Monday, February 24, 2014

Tragedi lemas di Segamat

Rasanya ramai yang dah tahu tragedi lemas 8 sekawan di Segamat Jumaat lepas. Sedih menyelubungi warga Segamat sepanjang hujung minggu. Well, sebagai orang Segamat aku turut terkesan dengan tragedi ini.

Tragedi berlaku di Sungai Muar dekat pekan Buloh Kasap. Actually Buloh kasap tu pekan dekat kampung aku. Aku kalau balik kampung umah makcik2 dan atok aku akan lalu Buloh kasap. Lepas tu kan sungai tu mmg tmpt pakcik aku mencari rezeki sebagai nelayan sungai. Stok udang galah ke ikan sungai ke mmg selalunya pakcik aku bagi. And bapak mertua aku pun setiap hari memancing kat sungai tu.

Semua mangsa pulak adalah dari Taman Mewah Buloh Kasap. Taman Mewah tu sebenarnya taman umah makpak mertua aku. Setiap kali balik segamat mestilah balik umah mertua kat taman mewah. Malah bebudak tu semua husband kenal. Salah sorang tu adik kepada kawan husband sendiri and salah sorang mangsa juga adik kawan sekolah aku. Takziah Norizan. Moga adik ko tenang di sana. Salah sorang mangsa lagi merupakan cucu kepada jiran mak aku. Rumah die sebaris dgn umah mak aku kat Felda Pemanis tu. Patutlah malam hari Jumaat masa aku sampai dari KL aku lalu depan umah die, ramai orang. Masa tu aku dah tahu pasal tragedi tu tp xtahu pulak cucu die salah sorang mangsa.

Dan kesemua mangsa bersekolah di SMK Buloh Kasap. Sekolah aku tuuu. Aku sekolah kat sana masa aku form 6. Aku baca dalam paper dan juga fb group Segamat, sekolah buat tahlil dan yasin, sebak pulak rasanya. Sedih.

Semoga roh arwah tenang di sana. Doakan mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.

Sesapa yang tak tahu cerita boleh klik sini

4 Magic Words:

- said...

hmmm baru tau pagi ni lepas baca dalam blog kengkawan yg lain...

takziah buat keluarga mangsa...

al fatihah buat mangsa2 mati lemas...

lieyalatif said...

sian kan... sekali sampai 8 org tu lemas....mcm2 versi dengar pasal tempat tu...ade yg kate lombong tu keras laa ade puaka la.... scary jugak bace...

moga2 keluarga mangsa tabah dgn dugaan ni...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Sedih sangat baca kisah ni kat paper..ramai tu ysng lemas..tamziah untuk family mangsa

Love Razila said...

Takziah juga buat family yang terlibat. Ini pengajaran yang penting buat anak2 kite. Truly cakap...time berita ni anak2 bujang dedua terkebil2 tgk news ni...I pon terus cakap... tu asal cakap nak g joging tetiba lepas jogging singgah tempat lain pastu lemas, mummy mana tahu klau korang lemas yang mummy tahu korang pi sekian2 tempat. Siap pesan..nak gi mana2 balik dulu bagitau so bio family tau kat mana nak cari korang kalau korang x balik2.
Memasing senyap je. HUHUHU
sedih wow tengok news ni. Al-Fatihah =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...