess pakai gown pink tu..
goodies bag pon sweet sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...