Tuesday, March 4, 2014

Jalan2 Melaka - Coconut shake Klebang

Salam...

Hadoiii, dah masuk bulan Mac barulah berjaya aku nak cerita pasal cuti2 Melaka aku yang bulan Januari haritu. Kehidupan tak berapa stabil 2-3 menjak ni. Tak stabil dari pelbagai segi pulak tu. Tak pelah hidup mesti diteruskan. Bukan ada orang amik kesahpon. Kite chill2 jer walaupun dlm hati hanya tuhan yang tahu.

Ok dah tukar mood citer. Macam yang aku kata, gi melaka ni bulan Januari haritu. Sajelah plan gi jalan2 hiburkan anak. Nak gi jauh2, masa dan wang tak mengizinkan. Lagipun plan ni mengejut. Tibe2 je jom pergi jalan tu yang pilih Melaka tu. Lagipun aku teringin bebeno nak merasa coconut shake Klebang. Riki2 husband ajak booking kat Bayou Lagoon. So lepas fikir2 on jelah. Perihal hotel tu entry lain yer.. (berangan nak buat part by part..huhu). Since Suci kat kampung so kami balik kampung dululah. Sabtu pagi tu dalam pukul 9 kamipun gerak ke Melaka. Destinasi pertama terus tuju ke coconut shake Klebang. Awal lagi mesti orang tak ramai. Kami sampai dalam pukul 11 lebih gitu. Memang betul tekaan orang tak ramai lagi. Sampai2 terus order 2 coconut shake. Amik nasi lemak, mee goreng untuk Kasyah dan kuih muih.

Excited bila coconut shake sampai kat meja. Stail kedai tu, order kat kaunter nak berapa coconut shake pastu bayar. Nnti diorang dtg kat meja dan tgk resit die bagilah coconut shake tu. Makanan pun amik dan bayar.

Coconut shake yang yummy2. Rasanya die sedaplah tapi takdelah kebabom sgt. Sedap. Aku suka. Lagipun tgh panas so mmg syok ah minum ais gitu. Pastu aku ada amik kuih keria gula melaka. Sedap hokeh. Terus bungkus Rm2. Tapi aku nak bungkus lebih. Husband cakap nak buat apa byk2 nnti xhabis. Alih2 ptg tu Kasyah makan xcukup. Last2 aku yang tak dpt. Mencik tau. Konon xde org mkn tp die mkn dgn Kasyah. Coconut shake pun kami bungkus lagi 2. hehe.

Kasyah dgn mee gorengnya. Die memang hantu mee. Kalau boleh setiap hari nak mee. Jenuh mak goreng mee setiap petang.

Suci buat ape? Main sorang2 dlm strollet. Tak pandai makan lagi dok diam2. Bagi mak pak makan dgn aman. hehe.

Bergambar kenangan sblm balik.

Depan kedai pulak. Sebenarnya sblm balik Segamat esoknya, kami sekali lagi dtg sini untuk tapau coconut shake. Haha penangan betul. ALah dah alang2 dtg minumlah sampai puas. Husband beratur dekat kiosk kecil tepi jalan jer. Tapi 1/2 jam jugaklah beratur. dah kate beratur lama beli 4 terus.haha.. tamak hokeh.

Lepas makan tgk jam baru pukul 12 lebih so kami decide ke Muzium kapal selam. Next entry pulak... daaaaaa

p/s: Hopefully momentum nak update blog tak merudum.

7 Magic Words:

FiZ said...

saya dah lama teringin nak minum klebang coconut shake ni.Hari tu dah hampir2 nak pg melaka sebab ni la.Tapi... Masih belum berkesempatan.huuuu

Zee Suhaini said...

teringinya nak try..
pemes sangat klebang ni ngan coconut shake..

lieyalatif said...

lieya kalo balik melaka mmg wajib singgah sini...tapi tak ramai lak lieya tgk tu...best la mcm tu...kat sini tak penah tak ramai org....belaga bontot hah selalunye kekekeekekekek

AnneRaini said...

fiz: akak ni pun sbb dah teringin beno ler ni..hehe

zee: pergilah. sedap. nyaman je masuk tekak.

lieya:xramai sbb awal lg. hehe. ahad tu kami pi ptg kul 2 dah beratur dah..

Fai CeritaCinta said...

dah banyak kali ke melaka tapi x pernah lagi try coconut shake ni.. jawabnya lepas ni WAJIB try coconut shake klebang... nampak mmg sedappp.. ni pun dh terliur.. hihi

wahida said...

sedap...tapi kalau ko rasa yg kat penang tu yg kat kota lama tu, situ lagi berganda2 sedapppppp....

huwaaaaa, aku citer, aku terliur balik...

nuyui a.k.a miss YUI said...

lain org alin tekaknya kak..hihi

at least dah cuba,

yui ni ja duk bc kesedapan coconut tu kat merata blog..huwaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...