Tuesday, March 18, 2014

Jalan2 Melaka - Day 2 Part last..hehe

Salam...

Menggigihkan diri update gak sambungan citer Melaka. Xyah nak buat banyak part sgt. Lum sum habiskan terus. Lagipun hari kedua ni x kemana sangatpun. Sementara bos tak kacau lagi ni (kalau bos kacaupun aku nak update blog gak..hahaha) baiklah kite gunakan masa sebaiknya..

Hari kedua, lepas layan Kasyah mandi manda, kami terus bersiap2 cek out. Kami cek out kul 11. Destinasi kami ke bandar hilir. Kami nak ke Muzium Samudera. Alah kapal besar kat tepi laut tu. Kapal tu sebenarnya adalah replika kapal Flor De La Mar milik Perancis yang tenggelam. Akupun ni ler baru nak masuk kapal tu. Selalu tengok je. Dah bawa anak yang nak membesar ni eloklah bawa tempat2 gini. Tiket masuk cuma RM3 sahaja. Moh ler kite nengok apa ada kat dalam tu.

Saperti biasa mestilah ambik gambar. Kasyah skrg kalau amik gambar mesti nak peace. Apsal ek kite kalau amik gambar nak buat peace? Tak leh ke buat benda lain?Akupun komfius sbb akupun kalau amik gambar asik nak peace. Peace lah sangatkan.

Sampai sini pukul 11 lebih maka Suci tido jerlah. Dah masa tido diepun.

Peace lagi... Bosan pulak aku tengok gambar aku ni. Asik peace je pose yang ko buat..haha


Masuk dalam ni adalah replika kapal2 kecil. Macam2 jenis kapal. Seriusly aku tak amek kesah sgt nak baca sbb Kasyah masuk2 je terus takut dan nak berdukung. Die takut tgk patung2 kat dalam tu. So terpaksalah papa dia dukung Kasyah and aku dukung Suci..Penat hokeh sebab tak dapat nak service bertukar tangan.

Entah tak tahu model kapal apa. Sbb aku dah dapat port baik punye..

Haha dek kerana dah sakit pinggang dukung Suci, aku selamberland je duduk atas lantai ni. My husband jenis suka membaca sejarah dan fakta so semtara tunggu die baik aku landing sat. Orang tgk jer aku tapi ada aku kesah..haha

Tak lama tu Suci pun bangun dan terus merengek nak susu. Dah moh ler kite keluar. Kebetulan kami park kete dekat je dgn kapal tu so terus aku stay dalam kete susukan Suci, Kasyah heret papa die beli mainan kat medan selera depan kapal tu.

Sempat lagi bergambar sebelum beli menan..

Lepas tu aku ajak husband gi kat bangunan merah Stadhuy's tu. Puas cari parking terdekat sbb bawa anak ni faktor parking kete dekat adalah penting. Cari punya cari kami jumpa parking kat area belakang bangunan tu. Kat depan klinik. Dekat jugak. Pusing2 kat situ ingat nak beli pape tp sbb panas so kami decide nak try cendol kat tepi sungai Melaka tu.

Cendol of the day. Lupa dah ni cendol apa. Harga RM2. Bolehlah buat hilang panas. Nak kata sedap sangat tu xdelah tp not bad.

Jam dah lepas pukul 1 jadi perut dah lapar. Plan nak cari asam pedas tp apalah malang hari tu semua kedai tutup. Sebab hari ahad ke? Malas nak buang masa, kami terus ke Klebang untuk tapau coconut shake dan juga kuih keria gula melaka. Hah hari ni kena beratur 1/2 jam baru dapat tapau coconut shake. Since jam dah pukul 2.30 kami decide untuk balik je sbb malam tu nak balik KL pulak. On the way kami singgah makan kat area medan selera nak ke air keroh tu.

Order asam pedas pari tapi tak kick sangat. Pedas je boleh harap.. Dah laparkan so telan jelah.

Sampai Segamat pukul 6 ptg... Habislah percutian singkat ke Melaka. Jadilahkan. Lepas ni ntah bila dapat gi berjalan lagi sbb Husband dah start semester baru so weekend aku adalah melanguk kat rumah..huhu.

p/s: Annoying gila dgr lagu arjuna beta tu.. Seriusly kenapa kena buat suara dan nyanyi macam tu?? Tak sedap hokeh.

6 Magic Words:

Zee Suhaini said...

berselera makan asam pedas tu haa..lapar apepon telan jer..hihi

adda syuhada said...

Assalam....
bestnye jalan2...

Love Razila said...

Loh...among of my feveret lagu tau,HAHAHA siap suruh anak dengar lagi walaupon dia x paham. kahkahakah.Suka dengan lirik lagu tu, ada tarikkan. Emm x gi ke musium kapal lagi satu yang belah belakang sikit tu?? kite x dan nak masuk situ last time gi. kalau x silap tu musium kapal tentera laut kot. lupa hehe.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

waa bestnyer jalan2 melaka...
1st time nengok gambo sefamily ni tau...ceria sungguh kashah dah beso dia...
penat sungguh tu sampai melepak kat lantai tu...semangat tau suci nih

mrs adam said...

kasyah dah jd anak bujang dah anne.nmpk matured kat gmbr2 tu

AnneRaini said...

suzy: lagu tu dah okay dah tp annoy dgn suara die tu. Nyanyi dibuat2 utk jadi sedap tp sebnrnya xsedap pun.. suruh org lain nyanyi lagi bagus kot.

ini telinga sy pula penilaian..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...