Wednesday, March 5, 2014

Jalan2 Melaka - Muzium Kapal Selam

Salam..

Mari sambung cerita jalan2. Lepas dah kenyang melantak coconut shake, masih ada masa sebelum nak cek in hotel sbb cek in pukul 3. So kami decide nak ke muzium kapal selam. Sebabnya muzium tu tak jauhpun dari coconut shake tu. Dah alang2 pergi jelah. Jalan masuk die tak siap sepenuhnya. Jenuh gak kami ni jalan ikut jalan tak berturap. Ingatkan salah tp macam xde jalan lain. Rupanya mmg tak siap lagi. Hadoi. Kat luar muzium tu adalah orang jual2 tapi xbanyak pun. Bayaran masuk ke muzium cuma RM1 saja. Masa ni dah tengahari dan panas tp kebetulan masa aku pergi tu tengah musim sejuk (sejuklah sangat) so walaupun panas tp xmembahang. Bagus betul.

Moh ler bergambar dulu. Kasyah excited nak masuk dalam kapal...

Peace lagi. Walaupun matahari tegak atas kepala tp tak panas sgt. dah rasa macam gi oversea. (Over sgtkan)

Omaknyer nak bergambar jugek. Hoiii kombangnyooo ekau ni Anne. Mau tak kembang, baru 3 bulan kot bersalin. Tapi ni pun dah 17kg turun. Bayangkan kekembangan aku sblm ni. Ngeri hokeh. Gigih berdiet sblm raya ni..hehe

Kat bawah kapal ni ada seats. Duduk melepas lelah. Masa ni Suci pulak nak menyusu so aku bf die and husband masuk dgn Kasyah. Kasyah memula excited, dah masuk terus takut. Hahaha. Dalam ni agak gelap dan sempit serta mengeluarkan bunyi2. Tu yang Kasyah takut tu.

Tempat jurupandu. Sempit hokeh. Nak masuk kena bukak kasut dan bawa kasut tu sekali sbb pintu masuk dan keluar berbeza. Kalau ko tinggalkan kasut, ko kena pusing balik untuk keluar.

Dining room. Nampak macam besar tp sebenarnya sempit. Laluan die pun muat2 sorang je. Kalau aku memang xleh lah nak bertapa dalam kapal ni. Rimas.

Tempat tido dalam ni. Tak leh imagine duduk dalam ni. Rimas. Aku yang masuk sekejap pun dah ala2 kurang oksigen. huhu.

Gitu jelah kapal selam ni. Bolehlah nak memberi pengalaman barukan. Bukan banyakpun kapal selam kat Malaysia ni ko nak masuk sesuka hati so dah ada muzium kapal selam ni haruslah cuba. Dah habis lawatan dan jam pun dah pukul 1.30 ptg kami decide nak ke hotel terus. Harap2 dapat cek in terus.

Sambung lagiii...

5 Magic Words:

aTieYusof Family said...

Seronok tgk gaya posing Kasyah tu..hehe..erm! sy ni nama je suami org Melaka..tapi tak sempat lagi nak jelajah bumi Hang Tuah ni..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

syioknya jalan2..hihihi

mrs adam said...

penah g muzium ni masa skola rendah.baca entry awk ni mengembalikan ingatan saya masa rombongan tu.hehe

Love Razila said...

Wow...x pernah tau pon ada muzium ni. Pfffttttttt. nanti nak gi jugak buat x taulah tahun bila , insyaallah nak gi jugak. HAHAHA...im so excited hokey. Awat gambo x banyak ni??

mafizah said...

Kita boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

Bagi penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan ke Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang boleh lawati http://www.indahkembara.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...