Thursday, March 6, 2014

Jalan2 Melaka - Bayou Lagoon Resort

Salam..

Meh sambung lagi. Kali ni cerita kat hotel pulak. Tujuan utama kami ke Melaka selain nak minum coconut shake ialah nak hiburkan Kasyah. So memang kami cari hotel yang ada kolam. Husband godek2 dalam Agoda dan suddenly ternampak deal pasal Bayou Lagoon Resort ni. Apa yang buat kami tertarik sebab die ada waterpark siap slide bagai tu. Setakat pool biasa tu pun ada jugak tapi kelebihannya sbb ada pool besar untuk budak2. Excitedlah laki ai tu. So terus die suruh booking situ je. Harga kami dapat ialah RM178 untuk Studio apartment. Campur tax segala lebih kurang RM200. Lupalah jumlah sebenar. Nak kena cek statement kad kredit. hehe. Alah lebih kuranglah RM200 lebih sikit. Deal ni termasuk breakfast untuk 2 org dan juga tiket waterpark utk 2 org. Kami sampai pukul 2.15 dan dapat terus cek in. Masa nak cek in kena bayar RM2 sebagai cukai heritage.

Dah dapat kunci moh ler masuk bilik. Gini ler rupa studio apartment tu. Ada katil single 2, living room, kitchen dgn dining table for 2 dan bathroom. Memang luaslah untuk kami yg cuma berempat ni. Siap ada balkoni lagi.

Ini rupa dry kitchen. Alah ada sinki, fridge dgn kettle. Puas hati sbb semua nampak baru. Yelah hotel ni memang baru lagi. So brg pun nampak baru ler.

Sebelum masuk bilik, memang kami akan nampak waterpark ni. So Kasyah dah menggelupor nak mandi kolam. Kami ajak die rehat2 dulu tp die mana reti rehat. Tapi still try lengahkan die bagi makan kuih (kuih yg aku tapau dari coconut shake tu..huhu). Dalam pukul 3 lebih baru kami turun ke waterpark. Masa cek in tadi die akan bagi gelang untuk pakai macam kat waterpark lain. Gelang tu xyah bukak sbb esok pagi sblm cek out masih boleh main lagi kat situ.

Dah sampai dah. Sebelum masuk air, posing dulu. Kat sini xyah ler bawa tuala sbb die ada sediakn towel. Gi je daftar kat pondok depan kolam tu. Sebelum balik bilik letak je towel tu kat dlm tempat yang disediakn. Nampak tak slide blkg tu? Hah itu antara slide yang ada.

Selain slide, ada jugak buai dan pistol air. Bolehlah nak buat budak2 seronok.

Sebelah lagi ada slide yang berpusing tu. Kolam yang sebelah ni agak dalam tapi air dia suam. Kolam yang besar tu cetek di tepi dan makin dalam ke tengah tp airnye sejuk. Kan aku cakap masa kami pergi ni masih musim sejuk, so mmg gigillah dok dlm air tu.

Aku dgn Suci dok tepi jer. Huhu. Takpelah kite layan selfie je..hehe





Seronok sungguh Kasyah kat sini. Sampai pukul 5.30 baru kami naik bilik. Tu pun kalau ikutkan Kasyah tak nak naik lagi. Tahan betul die dgn air sejuk tu. Aku yang masuh sekejap jer pun dah terasa sejuk.

Esoknya kami breakfast kat hotel jugak sbb dah include dalam pakej. Soryler xamik gambar pun masa breakfast tu sbb aku sibuk dgn Suci. Yang Kasyah pulak dah menggelupor nak mandi kolam lagi. Mana taknye, restoran sebelah je dgn waterpark. huhu. Breakfast die biasa2 je tapi bolehlah nak hilang lapar. Ada nasi lemak, mee, mee rebus, cereal, puding roti, roti, dgn beberapa lagi. Bolehlahkan. Lepas breakfast mmg terus ke kolam. Layan Kasyah sampai pukul 10 lebih, kamipun naik bilik dan siap2 nak cek out. Yelah nak gak jalan2 bandar Melaka pulak.

So sesapa yang nak duduk hotel dan mandi manda aku sgt rekomen dok sini. Bilik pun besar. Harga pun affordable. Nak murah mmg elok beli through Agoda. Hotel ni terletak di Bukit Katil. Jauh sikit dari bandar Melaka tp okaylahkan. Keretakan ada. Lagipun Melaka bukan besar sgt. 15 minit dah boleh sampai bandar. Nak tengok lebih lanjut boleh klik sini.

Lepas cek out kita ke mana? Tungguuuuu...

11 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah best gak hotel ni..

aTieYusof Family said...

wow! seronoknya...mandi manda lah Kasyah ye?? Suci dok buat apa bila abg mandi2? hehe....
cantik je hotel tu...

lieyalatif said...

kat sini mmg femes skrang..ramai lieya tgk dok pergi sini..lieya kalo balik melaka mmg selalu nampak penuh jek tempat nie...nanti boleh laa lieya try ke sane plak...budak2 mesti sonok...

FiZ said...

slide tu yang buat nampak best kan.lama tak berendam dalam pool ni.bila la nk sampai melaka tu...huhu

aTieYusof Family said...

Salam Jumaat..
Melawat Kasyah & Suci comel..:)

mrs adam said...

penah gak dgr bayou lagoon ni..oo tak de mhl sgt eh,ingatkan mhl.hihi

Love Razila said...

Wow...menarik ni pool dia. hemm bolehlah kene2 kat boss suh bawa lepak sana. HEHEHE. syioknyer dah berjalan3 gitu...holiday...i jeles.

ct shah said...

ni yg tak sabar nak cuti2 kat melaka ni.mcm best jer!

Zee Suhaini said...

boleh try jugak ke sini anne..
okayla tu..bebudak memang nak main air jer kejenya..
ada baby kecik memang payah nak menjoin sekali..hahaha

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

saya minggu lepas duduk hotel ni jugek 1st time kesini outstation kesini memula masuk pintunyer rosak..kettle pun rosak geram servisnyer cam lembab sikit...last2 kiteorang tuko bilik..biliknyer memang cantik saya tak sempat mandimanda nengok dr jauh jer...tapi yang paling tak bestkan breakfast kena pilih nak makanan asia ker western ker bubur haih geram lak rasa...

Azuha idris said...

salam , i drop in your blog while searching info about this place....so tq your sharing .....www.azuhaidris.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...